Gambar Sekitar Pilihanraya Kecil PRK N28 Kerdau



Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau mula kira-kira jam 8 pagi ini  dan akan berakhir jam 5 petang.Sebanyak 10 sekolah, dua balai raya dan sebuah dewan dijadikan pusat mengundi bagi 22 saluran mengundi.

Pilihan raya ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) yang diwakili Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pas yang mempertaruhkan Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim.

Hassanuddin pernah bertanding di DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 namun tewas dengan majoriti 1,615 undi di tangan wakil rakyat BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim.Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian Zaharuddin pada 12 Februari lalu.

 
Ramai di antara pengundi yang mula keluar seawal jam 8 pagi.


 
Mak cik yang tak lupa tanggungjawab beliau sebagai warna negara Malaysia.


 
Pengundi berkumpul di gerai berhampiran pusat mengundi sementara menunggu pusat mengundi di buka.


Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, membuang undi di SK Kuala Tekal, pagi tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah 


 
Pihak polis yang bertindak mengawal proses pilihanraya. 


 
Ermmm..cepat mak cik nanti dah nak tutup pusat mengundi tu..!



Sumber Gambar:
  • Malaysiakini
  • Berita Harian

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 06, 2011

22 Komen:

  1. Moh kita ke Kerdau wehh..!

    BalasPadam
  2. @relevan

    Hajat di hati nak ke sana..last minute kena kerja pulok hari ni..adehh..di opis nih..

    BalasPadam
  3. semoga berjaya dgn telusnya prk ni..cik Zul belah mana ni? ke rahsia? :D

    BalasPadam
  4. @adele

    Betul tu..
    undi adalah rahsia..
    dan biarlah rahsia..
    he he..moga sihat Adele

    BalasPadam
  5. sy sihat je cik Zul..harap cik Zul pun bgitu..
    masa je yg tak sihat skrg..smoga ceria selalu cik Zul!

    BalasPadam
  6. samalah kita aku pon kena kerja juga.. gara2 pilihanraya ni.. standby jaga sistem

    BalasPadam
  7. Koi nok pati ikan ruan je....

    BalasPadam
  8. warga kerdau jangan lepaskan peluang yang jarang datang ni..bagi ambik..undi ....biarlah rahsia..

    BalasPadam
  9. undi jgn x undi

    undi anda sekarang bukan rahsia lagi huhuhu

    BalasPadam
  10. dlm tv td baru 70% lbh yg baru mngundi..mash ada 2 3 jam lg..sesape yg x trn lg..sila la cepat p mngundi tu.hehe

    BalasPadam
  11. pilihlah yang boleh membawa kemajuan serta kesejahteraan yang sepatutnya..
    rasa2 lg 3 bulan pilihan raya umum..:)

    BalasPadam
  12. tunggu keputusan malam ni...tapi macam dah tau pemenangnya dah pun...

    BalasPadam
  13. unlce ni sokong parti mne?

    BalasPadam
  14. Siapalah yang agak-agaknya menang kat Kerdau ni nanti?

    BalasPadam
  15. Sallam,
    Cepat ambil gambo en Zul,
    ada disana ke?

    BalasPadam
  16. @LIPISLADY

    Koi ngopy paste je..sibuk la pulok
    hari nih nak nyinggah sana..
    kalau minggu depan boleh la..koi balik Jengka..

    BalasPadam
  17. Pemberita tak rasmi aok yek...

    BalasPadam
  18. huhuhu... klau kes xdftar mengundi lagi ni plak camne..hhuhuh

    BalasPadam
  19. Salam zul, saya baru lalu kat kerdau nie tadi.. kul 6 jalan masih jem lagi disana.

    BalasPadam
  20. seronoklah weh org sana...uwan koi cerite, cam duduk kat KL musim nih....siap dapt duit RM200 lagi bagi dek org....buat umpan...

    BalasPadam
  21. salam
    dah menang bn
    dah kalah pas

    jumpa lagi di prk akan datang
    hehe

    BalasPadam