Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)





PUTRAJAYA 25 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).YBGK ditubuhkan untuk menyediakan bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan tidak lebih daripada RM25,000 setahun. – Utusan

Penubuhan YBGK telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 Mac 2010. Tujuan penubuhan YBGK adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman dalam kes jenayah kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mendapat akses kepada keadilan dengan sewajarnya.

YBGK kini telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat khairat (charitable company) pada 24 Januari 2011 dan Kerajaan telahpun bersetuju untuk menyumbangkan geran bernilai RM5 juta kepada Yayasan ini manakala Majlis Peguam Malaysia pula sebanyak RM250,000 sebagai sumbangan permulaan.

YBGK dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara dengan Tuan Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam Malaysia selaku Timbalan Pengerusi. Setiausaha Syarikat ialah Firma Shearn Delamore & Co. Ahli-ahli Lembaga Pengarah YBGK pula terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Udang-Undang, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Presiden Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Dekan Fakulti Undang-Undang daripad Universiti Kebangsaan Malaysia.

YBGK akan memberi bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah kepada mana-mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan guaman di peringkat tangkapan, reman/tahanan dan permohonan ikat jamin. Bantuan guaman bagi peringkat perbicaraan di mahkamah adalah untuk mereka yang berpendapatan:-

(a) tidak lebih daripada RM25,000 setahun; atau

(b) melebihi RM25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM36,000 setahun dengan dikenakan bayaran tertentu yang akan ditetapkan oleh YBGK.

Semua jenis kesalahan jenayah layak dibantu kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Kesalahan yang membawa hukuman mati tidak akan diliputi oleh YBGK pada masa ini kerana mahkamah telah menyediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah (assigned counsel) kepada tertuduh dalam kes sedemikian.Untuk maklumat lanjut ada bolehlah layari www.ybgk.org.my


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 25, 2011

19 Komen:

  1. terima kasih info ni abg zulkbo

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Zul,

    Macamana agaknya kalau guaman fee dinaikkan hingga 400% terpaksalah kita gunapakai yg ini.

    BalasPadam
  3. hurm..bagus la mcm ni..sekurang2nya,dpt membantu org2 mcm kita yg berpendapatan rendah ni...

    BalasPadam
  4. kalau di sertakan alamat dan no telefon bagus juga ..

    * zulkbo, mobile version x leh nak bagi komen la... kena tengok web version.

    BalasPadam
  5. usaha yg baik utk membantu mereka yg kurang berpengatahuan dlm bidang undang-undang.. :)

    BalasPadam
  6. bagus organisasi ini..membela mereka yg tak mampu hadapi khidmat guaman

    BalasPadam
  7. Terima kasih kongsi info - kena ambit tahu juga mana tau nak guna peguam nnt :)

    BalasPadam
  8. Salam...
    Ni sama maksud dgn Biru Bantuan Guaman ke?
    Dulu tak pernah dgr pun YBGK. dok baljar ttg Biro bantuan Guaman je sebelum ni..

    BalasPadam
  9. agak naif bab-bab undang-undang ni..
    terima kasih atas info ini..

    BalasPadam
  10. dulu biro bantuan guaman.. masih sama kah atau dua perkara yang berbeza?

    BalasPadam
  11. Bagus lah blh membantu org yang memerlukan tetapi tidak berkemampuan mcm kome ni!

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..sekurang2 nya dapat membantu golongan yg kurang mampu, utk dptkan keadilan..
    ^_^

    BalasPadam
  13. Saudara Zul : Khidmat memberi nasihat dan khidmat guaman sekarang diberi Kerajaan kepada tertuduh (penjenayah-penjenayah) yang tidak berkemampuan .

    Bagaimana pula kepada mereka - mereka yang di timpa perbuatan - perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah komersial ( commercial crimes), yang mana kita juga tidak berkemampuan .... dimanakah tempatnya dimana kita boleh mendapatkan bantuan nasihat ? Sila beri jawapan tuan ke " akw@consultant.com "
    Terima kasih .

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama01 Mac, 2011

    Kalau nak lebih lanjut boleh layari www.ybgk.org.my atau emailkan kepada webmaster@ybgk.org.my

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama01 Mac, 2011

    Kalau nak lebih lanjut boleh layari www.ybgk.org.my atau emailkan kepada webmaster@ybgk.org.my

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama08 Mac, 2011

    terima kasih byk2.

    BalasPadam
  17. Salam, saya print posting tuan untuk saya gunakan beri taklimat mengenai YBGK kepada pegawai-pegawai kerajaan di Perak. Terima kasih daun keladi.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama27 April, 2011

    ia satu usaha yg amat baik dan mulia untuk rakyat yg kurang mampu dr segi pendapatan..
    terima kasih gov!!!

    BalasPadam