Peristiwa Bergambar Menarik Hari Ini : 1-Februari-2011




(BANJIR) Jambatan 1 (di Persimpangan Permaisuri), jambatan utama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Segamat, Johor ditelenggami air sekali gus memutuskan hubungan kedua-duanya. Segamat merupakan antara kawasan banjir di Johor di mana menjadi negeri yang paling terjejas teruk bagi bencana itu selain Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah.
(HARGA PETROL) Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin.Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya.Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
(OPS SIKAP) Pengguna motosikal mencatatkan jumlah kematian paling tinggi iaitu sebanyak lima kematian pada hari keempat Ops Sikap ke-23 yang bermula Khamis lepas.Merujuk kepada statistik laman web Polis Diraja Malaysia, selain daripada pengguna motosikal, tiga lagi yang maut melibatkan pengguna kereta.Sementara itu, sebanyak 1,386 kemalangan dilaporkan berlaku pada Isnin dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 616 kes diikuti jalan persekutuan (290), jalan negeri (226), lebuh raya (180) dan 74 kes lagi di jalan-jalan lain.
(KRISIS MESIR) Kerajaan digesa supaya melaksanakan pelan kontigensi untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke negara terdekat seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya dalam masa 24 jam bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk berlaku.


 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 01, 2011

33 Komen:

  1. salam...
    musim banjir skrg ni..
    moga cpt surutnya..

    baru td abg borak ngn mak psl motosikal..
    kalau boleh elakkan naik motosikal sbb kdg2 kita dah pandu cermat, org lain yg langgar kita....

    BalasPadam
  2. @adele

    Tahu tak pe..
    belilah kancil sebijik..
    senang nak ulang alik
    juga lebih selamat
    dan selesa

    BalasPadam
  3. salam akhi ZUL

    terima kasih info2 penting yg disiarkan

    macamana ummi nk gi kenduri rumah kak ipar di Muar , raya cina nie... harap2 laluan ke sana tak kena banjir la...

    BalasPadam
  4. Kuasa rakyat dan kuasa Allah... semoga kita mengambil iktibar darinya..

    BalasPadam
  5. @Ummi Humaira

    Waalaikumsalam Ukhti Humaira..
    semoga Allah permudahkan urusan
    dan perjalanan anda..

    BalasPadam
  6. @Mohamad

    Betul saudara
    saya setuju dengan anda..
    iktibar berguna buat kita
    semua..

    BalasPadam
  7. minyak akan terus naik, naik dan naik...

    BalasPadam
  8. semoga negara kita terus dirahmati Allah SWT

    BalasPadam
  9. huh, aku agak risau tentang krisis kt mesir, hmm, bab banjir tu, moga cpt surut, heheh. arghh. mnyak naik lagi la...

    BLOG GEMPAKZ SIOT

    BalasPadam
  10. Salam zul TQ kongsi gambar.. kawan hari nie bz juga kalau nengok gambar aje mudah kerje :)

    BalasPadam
  11. Air naik...minyak pun naik...

    BalasPadam
  12. air niak ,,minyak naik...semua barang naik (Bn)

    BalasPadam
  13. adoh la lepas ni minyak gamat pon naik

    BalasPadam
  14. Semoga Allah pelihara bumi Malaysia dan saudara mara kita di luar sana juga..

    BalasPadam
  15. salam Zul..

    Harap Pahang tak banjir teruk..aku nak balik cuti ni sampai ahad..
    Minyak naik...barang lain pun ikut naik tu yg x tahan tu.

    BalasPadam
  16. salam,

    gambo moto tu takleh tahan.... :D

    BalasPadam
  17. Hello Zulkbo,
    satu lagi isu menarik..di penang sesak teruk jalan raya..jem sana jem sini,biasalah tahun baru cina.. kalau nak cepat pakai basikal le..hehe

    BalasPadam
  18. Selamat menyambut bulan 2 bulan Febuari..gaji awal..

    BalasPadam
  19. @donny

    Ermm..ramai rakan cina
    saya pun balik Penang..
    mau tak jem jalan..
    alahai...

    BalasPadam
  20. @ozzy

    Aku pun balik nanti
    sampai ahad juga..
    senang kita carik
    Zul manan

    BalasPadam
  21. @Anip™

    Nak buat bagaimana
    ada peluang kita sesiakan
    akhirnya terimalah akibat
    (undi anda adalah rahsia)

    BalasPadam
  22. Salam..
    Entri semua dalam 1 ni...
    Nasib baik tak jadi nak bercuti di Johor. Kalau tidak terkandas di sana...

    BalasPadam
  23. semoga kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan...

    BalasPadam
  24. @iza

    Cepat dan mudah..
    almaklum..banyak
    isu hari nih..he he

    BalasPadam
  25. muga rodong2 kita di mesir te selamat la hendoknye...

    BalasPadam
  26. krisis dimesir harap ia segera selesai..

    BalasPadam
  27. macam2 hal...haih..
    lepas ni semakin kurang lah mengisi RON97..dah semakin mahal.

    BalasPadam
  28. teruknya yg naik motosikal beramai-ramai tuh. nasib tak terbalik. kat malaysia pun ramai pengguna yang bawak anak kecik naik moto ramai-ramai, penuh depan belakang.

    BalasPadam
  29. 1 feb banyak kejadian yang berlaku,
    tapi paling merisaukan kekacauan di mesir..
    harap mereka semua dalam keadaan selamat.

    BalasPadam
  30. Semoga tidak ada bertambah kematian banjir dan ops sikap.

    BalasPadam
  31. Semoga student kita di sana selamat.

    BalasPadam
  32. salam
    sempat lagi guna handphone tu
    memang sibuk bisnes

    BalasPadam