Menjadi Blogger Yang Sporting | Tag



Salam semua, ada kalanya apabila kita di tag oleh rakan blogger yang lain bermacam-macam bermain di fikiran. Nak jawab ke tidak? Sudah menjadi tradisi dalam blogging, sebagai tanda ingatan dan ukhwah antara blogger sesama blogger yang lain.

Semalam saya di tag oleh blogger ChipZine  http://bilachipmulamenulis.blogspot.com/, terima kasih banyak kerana mengingati saya di kalangan ramai rakan blogger anda.Sudah agak lama saya tidak menjawab tag dari sesiapa dan ada juga tag yang masih tidak berjawab,kemaafan saya pohon.



Meneruskan tradisi soalan- maklan yang di berikan, di sini saya jawab..hu hu..

Nama blog korang dan kenapa letak nama tu:
  • zulkbo : rasanya ramai yang dah tahu jika sudah lama mengikuti blog saya,singkatan dari nama penuh saya Zulkifle Bin Othman
5 perkara yang saya suka:
  1. Wang ringgit (tipu kalau anda kata anda tak suka duit),
  2. Isteri yang cantik (tiada kekosongan),
  3. Anak-anak yang sihat,
  4. Makanan halal dan
  5. Hutang habis di bayar.
5 perkara yang saya tak suka:
  1. Orang perempuan mulut berbau dan tak tahu malu,
  2. Anak yang derhaka kepada mak ayah mereka,
  3. Kengkawan yang hanya ada, time saya senang sahaja,
  4. Itu nak bayar,ini nak bayar (hutang) dan
  5. Penipu.

Mengikut tradisinya kena la passing bola kat 5 pemain yang lain....ada sesiapa yang nak bola tanggung ni? Sekali tanduk dan masuk gol !!...he he. Alahai tiada yang mahu pula..saya dengan ini mengumumkan bloggers yang bertuah:
  • http://akuanakpahang.blogspot.com/
  • http://fiverobindas.blogspot.com/
  • http://azilas.blogspot.com/
  • http://lipislady.blogspot.com/
  • http://cemomoi.blogspot.com/
Mana-mana nama yang tak tersenarai tu, janganlah berkecil hati pula ye?..bukan tak ingatkan kalian, lain masa dan ketika ada lagi..wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 04, 2010

20 Komen:

  1. Salam
    sebenarnya..walaupun kita rasaagak susah utk buat tag ni..tp bila dah jadi entri..ia beri info tentang diri kitakepada pembaca yg dtg ke blog kita..bukan begitu..hehe

    BalasPadam
  2. Salam Zul, Alhamdulillah saya diantara senarai yang utama yang kena TAG TQ.. nanti saya jawab :)
    Menarik jawapan aok tu kawan kenan :)

    BalasPadam
  3. hutang habis dibayar... :-)

    BalasPadam
  4. Heeee.. Betul tu.. Saye kalau berkesempatan sure akan dijawab.. :)

    Betul gak bak kate saudari lydia.. Ade info tentang diri kita yg pembaca boleh tau.. ;)

    BalasPadam
  5. time kasih sebab blog koi x tersenarai....bab tag mengetag nih, memang koi x minat....

    BalasPadam
  6. Salam.

    Saya memang tak mampu kalau bab-bab macam ni.

    Semoga abang Zul sekeluarga sentiasa dalam kesihatan yang baik. Allahumma Ameen...

    BalasPadam
  7. salam,
    ada juga tak yang tak dapat dijawab apalagi bila melibatkan gambar.. memang surrender..

    BalasPadam
  8. salam..
    heee
    akhi jawab tag..
    bgus2
    :)

    BalasPadam
  9. ohh baru tahu ape maksud zulkbo tu..hehe, nampak sangat baru join blog ni kan? :P

    saya suka jawap tag sbb boleh jadi entry kalau mase takde idea nk update..hehe

    Terkini :
    Kaya atau Sederhana
    Jom join contest kesayanganku!

    BalasPadam
  10. kadang tu bila di tag bukan tak nak jwb tp sebab tak sempat...

    apa2pun tahniah sebab berjaya juga jawab tag..

    BalasPadam
  11. aeh! ko pon ande juga, hok itu ari pon takdan koi ngambik lagi. apa pon tima kasih atas ingatan... insyaallah koi jawab nanti

    BalasPadam
  12. Saya baru perasan pengguna Chrome tidak akan menjumpai kotak komen,jadi buat sementara saya tukarkan kaedah komen menggunakan POP UP..

    BalasPadam
  13. Lame doh tak menjawap tag...

    BalasPadam
  14. Salam bro zul...

    Ustaz Love pun baru buat tag yg sama.. dari org yg sama.. hehe

    BalasPadam
  15. haha..kalau ppuan mulut bau x sudi mau cium haha

    BalasPadam
  16. salam..dah lama tak kena tag.. ingat zaman2 sy guna blogspot dulu..selalu kena tag.. bagus juga, dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama blogger :)

    BalasPadam
  17. salam
    wah tag mengetag membawa keseronokan dunia blog ni :D

    BalasPadam
  18. salam akhi Zul...

    bukan kecil hati tak kena tag , tp terima kasih , 'watakkenabeb' kadang2 leka2 nk menjawab , akhirnya dah malas ...

    akak setuju tu , sikap yg bagus .. tak suka hutang n penipu ...

    BalasPadam
  19. Salam...

    InsyaALLAH,akan dijawab mggu depan..TQ
    Selamat ade bahan nak wat n3 baru nt..huhuh :)

    BalasPadam
  20. ya betul.. hutang habis dibayar tu sangat penting..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA