Pengaruh Digg Berbanding Twitter Pada Blog | Tip Blogging



Salam semua, berbicara soal laman sosial dan blog pasti ramai yang lebih tertarik untuk melayari laman sosial Facebook dan juga Twitter.Pernahkah anda terfikir untuk mula membuka akaun Digg di Digg Com.

Sebuah laman sosial,(pada anggapan saya) yang ber-page rank 8 merupakan satu tapak yang baik untuk anda mula melebarkan link anda di sana.Biarpun keutamaan adalah blog berbahasa inggeris,tapi blog berbahasa melayu pun boleh sahaja.



Pengaruh Digg mula terasa di zulkbo dot com biarpun blog ini berbahasa melayu apabila kehadiran pengunjung dari laman Digg bertambah setiap kali entri terbaru saya di ping di sana.Mungkin mereka pun tidak faham melainkan menggunakan google translater.

Ini berbanding dengan Twitter yang kadang kala langsung tidak menyumbang trafik ke blog saya.Bagaimana anda pengguna Twitter yang lain?Rasanya ramai yang lebih berminat untuk tweet berbanding melayari blog pemilik akaun Twitter tersebut.

Jika di Digg, follower saya belum pun mencecah 100 orang berbanding dengan Twitter yang sudah pun ke angka 260 orang pengikut.Itu bukanlah persolannya, kekerapan follower di Digg melayari laman blog saya berlainan sekali dan amat saya senangi kesannya.

Apa kata anda mulakan hari ini untuk meningkatkan trafik ke blog anda.Mulakan dengan menjadi follower saya dulu ye..he he.Anda boleh layari saya di Digg melalui SINI , juga jangan segan untuk follow akaun saya di Twitter juga okey..?Wassalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...