Senarai Jenis Saman Trafik PDRM




Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) :

1.Notis Saman POL. 170A
Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung kepada pesalah)

Apa Itu POL.170A?
-Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.
1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
1.1.1 Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
1.1.2 Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
1.1.3 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan - Sek. 16(2) LN 166/59
1.1.4 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan - Sek. 16(2) LN 166/59
1.1.5 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
1.1.6 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59
1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59
1.1.9 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
1.1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
1.1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987
1.1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
1.1.13 Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.

2. Saman POL. 257
Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Apakah Itu Saman POL. 257 ?
 2.1 POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-

2.1.1 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
2.1.2 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
2.1.3 Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171


 NOTA KAKI: Anda juga boleh menyemak saman trafik anda melalui online di SINI


  • Sumber: PDRM




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 16, 2011

39 Komen:

  1. Salam Zul, terima kasih berkongsi info yang berguna dan boleh check saman sekali TQ.
    New Entry "Kenapa dah tawar hati kat Nuffnang?"

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Mekasih share info penting nih..
    Takat ni x pernah lagi 'kena' ngn polis trafik..
    ngn JPJ dah dua kali..heheh

    BalasPadam
  3. @akuanakpahang

    Waalaikumsalam Yassin..
    begitulah gayanya..agak ada
    yang kena tu cepat la bayar
    nanti masaalah pula nak renew
    roadtax..

    BalasPadam
  4. kesalahan parking adalah yang pertama aku dapat sepanjang berkenderaan ni..

    BalasPadam
  5. bnyk jgk keslhannye....adoi..
    thanks info nie...

    BalasPadam
  6. salam sahabat..

    apa khbar? lama teman tak kesini huu.. maaf..maaf huu..

    saman! alamak teman tak bawa kereta he.. tapi dalam proses nak belajr bawa kereta heee

    BalasPadam
  7. bila kita bawa kereta, motor dll kita harus waspada pada semua pkara termasuk lalu lintas, lampu isyarat..jika kita cuai maka jgn salahkan org lain salahkan dri sndri dulu huu..

    BalasPadam
  8. bagus nya info begini...
    nak mngekalkankan imej zero saman hihhi:)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum abg zul..

    sy selalu kena yg no 1 huhhuhhhh

    BalasPadam
  10. salam zul..kena saman yang tak tahan tu..huhu

    BalasPadam
  11. kene saman tak takut,...bayar tu yang takut...

    BalasPadam
  12. Sepatutnya saman POl.170A ni diharamkan jer....
    hahahahahaha....

    BalasPadam
  13. alhamdulillah sepanjang ade lesen ni blom pernah kene saman =.='

    newer post : |gelora jiwa|
    older post : |maulidurasul|

    BalasPadam
  14. Salam..
    Pernah dapat 8 saman sekaligus bila check dgn JPJ tahun lalu apabila nak bayar roadtax kereta...habis gaji sebulan....
    itulah padahnya bila jadikan jln raya mcm hak kita yg punya...

    BalasPadam
  15. pernah disaman Majlis Perbandaran sbb parking..smpai skrg tak bayar lg..huhuhu.takutnyaaaa

    BalasPadam
  16. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Syukran berkongsi info..

    BalasPadam
  17. info menarik..semoga berguna pada mereka yg membacanya..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah setakat 3/4 taun ni tak kene saman lagi...sayang rm tu kalau "bagi sesaje" jerrr...he3!!

    BalasPadam
  19. saman?
    sesuatu yang saya takud nak dgr la.
    mse zaman sekolah dulu madah kena tahan polis time tu.
    sebab teda lesen.polis pun daa kenal daa.
    terus g amek lesen sebab ayah daa x nak tolong ag bile kena saman.

    BalasPadam
  20. Aisehman, ada satu lagi saman ekor yg masih belum di bayar ni huhu

    BalasPadam
  21. huhu..takat ni rasanya mcm x penah kena lg..tp xtau ar kalo kesalahan chii..tp org len yg kena tanggung..;p

    BalasPadam
  22. penah jugak le kena saman parking dulu huhu

    BalasPadam
  23. pernah kena saman sekali sebab x pakai helmet

    BalasPadam
  24. dulu waktu bawak keta memang rajin la kena saman...lagi2 kat penang, dah bawak moto ni jarang sikit kena saman. huhu

    BalasPadam
  25. setakat ni saman yang berat2 belum pernah kena lg,selalu berwaspada, saman parking mmg byk kali kena..hehe

    BalasPadam
  26. salam
    sepatutnya pol 170a tu tak digunakan
    banyak kelemahannya

    BalasPadam
  27. kadar kompaun pun sekarang nie katanya nak naik..kalau lambat bayar..surat mahkamah datang rumah.. alahai...

    BalasPadam
  28. lepas ini apa yg kita buat kena berhati2 hee

    BalasPadam
  29. Salam,

    Bagus nie dapat info yang macam nie... selama nie saman tak penah sampai d umah tapi bila cek jer ada 7 saman... aduiii... semua speeding mati bulan nie.. yang paling elok kalau kena jer terus tahan dan berikan saman tu... pada pesalah. rasa macam tidak adil gak tapi nak buat macam mana.. yang saya hairan kenapa saya punya saman tahun 2010 dan 2009 dah di blacklist tapi yang tahun 2007 tu tak blacklist pulak... pelik plak jadi macam nie.. ada sesiapa tahu kenapa jadi macam nie? boleh beri sedikit komen saman tu semuanya speeding kemera...

    BalasPadam
  30. Saman parking no 4. .berapa amaunnya...

    BalasPadam
  31. Saman parking no 4. .berapa amaunnya...

    BalasPadam
  32. Saman parking no 4. .berapa amaunnya...

    BalasPadam
  33. klu kompaun kt mne2 bleh ye???

    BalasPadam
  34. Info yang berguna .. terima kasih .. =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  35. entah berapa banyak dah saman tu

    BalasPadam
  36. klu pasang langsir vip stail, polis trafik saman x?

    BalasPadam