Norhuda Brigedier Jeneral Wanita Pertama Di Malaysia




KUALA LUMPUR 16 Feb. – Buat pertama kali dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai kanan wanita Tentera Darat daripada senarai tugas am iaitu bukan profesional dinaikkan pangkat ke jawatan Brigedier Jeneral.

Kenaikan pangkat daripada Kolonel kepada Brigedier Jeneral itu diberi kepada Norhuda Ahmad, 54, yang merupakan Ketua Cawangan ASEAN, Pusat Integrasi Perisikan (IIC) Direktorat Strategik, Bahagian Staf dan Perisikan Pertahanan (BSPP).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, dengan kenaikan pangkat itu, Norhuda akan ditugaskan sebagai Pengarah Direktorat Latihan BSPP.

“Ini acara kenaikan pangkat yang pertama bagi Tentera Darat untuk tahun ini. Acara hari ini begitu istimewa apabila buat pertama kali dalam sejarah seorang pegawai kanan wanita daripada senarai tugas am dinaikkan pangkat ke jawatan Brigedier Jeneral.

“Beliau (Norhuda) merupakan pegawai wanita pertama daripada pegawai tugas am yang dinaikkan pangkat. Sebelum ini ada pegawai kanan wanita yang dinaikkan pangkat ke jawatan Brigedier Jeneral tetapi daripada senarai tugas-tugas profesional,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat kepada 27 pegawai kanan Tentera Darat di Dewan Tanjung, Wisma Transit di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zulkefli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Zulkifeli berkata, daripada penilaian yang dibuat, beliau berkeyakinan lebih ramai pegawai kanan wanita daripada senarai tugas am berpeluang untuk merasai kenaikan pangkat seterusnya bersaing dengan pegawai lelaki.

Sementara itu, Norhuda berkata, beliau cukup terharu dan berterima kasih kepada Tentera Darat kerana memberi peluang kepada golongan wanita berada di kedudukan yang tinggi dalam organisasi ketenteraan.

Beliau yang hadir ditemani ibunya, Norani Abdullah, 76, bagaimanapun berasa sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan itu bersama bapanya, Ahmad Saadon yang meninggal dunia pada 2006.

“Ayah merupakan inspirasi untuk saya menyertai ATM. Ayah pegawai penjara dan semasa hidup, dia sering bertanya kepada saya bila hendak naik pangkat.

“Itu yang menyedihkan saya apabila tidak dapat berkongsi kegembiraan ini bersamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Norhuda mengingatkan golongan wanita supaya tidak takut dan menjadikan faktor gender sebagai penghalang untuk menyertai bidang ketenteraan kerana ia merupakan bidang yang cukup menarik.

Dipetik dari Utusan Malaysia

NOTA KAKI: Beliau (Norhuda) merupakan pegawai wanita pertama daripada pegawai tugas am yang dinaikkan pangkat. Sebelum ini ada pegawai kanan wanita yang dinaikkan pangkat ke jawatan Brigedier Jeneral tetapi daripada senarai tugas-tugas profesional.Satu pengiktirafan buat kaum hawa dalam memimpin satu organisasi,tahniah dari blog ini buat beliau dan kaum hawa di Malaysia.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 17, 2011

24 Komen:

  1. assalamualaikum,

    jadi yang pertama memang membanggakan!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dan Tahniah

    "tangan yang mnghayun buaian bisa mengoncang dunia"

    BalasPadam
  3. Wah...rasa banggalah. syabas!
    p/s: klik ur HB

    BalasPadam
  4. Salam..

    Mula2 tgk wajahnya ingatkan cina tadi..
    Tak sangka kan, wanita pun dah boleh pegang jawatan BJ yg pertama pulak tu..
    Syabas pd beliau..

    BalasPadam
  5. Salam.
    Datu lagi sejarah baru tercatat untuk wanita Malaysia.... ;)

    BalasPadam
  6. Salam Zul, tahniah juga buat beliau. Jadi yang pertama nie mmg best.

    BalasPadam
  7. tahniah..teruja dan membanggakan...semoga dgn kenaikan pangkat ni..hasil kerja lg memuaskan..

    BalasPadam
  8. erk...tak der tadi ada komen huu...

    bangga sebab menjadi wanita heee

    BalasPadam
  9. nak apply tapi sy tak tinggi aduih.. tapi klu ada menepati syrat nak juga..

    ..skrg saingan nak dpt keje makin sngit..keje apa yg ada..tak blh pilih keje dah..huuu

    BalasPadam
  10. assalamualaikum abg zul..

    bile sy baca berita di BH Online memang terkejut..tak sangka ATM ada wanita sehebat beliau..tahniah utknya....

    BalasPadam
  11. Wah tahniah buat Bgr Jeneral Norhuda... Hendak seribu daya kan?

    BalasPadam
  12. hebat! bangga jadi wanita. :D

    BalasPadam
  13. Yuppp...tahniah dan syabas buat ATM.
    ATM antara yg terbaik didunia...syabas!!!

    BalasPadam
  14. Tahniah...
    Dah dekat nak pencen baru diberi peluang..
    Xpe..janji pencennye besor gek nt..heheh

    BalasPadam
  15. salam
    syabas dan tahniah, seiring dengan perkembangan semasa dan juga selaras dengan dasar 30% kaum wanita sebagai pembuat dasar negara :D

    BalasPadam
  16. Salam Bro Zul...

    waaaa...bangga nya...:)Wanita pertama tu...
    tahniah buat beliau..usia 54 tahun tapi tough tu! caya lah!

    BalasPadam
  17. tapi macam tak pecaya je umur dah 54...

    BalasPadam
  18. وعليكم السلام
    semua..terima kasih
    kerana sudi meluangkan
    masa mencoretkan komen
    anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  19. salam, zul
    sapa2 yang lebih berusaha maka dialah yang lebih dahulu mendapatkannya

    BalasPadam
  20. Wah,dah umur 54 dah.Tahinah,tahniah kepada beliau dan pengiktirafan kepada seluruh kaum Hawa di Malaysia.

    BalasPadam
  21. BGNorhudaAhmad06 April, 2011

    As Salam Zul dan sahabatx,

    Terima kasih atas ucapan dan sokongan di atas kenaikan pangkat saya.

    BalasPadam