Masih Di Muka Hadapan Carian Meskipun PR Blog-ku Sifar



Salam semua, rata-rata blog hari ini menceritakan tentang kemaskini Page Rank atau lebih dikenali sebagai PR oleh Google yang terbaru.Ada yang bersedih kerana PR mereka turun, begitu jua yang pastinya berbangga dengan kenaikan PR bermakna blog anda semakin di iktiraf Google.

Buat zulkbo com, blog saya mencatatkan PR-0. Saya menerima dengan hati terbuka kerana pada saya ada sebab munasabah PR ini sifar.Jika sebelum ini sewaktu menggunakan nama zulkbo blogspot, PR saya berada di aras PR-2 .Tetapi bila saya periksa menggunakan zulkbo blogspot pun turun menjadi PR-0 (sifar).

Memandang secara positif, berkemungkinan kerana blog ini masih baru menggunakan  www , jadi selalunya akan kembali sifar. Begitu juga dengan menggunakan nama zulkbo blogspot penurunan itu saya anggap kerana semua link telah di direct ke www.zulkbo.com. Maka blog zulkbo blogspot tersebut seolah tidak wujud lagi.

Agak menarik hari ini, entri saya berkenaan majlis pernikahan Zakuan dan Ayu Raudah mendapat tempat pertama di carian google menggunakan kata kunci " gambar ayu raudah nikah" biarpun saya per Page Rank sifar. Agak banyak juga trafik masuk melalui entri tersebut( organik).Sesuatu yang menjadi tanda tanya buat saya?

Tahniah saya ucapkan buat rakan blogger yang menggunakan platform Blogspot dan saya perhatikan kenaikan PR mereka dari PR-2 ke PR-3, satu pengiktirafan Google buat blog kalian. Sesuatu yang amat membanggakan. Apa kata kita terjah blog mereka? Banyak bahan bacaan menarik dan terbaik ada di sana dan jangan lupa follow serta meninggalkan komen di blog mereka.

  • http://permatainn.blogspot.com/
  • http://xiiinam751.blogspot.com/
  • http://al-lavendari.blogspot.com/
  • http://insaaniyyah.blogspot.com/

Anda juga boleh periksa kedudukan Page Rank blog anda di  sini . Buat para blogger sekalian, janganlah ada yang bersedih seandainya blog anda masih di tahap sifar atau pegun (tidak bergerak). Pergerakan Page Rank oleh Google ini akan sentiasa di kemaskini oleh Google dari semasa ke semasa. Ermm.. sebelum terlupa, tak sangka pula  Blog List  saya mendapat PR- 1 dari Google? he he..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 23, 2011

47 Komen:

  1. salam en. zul,
    masih kabur lagi bab2 ni..
    malumlah.. 2 urat putus baru2 ni..
    :)

    BalasPadam
  2. takper bro...lama-lama naik la tu..

    BalasPadam
  3. PR kita sama..
    maklumlah..domain kan masih muda..
    mentah lagi :D

    BalasPadam
  4. @DaHLia

    Ye ke..?best..!
    ada geng..huhu

    BalasPadam
  5. @cikgu isza

    Alahai..kesian Cikgu
    masuk angin tak?

    BalasPadam
  6. salam, sikit2 lama2 jadi bukit, ps ni InsyaAllah naik semula...

    BalasPadam
  7. apapun blog en zul mmg hebat. padat dgn pengisian yg bermanfaat walaupun kekedang secara lelucon/jenaka

    BalasPadam
  8. Salam Zul, saya kelabu jugak bender nie hehehe tapi gi jugak check tadi 2/10 katanya entah.

    BalasPadam
  9. @akuanakpahang

    Blog lebih setahun selalunya boleh dapat PR-2 ke atas Yassin..selalulah mengupdatednya..he he

    BalasPadam
  10. @shameel Iskandar | Abhamz

    Terima kasih singgah
    dan komen anda berdua
    saudara..

    BalasPadam
  11. @MK

    Lama tak updated blog Man?
    sibuk ke..?Terima kasih sokongan anda pada saya..

    BalasPadam
  12. Baru berhajat nak beli domain .com untuk miecyber.blogspot.com.

    Kena fikir semulalah ,takut PR turun lak nanti..

    Apa pendapat Incik Zulkbo ?

    Can you advise me?


    Buaya hilang selera makan selepas tertelan handset

    BalasPadam
  13. wah cik Zul..dah upgrade kpd .com. tahniah2..PR tu apa lah agknya? sy x pernah amik tau pun..huahuahua

    BalasPadam
  14. Incik Zulkbo, thanks di atas padangan dan pendapatan yang di berikan.Ianya telah membantu saya untuk membuat keputusan..

    Buaya hilang selera makan selepas tertelan handset

    BalasPadam
  15. @adele

    Dah 3 bulan saya menggunakan
    www.zulkbo.com..anda mungkin
    terlepas pandang tu..he he

    BalasPadam
  16. @Miecyber

    Wokeh Mie..semuakeputusan di tangan anda..semoga di permudahkan urusan
    dan keputusan anda..

    BalasPadam
  17. singgah di sini...aku cadang nak tukar domain ni...do cari mana best zul

    BalasPadam
  18. tu la....tengah2 pikir nok tukar domain jugak...bro zul buat la n3 tentang nih...apa terjadi lepas kita tukar blogspot ke domain nih...ape dibuat lepas tu

    BalasPadam
  19. salam bro zul..
    saya tak pernah tahu menahu pasal page rank ni...huhu..sungguh kesian saya ni kan..:(

    BalasPadam
  20. @Abu Luqman @ AUC

    cadangan saya kalau nak tuko
    baik tuko je..kesannya jangka
    panjang..percayalah keutamaan
    untuk mendapat trafik dari
    carian enjin blog dot com lagi
    baik..tak selamanya kita nak
    updated blog tetapi entri kita
    yang lama-lama pun elok di index
    dalam carian juga..

    BalasPadam
  21. @ckLah@xiiinam @ Siti Murni

    sejak kebelakangan ini ramai yang lebih mengikut cara alexa dalam mengira kepopulariti sesuatu blog itu..makin rendah makin baik..saya pula tak kesah mana pun..

    BalasPadam
  22. @relevan

    tak tahu nak pangkah
    mana nih..ada projek?

    BalasPadam
  23. takpe bro,sok lusa pr mesti naik..selamat hari ahad Zulkbo.

    BalasPadam
  24. hehehe blog aku pun masih belum menetas telur tu, keras sangat agaknya,

    BalasPadam
  25. tahniah bro,
    blog bro semakin hebat..
    selalu juga kami dtg sini..hehe

    BalasPadam
  26. assalamualaikum abg zul..PR sy pun kosng..dulu masa gune blogspot, ada gak angkanya tp la nie dah takde heheheheheh

    BalasPadam
  27. @sahromnasrudin

    Lepas ni pasti mencanak
    naiknya..he he.

    BalasPadam
  28. @padin

    Adehh..?dah berapa lama
    tu..memang tak patut..

    BalasPadam
  29. pagerank aku pon kosong..huhu, bru je tukar ke wordpress..huhu

    BLOG GEMPAKZ SIOT

    BalasPadam
  30. pR mak plak 12 je..kira bagus ke tak bagus tu??

    Sefehaman mak, PR ni, kalau leh makin kecik no dia kan?? cthnya 3 menurun ke 2 kan?

    BalasPadam
  31. dah naik jadi pr1..takpe, janji dapat masuk muka depan carian kan? tak macam blog saya..adeh

    BalasPadam
  32. Pentingker PR tu... saya baru belajar...

    BalasPadam
  33. waa tahniah dapat no 1..
    tapi tak faham lagi ni apa fungsi PR..
    nk cari2 jgk ni...

    BalasPadam
  34. nnt nk try jgk check sy pnyer jgk

    BalasPadam
  35. lepas ni baru boleh cecah 3 terus kot bro hehe

    BalasPadam
  36. salam..
    Aku x ambik tahu pasal benda ni hehe..
    tapi aku dah check ikut link yg ko bagi tu ..pagerank aku 1/10 ..kira ada jugak la kot hmm...apa2 jelah hehe

    BalasPadam
  37. Salam...

    Sedih ni, huhu....
    pegun je...
    Bloglist pernah ping ke?

    BalasPadam
  38. @Lagenda

    Woittt..banyak nya ML
    sampai PR 12..???
    kalah blog Tun M..
    he he..

    BalasPadam
  39. salam
    sama je
    saya juga masih kosong

    BalasPadam
  40. salam
    PR tu kalau 0 tak semestinya lemah. macam blog saya juga. PR 0 tapi keyword sinopsis filem khurafat mendapat tempat di page 1.

    BalasPadam
  41. bestnya dpt yg pertama hee...

    BalasPadam
  42. wah. carian pertama. best tuuuu.....
    PR saya pon 0 lagi. hmmm

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum saudara,
    Cuma nak ucapkan terima kasih atas tip-tip yang bermanfaat

    BalasPadam