Aplikasi Yang Perlu Pada Smartphone Anda





Opera Mini
Web browser ringkas dan efektif ini ideal untuk smartphone kerana ia hanya menggunakan 10% bandwidth web browser lain, memampatkan laman web sehingga 90%. Rendering engine dan pemampatan pada belah server Opera membolehkannya untuk memuat turun laman web dengan lebih pantas berbanding web browser mobile lain dan juga menjimatkan penggunaan pelan data bulanan anda. Opera memudahkan operasi dengan mengagak URL yang ditaip pada laman alamat dan menyimpan laman web yang dipilih menggunakan Opera Save Page untuk anda lihat pada bila-bila masa di mana saja anda berada walaupun tanpa kehadiran Internet. Opera juga mempunyai tabs seperti yang terdapat pada web browser di komputer. Malang sekali, Opera Mini tidak mempunyai kebolehan Flash. Anda boleh menggunakan Opera Mobile jika mahu fungsi Flash.

WhatsApp Messenger
WhatsApp Messenger ialah app yang membolehkan anda bertukar pesanan antara rakan-rakan anda tanpa bayaran SMS biasa. WhatsApp terdapat untuk semua platform termasuk iPhone, BlackBerry, Android and Nokia (beta) dan anda boleh menghantar pesanan kepada semua platform. WhatsApp menggunakan talian Internet (3G/EDGE/Wi-Fi) untuk menghantar pesanan. Anda tidak perlu mendaftarkan diri seperti perkhidmatan pesanan lain. Hanya masukkan nombor telefon anda dan anda dapat terus menikmati fungsi-fungsi WhatsApp. Selain pesanan ringkas, anda juga boleh menghantar gambar, video dan audio. Hanya satu kekurangan yang terdapat pada app ini iaitu ia hanya percuma untuk tahun pertama sahaja. Pengguna BlackBerry, Android dan Nokia terpaksa membayar 1.99 US dollar untuk langganan setahun sementara pengguna iPhone hanya perlu membuat satu bayaran 0.99 Us dollar.

Waze
Waze ialah app sosial yang menyediakan tunjuk arah percuma berpandukan keadaan sebenar jalan raya. Dapatkan laporan trafik terkini (kesesakan lalu lintas, kemalangan dan sebagainya) serta merta dalam peta anda. Anda juga boleh lihat kedudukan rakan-rakan anda pada peta. Ia dikuasakan oleh pengguna. Jadi, makin jauh anda memandu, makin banyak data dikumpul. Salah satu ciri-ciri yang saya suka ialah Waze tidak membenarkan menghantar laporan ketika kereta sedang bergerak.Jadi anda tidak akan mendengar laporan berita tentang pemandu merempuh gerai Otai burger ketika sedang menggunakan Waze. Komuniti pemandu Waze di Malaysia masih di peringkat pembangunan. Jadi, ia akan mengambil masa untuk Waze memenuhi potensi sepenuhnya. Waze terdapat untuk iPhone, Android, BlackBerry, Nokia dan Windows Mobile.

Pulse
Pulse ialah app berita visual percuma yang elegan untuk iPhone, iPad dan Android. Ia menggunakan gambar daripada artikel berita untuk mewakili penampilan pada app tersebut. Anda boleh sync Google Reader anda dengan Pulse dan mempamerkan sehingga 20 sumber berita yang anda minati. Inspirasi app ini datang dari kekecewaan dengan pengalaman membaca berita pada alat mudah alih.

Camera360 untuk Android
Dengan Camera360 untuk Android, anda boleh mengenakan hampir 30 kesan khas pada gambar anda untuk versi Ultimate. Camera360 mempunyai 6 mode (Effect Mode, Scenery Mode, Funny Mode, Tilt-shift Mode, Color-shift Mode and Normal Mode) pada versi percuma. Anda juga boleh berkongsi gambar dengan rakan-rakan anda secara online. Versi Ultimate berharga 3.99 US dollar.

Dengan lima app ini, anda pasti berpuas hati dengan fungsi-fungsi dan kemudahan yang disediakan. Secara tidak langsung memberikan pengalaman mudah alih yang bermakna kepada pengguna smartphone.

Sumber: MAXIS

Entri Berkaitan:




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 05, 2011

26 Komen:

  1. assalamualaikum abg zul...iphone 3gs termasuk ke dalam semua perkhidmatan ini..apa pandangan abg zul mengenai i-phone 3gs ini???

    BalasPadam
  2. terima kasih.. info yg sgt berguna :-)

    BalasPadam
  3. Wahaha.. Pengguna Android tegar ni :)

    BalasPadam
  4. @sahromnasrudin

    w.salam wbt Shah..
    ermmm..iphone3s dah tentu
    terbaik di antara kebanyakkan
    android phone yang ada di pasaran
    bolehlah sambar satu Shah

    BalasPadam
  5. @Anif®

    realiti saya masih
    survey samaada nak
    sambar iphone atau
    ipad ni..he he

    BalasPadam
  6. wah...en.zul pkai smart phone erk...
    sy xmampu lg nk pkai heheheh

    BalasPadam
  7. saya pakai henpon biasa je..belum ada rezeki nak pakai smartphones...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Saya kurang minat nak melayari internet menggunakan handphone, tak tahulah di masa akan datang..

    BalasPadam
  9. saya pakai enpon cap ayam ja. hihihi~

    BalasPadam
  10. cam best ...bila nak bli tak tahu bila huu..mungkin kena selesaikan byran lain dulu..kena simpan skit2 baru blh bli satu heee

    BalasPadam
  11. suka lihat org onlie blog melalui hp..cemburu plk heee

    BalasPadam
  12. Sop guna whatapps utk mesej dgn wife. Mmg untung. Wave dah uninstall sbb ada yg lg bagus utk gps.
    Opera sop x guna sbb browser android lebih best
    Mesti ada juga iquran. Boleh baca dimana-mana. Boleh download percuma di android market

    BalasPadam
  13. Lepas baca entri nie berangan nak pakai iPhone...

    " Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

    BalasPadam
  14. dlm byk2 ni sy guna whats app je..hehe..mmg best sbb laju je smpai kt org yg nak kita contact..skrg tak guna lg sbb ada msalah dgn internet connection.. :D

    BalasPadam
  15. As salam..
    Balik kg ni jelous tgk makcik2 jiran kg guna smartphone dan layari FB melalui smartphone...huhu..
    depa dah maju ke depan dulu..
    nak tukar handphone baru, handphone lama elok lg..aduh..

    BalasPadam
  16. As salam...

    Tingin gek nak pkai iphone..
    Ntoh bila la berduitnye..huhuh

    BalasPadam
  17. Nak juge merasa makai hok gini..kit nya tak tau lah bila dapatnya..

    BalasPadam
  18. kome acu nye boleh tepon jadi lah heheh

    BalasPadam
  19. saya tak baca sebab hp saya tak smart.


    hehe..

    BalasPadam
  20. Ni ckLah sedang mengakses guna opera ni. Tapi guna hp lama Nokia E90, lembab sikit. Download opera lepas baca entri zulkbo ni. Terima kasih...

    BalasPadam
  21. Salam zul, mmg canggih tingin juge nak pakai iphone gitu :) keknya kawan pakai tepon cap ayam aje :(

    BalasPadam
  22. tak pandaila nak guna HP yang canggih2 ni...setakat guna untuk call n sms jer...

    BalasPadam
  23. Bila baca citer-citer begini rasa teringin gak nak beli satu. Tapi sayang nak buang handphone berusia 4 tahun yang masih mahu menabur jasa lagi ni... Sabar dulu....

    BalasPadam
  24. lagi satu...FOURSQUARE...

    BalasPadam
  25. kite pakai henpon murah je....hehehe... pakai internet bese je...heee

    BalasPadam
  26. opera mini diantara yang penting tuh...

    BalasPadam