Keputusan SPM 2010 Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun

 
 
 
Seramai 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencatatkan gred keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu. Keputusan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009.

Keputusan diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Pelajaran. Beliau berkata keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.Seramai 467,970 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu yang berlangsung dari 23 November sehingga 20 Disember.
 

TERBARU bermula tahun ini para pelajar yang ingin mendapatkan keputusan secara pantas juga boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui SMS. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cara menggunakan perkhidmatan SMS tersebut secara lebih lanjut,calon-calon bolehlah melayari;

http://apps2.moe.gov.my/



NOTA KAKI: Tahniah buat pelajar yang berjaya,pada yang kurang bernasib baik janganlah hampa dan kecewa kerana keputusan SPM bukanlah penentu segalanya masa depan anda.Seandainya tidak dapat ke universiti masih boleh mengambil kursus-kursus kemahiran di kolej mahupun pusat kemahiran swasta yang selalunya menjanjikan peluang pekerjaan apabila tamat belajar nanti.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 23, 2011

8 Komen:

  1. teringat seronoknya masa ambik result spm:)

    BalasPadam
  2. tak sabar nk tunggu tgk paper esok. agaknya cmne la keputusan skolah lama saya. huhu. tp best tgk gmbr2 kejayaan student dalam media.

    BalasPadam
  3. teringat mse g skolh amik rsult hri tu..huhu
    hrp2 skolh lme sy mncpai kjyaan yg cmrlang..

    BalasPadam
  4. Salam Zul, semoga anak2 kita beroleh kejayan yang terbaik juga insyaallah.

    BalasPadam
  5. berdebar2 time tringat psl SPM...
    tahniah kpd yg berjaya...yg xberjaya xpe... spm bkn penentu segalanya....

    BalasPadam
  6. Bile time result spm dibuka hati ne berdebar2 ,namun taniah bagi pelajar cemerlang spm

    BalasPadam
  7. As salam..
    Tahniah pd yg berjaya..
    Ingat kata2 cikgu, gagal kali pertama, tak bermakna akan gagal lg kali ke 2.
    Kalau tak pegang kata2 ni, agak2nya saya dah keja kilang kot sampai bila2...

    BalasPadam
  8. salam..

    Tahniah pada yg berjaya krn mrk semua ini bakal menjadi penyambung utk generasi yg ada.
    Pada yg x berjaya ianya bukan bermakna berakhirnya sebuah kehidupan.

    BalasPadam