Adakalanya Diam Lebih Baik





Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.

Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.

Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Antara hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)
  •  "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI)

Kata-kata hikmah dari berdiam:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." Wallahualam.

-Halaqah.net-




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 15, 2011

13 Komen:

  1. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Makin banyak cakap makin banyak salahnya..

    BalasPadam
  2. Kelebihan kepada orang bisu dalam bab diam nie..

    Fakta Menarik Tahun 2011

    BalasPadam
  3. salam zul..

    Betul tu..lebih baik diam daripada bercakap & mengata org lain...tambah dosa je.

    BalasPadam
  4. As salam...

    Mekasih atas peringatan ini...

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang diam pun boleh bertukar menjadi hukuman :)

    BalasPadam
  6. assalam

    ..... lebih baik

    BalasPadam
  7. Salam....

    memang betul....kalau x tahu, lebih baik diam...drpd berlagak tahu

    BalasPadam
  8. Salam Zul, betul banyak cakap banyak silap, byk silap banyak dosa :( ada ketikanya diam tidak bererti kalah :)

    BalasPadam
  9. As salam..

    Diam tak bermakna seseorang itu sombong...
    tp ramai yg tafsir begitu...
    Oleh itu, amalkan wasatiah..

    BalasPadam
  10. Salam..berbicara jika perlu..berdiam jika tidak mahu menambahkan mudarat..tetapi adakah kita harus berdiam diri sedangkan kita benar tahu dan ianya berlaku dihadapan mata kepala..diam atau berbicara banyak bergantung kepada situasi disekeliling.

    BalasPadam
  11. salam

    bicara dan diam biar kena pada tempatnya
    kerana diam juga satu ibadat

    BalasPadam
  12. salam cik Zul..
    manusia yg bijak adlh brcakap kita perlu..
    maknanya,org yg bijak takkan byk bercakap kcuali keadaan yg menuntut..
    sy ngaku sy tak bijak sbb byk sgt nak brckp :D

    BalasPadam
  13. slm en.zul...
    hurm... trima kasih ats peringatan...

    BalasPadam