Pilihanraya Kecil DUN Kerdau Hasanuddin Salim Calon PAS





Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim, 43, dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau, Khamis malam.

Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti.

"Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS.

"Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS di sini.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Temerloh pernah mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-12 di DUN sama.Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.


Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.Sebelum ini beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pahang, dan sekarang beliau merupakan Setiausaha Pas Kawasan Temerloh merangkap Ketua Penerangan Pas Pahang.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 25, 2011

23 Komen:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Ooppps! Sorry ... banyak tersalah ejaan! :)
    Lamer la tak nampak kelibat orang Pahang, termasuk Zul ... mungkinkah ada clan Pahang sendiri?
    Apapun, TQ ya kerana masih sudi menjengah laman Kak G.
    Kak G turut berdoa mengharapkan rakyat Kerdau memilih mengikut iman, bukan perasaan.

    BalasPadam
  3. huh mula ingatkan Tn Ibrahim Tn Man

    selamat mengundi org jajahan kerdau

    الله اكبر

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Zul,

    Semoga pengundi di Kerdau dapat membuat pilihan yg tepat. Usah toleh ke belakang lagi. Carilah yg terbaik demi dunia and akhirat.

    Berita pagi tadi kat Merlimau pun sudah ada pencalonan dan diumumkan dicalonkan oleh TG Hadi Awang, lupa kakak siapa namanya tapi lelaki juga.

    BalasPadam
  5. Selamat Mengundi utk Org Kerdau!

    BalasPadam
  6. Buatlah pilhan yang bijak Calon juga kena yang pasal. Mana yang baik dan jujur kawan ttp sokong.

    BalasPadam
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Kepada pengundi buatlah pilihan yang tepat..

    BalasPadam
  8. undilah untuk negeri kita heeee

    BalasPadam
  9. btlah pilihan yang bijak ..cewah... den pl yg terlebih control..

    BalasPadam
  10. SELAMAT MENGUNDI... CALON YANG MENANG TU LEPAS NI BUAT KERJA ELOK2..... JANGAN JANJI SEBELUM MENGUNDI ITU DAN INI LEPAS NI LARI SANA SINI.....PENDEK KATA JANNGAN JANJI KOSONG JER....

    BalasPadam
  11. latarbelakang nya kukuh jge...insyaalah...doa aja yg terbaik...

    BalasPadam
  12. undi..jgn xundi..nanti rugi...heheheh

    BalasPadam
  13. Abg Zul bila nak jadi calun..? tentu bleh menang, org popular ni....

    BalasPadam
  14. salam
    allah maha besar
    harap2 mereka memilih yang terbaik dari segala segi

    BalasPadam
  15. assalamualaikum..

    abg zul ngundi kat citu ke?

    BalasPadam
  16. selamat mengundi orang Kerdau

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama01 Mac, 2011

    insallah menang sama2 kt doakan kemenangan calon kita..takbir..

    BalasPadam
  18. BILA AGAMA DIPOLITIKKAN=HANCUR...

    POLITIK DIAGAMAKAN=TERBAEK!!

    BalasPadam
  19. susah bebenor nk dpt info ceramah PRK Kerdau. ada info?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA