Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan




Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.  Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.

Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia sehingga kini. 

 Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.


Bendera WP Labuan


Bendera WP Putrajaya


 
Bendera WP Kuala Lumpur

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.BenderaWilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih boleh dipakai guna.

LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN

"MAJU DAN SEJAHTERA"

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 01, 2011

21 Komen:

  1. salam ziarah
    selamat hari wilayah..

    BalasPadam
  2. Salam
    selamat hari wilayah untuk semua :D

    BalasPadam
  3. selamat hari wilayah... buat seluruh rakyat malaysia..

    BalasPadam
  4. Selamat hari wilayah bro...

    Selangor kerja macam biasalah...he3

    BalasPadam
  5. Macam belajar sejarah bila baca fakta kat atas tu.. Selamat bercuti kepada orang wilayah!!

    BalasPadam
  6. Salam Zul, Selamat hari jadi Kuala Lumpur :)

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Selamat bercuti..

    BalasPadam
  8. Selamat hari wilayah buat semua penduduk wilayah persekutuan dari penduduk sebelah wilayah persekutuan..

    BalasPadam
  9. selamat bercuti en zul..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum..

    best duk KL..semua ade..yg tak bestnya, jem tak hingat kan, abg zul..huhuhuhh

    BalasPadam
  11. salam..

    sy x pyh cuti wilayah pun dah cuti seminggu ni..rya cina..hehehe

    BalasPadam
  12. Selamat hari Wilayah.
    patutlah kawan-kawan semalam kata besok dah start cuti.

    BalasPadam
  13. Salam..
    Selamat menyambut hari wilayah...

    BalasPadam
  14. dgn tertubunya wilayah persekutuan lengkaplah 14 jalur mlmbangkan 14 negeri dlm msia

    BalasPadam
  15. semoga wilayah kita terus selamat...

    BalasPadam
  16. السلم عليكم ورحمة الله

    Sdra bercuti juga erk...boleh sambung terus cuti tahun baru cina..:)

    BalasPadam
  17. Info yang baik... agak2 ada lagi ke tempat yang akan diistiharkan sebagai W.Persekutuan?

    BalasPadam
  18. salam..
    cuti lagi hiiii ..

    bro duduk kl gak ker??

    p/s:blog cahayacinta.com ta blh bukak tapi jumpa di blogspot ya huuu

    BalasPadam
  19. @Abd Razak

    وعليكم السلام
    saudara Abdul Razak..saya masih bekerja besok dan mula bercuti hari khamis

    BalasPadam
  20. salam
    selamat hari wilayah dan selamat bercuti

    BalasPadam