GO GREEN Kadang Kala Tak Lojik




 
 
Salam semua, jika baru-baru ini banyak pasaraya memulakan kempen GO GREEN mereka dengan mengiystiharkan hari sabtu sebagai hari tanpa plastik.Agak menyusahkan pada saya kempen ini kerana pelanggan tidak dibekalkan alternatif lain sebaliknya di arahkan membayar sebanyak 20 sen setiap plastik. 
 
Realitinya, setiap belian sememangnya beg plastik di perlukan pelanggan untuk membungkus barangan belian.Setidaknya di bekalkan dengan beg kertas seperti di barat.Takkan kita nak jinjit satu-satu barangan tersebut ke kereta kita yang mungkin di parkir jauh. Jadi agak kurang tepat pada saya kempen ini. 
 
Baru-baru ini kedapatan pula ada pasaraya besar  yang mula menyertai kempen GO GREEN dengan tidak membekalkan tisu tangan di tandas awam mereka.Sebagai alternatif pelanggan di galakkan menggunakan pengering tangan yang di bekalkan dalam bilangan yang sedikit. 
 
Lojiknya di sini dengan hanya satu pengering tangan, sanggupkah anda beratur selepas mencuci tangan untuk mengeringkannya?Adakah kertas bukan barangan yang mudah di kitar semula?Apa kena mengena dengan GO GREEN berbanding menggunakan pengering tangan yang di jana oleh tenaga elektrik? 
 
Setahu saya elektik di jana oleh bahan yang memang tidak mesra alam, minyak dan arang batu.Jadi di sini kenapa tidak di bekalkan dengan sapu tangan kain seperti di hotel-hotel sebagai alternatif.Khabarnya pasaraya tersebut adalah antara yang paling mahal sewanya di Malaysia. 
 
Berkemungkinan kos yang agak tinggi seandainya mereka terpaksa menyediakan pekerja khas untuk memegang tuala tersebut. Untuk pengetahuan semua pasaraya ini ada menyediakannya di tingkat bawah pasaraya tapi dikenakan bayaran sebanyak RM2 sekali masuk tandas tersebut. 
 
Jadi pandangan saya, jika hendak melakukan sesuatu kempen itu bertindaklah selojiknya.Untuk membantu dalam menghijaukan alam kos yang tinggi di perlukan, tiada yang mudah dan murah. Bukan dengan melemparkan beban tersebut hanya ke bahu pengguna. 
 
Dimana sumbangan syarikat besar yang kaya-kaya tersebut?Apa yang saya perhatikan seolah-olah pihak ini mengambil kesempatan pula dari galakan kempen yang di galakkan kerajaan.Apa pandangan anda? Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 15, 2011

45 Komen:

  1. Saya sendiri kalau kedai runcit akan menolak bag plastik. Kalau bilik air disediakan kain lap tangan nanti masalah hygiene pula

    BalasPadam
  2. @akubiomed

    kain tu kenalah pakai
    dan cuci..ala-ala hotel
    ada budak pemegang tuala..
    mampu ke agaknya syarikat tu?

    BalasPadam
  3. Haha pernah kena. Ada tanya kat cashier, "sejak bila ni? ada datang beli hari tu tak kena pun, napa xpernah tahu pun", dia balas kat Pahang wat camni, tiap sabtu, kat tempat len ada gak tapi xpasti mana". Memang tak amik pun plastik tu, beli aiskrim je.

    BalasPadam
  4. @AkuMuzikFilem

    Beli ais krim okey lagi
    saya sekali beli stock seminggu
    RM200 biasa dah..bayangkan barangan tu semua nak di jinjit tanpa beg plastik?

    BalasPadam
  5. Actually, go green ni galakkan kita bawa beg sendiri kot atau guna plastik yg sebelum2 ni, itulah maksud kempen go green kot. Kenapa sabtu? Mungkin sebab hari tu ramai keluar beli barang.

    BalasPadam
  6. @AkuMuzikFilem

    ermmm..tak semua orang
    bawak beg sendiri..cuma pengganti
    beg plastik itu sebaiknya gantikan dengan yang mesra alam dan percuma bukannya menggalak kita membeli pula 20 sen beg plastik..ambik kesempatan pula.

    BalasPadam
  7. Mungkin untuk kali pertama orang tak tahu akan kempen ni, tapi lain kali, hari sabtu ingat kalau nak shopping bawa beg sendiri.hehe. Tapi itulah, betul juga, bukan semua orang bawa beg sendiri, kurang2 bagi beg yang cam TESCO buat yang dari pulpa kayu ok juga kan kalau nak 'hijau' sangat. Oh kalau RM200 punya barang wajib plastiklah, banyak plastik juga tu, memang ambil kesempatan, kalau betul nak 'hijau', jangan ada langsung sebenarnya. Takdelah 'hijau' mana pun, take advantage atas nama 'go go green'.hehe

    BalasPadam
  8. Pasaraye bertamboh untung dengan penjualan beg plastik.

    BalasPadam
  9. Malaysia mmg suka buat kempen tak lojik dan menunjukkan ketidakpandaian diorg..haha

    BalasPadam
  10. kalau dah go green..takde tisu smua apa kata kurangkan harga msuk toilet tu..huhu..

    anyway elektrik once created kita tak boleh store..so guna ke tak sama je..camtu baik guna je....

    BalasPadam
  11. kalau xnk bg..nk sgt go green..btul2 xyah bg bag...ni siap jual lg 20 sen..pasaraya yg untung...

    kempen la beli green bag..pastu klu gi mana2 bw green bag... kalau kat jusco tu green bag punyer la mahal...mmg kalau beli brg umah beratus2 ringgit tu mana cukup 1 bag..

    n kalau tibe2 nk kepasaraya n xbwk green bag pon susah jugak...rs2nya masih lg memerlukan plastik cume kempen recycle plastik tu je yg perlu di kempenkn...

    buat tmpt recycle kat tmpt2 awm...mungkin dpt sambuatan...

    brg2 yg eco friendly still mahal...camner nk go green...

    BalasPadam
  12. kempen ni logik kecuali kt bahagian tandas tu. kami kat nz ni mmg die xde bagi plastik atau beg kertas

    BalasPadam
  13. Sampai 20 sen satu.....
    Cekik darah ya!

    BalasPadam
  14. kami sokong pendapat bro tu..
    rasanya ada cara lain lagi,
    klu org2 tua pula yg beli brg kan da jenuh tu dia nak bawa semua brg2 tu..kesian diorg..
    rasanya kerajaan kita kena kaji dgn lebih mendalam lg,jgn pikir pendek jer..

    BalasPadam
  15. sokong kempen Go Green.Dah tahu jadi bawa beg sendiri, plastic ke, kertas ke atau beg kain ke atau tak payah le pegi shopping hari sabtu, he.. he..

    BalasPadam
  16. Kena siap kan jabir dari rumah lah ..

    BalasPadam
  17. Okay la tu...sikit hari lagi semua orang pandai la..biasa la,baru nak belajar..."esok-esok" DEPA upgrade la...kan kita baru nak belajaq..man-man la...

    BalasPadam
  18. Salam..tak penah terkena lagi sebelum ni...so bila dah tahu ni kalau nk pegi shoping hari sabtu nak siap2 bawak beg mesra alam...beg maiyden atau jusco...

    BalasPadam
  19. saya sokong..dr rumah bwk beg plastik besar..
    bab tisu tu pulak,sy siap bawak handtowel dlm handbag..selesai...

    BalasPadam
  20. mak setuju..mak pun x suka guna plastik beg pd barangan yg x perlukan plstik beg tp sediakanlah beg kertas sptmana yg xe zul kata tu.

    Klu guna kertas tisu utk lap tgn kan elok dr gunakan kain @ pengering tu??

    Apa masalahnya klu sediakan kertas tisu kalau nk dibandingkan dgn mesin pengering tu??

    BalasPadam
  21. Terima kasih semua
    atas pandangan dan
    komen dari kalian..
    amat saya hargai..

    BalasPadam
  22. sebenarnya kempen tu umpama menangguk diair keruh je..menguntungkan sesetengah pihak je...yg susah rakyat jugakkk

    BalasPadam
  23. Bagus juga,supaya kita ingat macam dulu bila kepasar membawa bakul.
    Di tandas mungkin ingin mengajar yang bukan melayu tentang kebersihan diri,maklumlah mereka main lap je,Kita ada membawa saputangan jadi gunakanlah,

    BalasPadam
  24. Sebab tu sekarang saya shopping groceries hari Ahad !

    Kalau pergi hari Sabtu, saya pastikan mesti bawak beg kitar semula...hehehe..

    Nak buat macam mana... ikut ajelah..

    BalasPadam
  25. ntah la...kdg2 nak sokong pun serba salah...

    BalasPadam
  26. Salam...

    Melampau la caj masuk toilet RM2 tp tisu
    x bagi...kalau nyopping kat pasaraya hari sabtu elok bwk beg sdiri...x kose nak byr doposen..

    BalasPadam
  27. beg kertas spt di luar negara itu lebih praktikal rasanya....

    atau sewa bag macam kita guna troli yang dimasukkan duit 50sen tu... dah guna, kalau nak pulangkan dapat balik duit semula ... ntahlah berkesan ke tak idea saya ni

    BalasPadam
  28. malas nak g pasar raya beso tak larat dengan ramai orang. kedai runcit ander lagi beg plastik bule gak baut plastik sampah

    BalasPadam
  29. betul tu. harus dipertimbangkan juga pelanggan ni. jangan ada yang memboikot pulak.

    BalasPadam
  30. @zulkbo Ada beberapa hotel mengalakkan pelanggannya tidak membasuh tuala hari-hari untuk mengurangkan pengunaan pencuci pakaian yang memberi kesan kepada alam

    BalasPadam
  31. @akubiomed

    pulak dah??tapi sekarang dah ada jual bebola menggantikan sabun..lebih mesra alam..langsung tiada sabun.

    BalasPadam
  32. Kalau kita tenok balik, kempen2 seperti ini diperkenalkan di Barat dahulu, barulah ia menganjur ke negara2 yang sedang membangun seperti kita. Perasan tak, sebagai contoh kes Go Green yang menidakkan beg plastik free pada hari tertentu negara2 maju sememangnya telah mengaplikasikan penggunaan beg kertas jauh lebih lama dari kita. Maka mereka tidak ada masalah untuk kempen seperti ini. Tetapi bagi kita yang sedang membangun, ia akan menjadi beban kepada kita sebab kita masih lagi bergantung kepada penggunaan beg plastik. Oleh itu, ia akan membuatkan negara2 yang baru membangun seperti kita sedikit tertekan secara tersiratnya. Secara kita tidak perasan ia menyulitkan bukan? Inilah kehendak Barat, agar kita tidak lekas seduduk dengan mereka melalui kempen2 seperti ini. Itu hanya pendapat saya, tolong betulkan tang mana salah :)

    BalasPadam
  33. Lama tak dengar kempen mari menabung untuk masa depan kan?..

    BalasPadam
  34. Salam zul, kadang2 mmg ada kempen yang menyusahkan pengguna .. yang membuatnya dia pikir sekali aje... tambahan pulak mmg dia tak pernah kena dan rasa akan situasi sedemikian mmg kaco weh :(

    BalasPadam
  35. salam
    pasaraya dua kali untung
    satu jimat bag
    dua dapat jual bag

    BalasPadam
  36. @CECOMEL

    Menarik pendapat anda..saya setuju
    antaranya..mungkin ada konspirasi sedikit sebanyak..

    BalasPadam
  37. @tehr

    anda terus ke pointnya..
    saya setuju..itu yang nak
    saya katakan..

    BalasPadam
  38. Mula2 lagi kempen tanpa plastik ni Jai memang dah x suka sebab slalu tengok org tua2 dok dukung barang yang banyak bila membeli.. ades... sedeh je tengok..

    BalasPadam
  39. huhu..
    mkin untung la psaraya:)

    BalasPadam
  40. sy berada di tengah2 sahabat..
    rasanya tak patutlah klu tak der tisu dlm tandas..habislah tgan basah...nk beratur punyalah ramai..tandas..mestilah sslu jer ada org klr dan masuk hu..

    adakah mrka ini kedekut huuu

    BalasPadam
  41. en zulkbo,
    pasni bawa beg sendiri... ;)
    yg pasti mesti ade kemahuan... dlm bonet letak siap2 beg utk shopping...

    tp kalo tak sediakan tisu di toilet tu, tak wajar lah.. tak nampak pun sgt faedahnya...

    BalasPadam
  42. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  43. hmmm if those who buy items in small quantity mybe its okay to bring their own bag . but for those who buy a lot , they still hve to pay for extra plastic bags . nyooo 20 sen per plastic bag . lol

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA