Google No-1 Di Malaysia





Google dinobatkan sebagai jenama paling digemari oleh pengguna Malaysia dalam satu kaji selidik Superbrands yang dikendalikan oleh The Nielsen Company bagi tempoh 18 hingga 26 Feb, 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, Superbrands berkata hasil kaji selidik terbaru itu mengenal pasti lebih 500 jenama kegemaran pengguna Malaysia dari 100 kategori produk dan perkhidmatan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Superbrands Malaysia, Mark Pointer, berkata kebanyakan jenama dalam kaji selidik 10 terunggul terbaru itu juga merupakan 10 terunggul dalam kaji selidik yang dikendalikan sebelum ini.

Google yang menduduki tempat ketiga dalam kaji selidik Superbrands tahun 2009, melonjak dua anak tangga untuk merebut tempat pertama.

Penyertaan baharu dalam kaji selidik sepuluh terunggul itu termasuklah AirAsia yang terus melompat ke tempat kelima, dan Milo yang berkongsi kedudukan ketujuh dengan Shell.
BERNAMA

NOTA KAKI: Tahniah dari blog ini buat Google,tak sangka juga lebih popular dari Facebook rupanya Google ni ye?Terima kasih juga dari blog ini kerana Google selalu memberikan tempat di carian hadapan pada entri-entri di blog ini..



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 22, 2011

13 Komen:

  1. dah kitepun guna agen pencari maklumat nih jugak...senang dan menyenangkan..

    BalasPadam
  2. Betul Google yang terbaik hasil carian tepat dan cepat :)

    BalasPadam
  3. FB utk cari org je

    google cari semuanya hehe

    BalasPadam
  4. inilah kemajaun teknologi yg perlu kita manfaatkan seaksimum mungkin

    BalasPadam
  5. As salam..
    Nak apa2 maklumat, google je...
    Itu sebabnya dia popular...

    BalasPadam
  6. Google bukan sahaja popular di Malaysia malah di seluruh dunia :)

    BalasPadam
  7. kompom..pakcik google ni memang ramai yang cari..kalau dia tak de..ramai yang sasau...pakcik lain tu ada tapi lembab macam siput sedut..

    BalasPadam
  8. @abadi romeo ha..ha kecik hati pakcik lain

    BalasPadam
  9. memang Google terbaik .. hinggakan telah timbul istilah menggugel sekarang ini.

    komen awak telah saya jawab dalam entri saya .. sila lawat sekarang sebelum dipadamkan.

    BalasPadam
  10. google mmg pencarian terbaik coz klu google nama i senang je cr..tp klu guna yahoo, qellissa jd mellissa pulak..huhuhu

    BalasPadam
  11. ye la la ni nak tanya apa saja tanya sama google

    BalasPadam
  12. sedang mengoogle ni..

    BalasPadam
  13. Apa xtau tanya sama pakcik google

    BalasPadam