Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah






"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka"

Salam semua, peristiwa Hijrah mengajar kita betapa pentingnya sikap cekal di dalam diri. Kecekalan kaum Muhajirin ketika berhijrah dengan merasai ranjau kepayahan, penderitaan, kehilangan harta dan keluarga serta penyeksaan merupakan aset pengajaran yang amat penting dalam membentuk jiwa yang kental kepada generasi muda masa kini.

Kecekalan mereka yang berteraskan keyakinan bahawa janji kemenangan dan pertolongan Allah s.w.t pasti benar akhirnya berjaya merobek keangkuhan jahiliah dan menjadikan kebatilan tersungkur hina.Berbekalkan penghayatan nilai kecekalan inilah maka barisan pelapis umat ini berupaya cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran alaf baru. 

Kecanggihan teknologi dan kelicikan tipu daya musuh Islam serta golongan munafik, tidak akan mampu menahan generasi ummah bangun mempertahankan Islam. Malahan usaha dan semangat mereka semakin bertambah untuk bersaing seterusnya menerajui ketamadunan manusia yang bernaungkan Islam. 

Kekuatan sedemikian akan dapat dicapai menerusi singkapan sejarah kecekalan para Muhajirin dan Ansar di dalam peristiwa hijrah. Maka, generasi umat Islam mestilah celik ilmu bagi mengambil bekalan yang sepenting ini.Ilmu dan pengetahuan adalah dua perkara yang saling berkaitan.

Orang-orang yang berilmu semestinya adalah seorang yang berpengetahuan.Ilmu dan pengetahuan tidak diperolehi dengan hanya bergoyang kaki dan berbual kosong, tetapi ilmu yang jitu dan mantap hanya diperolehi dengan pembacaan, pengkajian dan pembelajaran.Seperti kata pujangga "tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China sekalipun"

Selamat menyambut 1 Muharram 1432 Hijrah dan Selamat Tahun Baru, harapan semoga "HIJRAH" kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 07, 2010

25 Komen:

  1. selamat menyambut maal hijrah bro =)

    Pendapat anda?
    Sakit kepala atau migrain?

    BalasPadam
  2. Salam Maal Hijrah buat en. Zulkbo juga.. Mudah2an dipermudahkan urusan oleh Allah :)

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut maal hijrah bro..
    semoga kita dapat berhijrah lebih baik dari sebelum..:)

    BalasPadam
  4. salam maal hijrah bro..
    semoga kali ini kita lebih baik dari sebelum ni

    BalasPadam
  5. salam maal hijrah untuk saudara zul

    BalasPadam
  6. Salam maal hijrah...

    Semoga semua amanah dapat kita laksanakan dengan sempurna...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum sdra..

    Moga sdra sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~NYA..

    Salam Maal Hijrah 1432.

    Sesungguh hijrah itu memerlukan Jihad akhlaqiyah iaitu perubahan perilaku, baik lahir maupun batin ke arah yang lebih Islamik. Akhlak yang di ajar oleh Rasulullah saw adalah bersifat universal dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Ia tonggak kepada agama, bangsa dan tanah air.

    BalasPadam
  8. salam maal hijrah...

    BalasPadam
  9. Salam maal hijrah dan selamat thn baru 1432.

    BalasPadam
  10. Salam maal Hijrah
    Moga hari ni lebih baik dari semalam..

    BalasPadam
  11. salam maal hijrah..semoga sihat selalu....Zul dan sekeluarga

    BalasPadam
  12. Salam Maal hijrah juga drp kawan maaf zahir dan batin. Jom bersama kita tingkatkan azam yang lebih best daripada tahun lepas :)

    BalasPadam
  13. salam maal hijrah.
    Minta maaflah kalau saya ada buat silap
    semoga sihat sentiasa bersama ahli keluarga

    BalasPadam
  14. salam maal hijrah juga untuk zul...moga cita2 ditahun baru tercapi~~ =)

    BalasPadam
  15. Semoga kita beroleh keberkatan dari NYA.

    BalasPadam
  16. Salam maal hijrah buat sahabat,

    Saya tertarik dgn.... kata pujangga "tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China sekalipun"
    Ramai yg anggapnya sebagai hadis padahal para ulama hadis mengatakan ia bukan hasdis atasu lebih tepat lagi ia adalah hadis palsu

    BalasPadam
  17. salam Maal Hijrah buat bro Zul dan keluarga..
    moga akan terus mendapat yg terbaik

    BalasPadam
  18. Aslmkm.
    Jomlah kita berhijrah dengan lebih baik lagi di 1432H ini. Insya Allah diberkati semuanya.

    BalasPadam
  19. salam maal hijrah, semoga hijrah kali nih lebih baik daripada sebelumnya.

    Latest Entri :
    Salam Maal Hijrah 1432H

    BalasPadam
  20. SALAM MAAL HIJRAH,
    SAMA2 KITA MELAKUKAN PERUBAHAN POSITIF YANG BERTERUSAN

    BalasPadam
  21. hallo teman,

    saya mau minta tolong nich... Boleh nggak..???
    Begini...saya kan sekarang sedang mengikuti sebuah kompetisi blog.
    Nah, saya butuh support dari teman agar bisa menang,
    untuk memberikan komentar pada artikel saya di :
    http://rifkifauzi.blogdetik.com/index.php/2010/11/dari-internet-sehat-jadi-hebat-dari-dunia-maya-jadi-nyata/

    TERIMA KASIH BANYAK

    salam teman blog,
    Rifki Fauzi
    (weowe.blogspot.com)

    BalasPadam
  22. Hello Zulkbo,
    Salam 1M,semoga rezeki bertambah :)

    BalasPadam
  23. salam,
    selamat menyambut maal hijrah untuk bro
    semoga terus diberkati

    BalasPadam
  24. iskh baru je rasanya pasang azam baru... cepatnya kita ditinggalkan oleh masa

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA