Islam Itu Mudah | Renungan Hadis





Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:”Jikalau tidak menjadi keberatan ke atas umatku, nescaya aku menyuruh mereka bersugi ketika setiap kali sembahyang.”[Riwayat at-Tirmidzi]


Huraian Dan Pengajaran: 


1. Al-sunnah merupakan sumber penting di samping al-Quran dalam pengambilan dasar undang-undang dan petunjuk dalam beribadat.

2. Rasulullah SAW memilih perkara yang lebih mudah untuk umatnya selagi tidak menjadi suatu dosa di sisi Allah sesuai dengan sifat agama Islam itu sendiri yang berpegang pada prinsip ringan, mudah dan kurang membebankan.

3. Dalam masalah ibadat terdapat berbagai kelonggaran yang diberikan (rukhsah) bagi memberi kemudahan untuk orang yang di dalam musafir, sakit atau menghadapi kepayahan (darurat) bergantung pada situasi yang dialami. Hal ini berlaku kerana dengan kemudahan dan keringanan yang diberikan, diharapkan manusia akan terdorong ke arah kebaikan dan akhirnya dapat berpegang teguh dengan ajaran Islam.

4. Setiap hukum dan perundangan yang digariskan di dalam Islam bukanlah untuk menyulitkan manusia tetapi untuk mengawal keselamatan dan menjamin kesempurnaan hidup mereka seluruhnya.





Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 31, 2010

24 Komen:

  1. Syukur....saya dikurniai Islam.

    BalasPadam
  2. islam itu mudah. tapi kita yang fikir susah

    Pendapat anda?
    its officially hasrolnizam dot com

    BalasPadam
  3. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH. SELAMAT TAHUN BARU. SEMOGA TAHUN2 MENDATANG INI, KITA SAMA2 DAPAT ISIKAN DENGAN AMALAN2 KEBAIKAN

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Semua itu merupakan rahmat Allah untuk kita semua..

    BalasPadam
  5. kita yg menyusahkan sebab tu jadi sudah...islam mudah dan memudahkan...moga esok lebih baik dari hari ini dan semalam...

    BalasPadam
  6. orang yg tidak menjaga giginya nescaya mudah diserang penyakit kronik kerana saraf gigi kebanyakannya bersambung dgn saraf utama anggota badan..bila tak jaga gigi, mudahlah serangan sakit ke atas tubuh badan yg lain..sbb tu lah ada hadis bkaitan menjaga gigi..wallahua'lam..

    BalasPadam
  7. Islam itu mmg mudah sebenarnya bagi yang ada iman yang kuat dalam hati.. Bila dalam hati ada dinding kejahatan yang menguasai, baginya ianya susah. Sedarlah bahawa syaitan telah bersumpah akan menggangu anak cucu adam sampai bila..

    BalasPadam
  8. salam en zul@ perkongsian yang menarik...

    BalasPadam
  9. Jangan menyusahkan sesuatu yg mudah. Tazkirah yang menarik untuk ingatan diri ini.

    BalasPadam
  10. Salam Tahun Baru. Semoga berbahagia di samping keluarga

    BalasPadam
  11. selamat tahun baru...semoga sentiasa ceria

    BalasPadam
  12. islam itu sangat indah dan sangat mudah untuk mendapat pahala... nak dengan tak nak jer..

    BalasPadam
  13. @Zikri Husaini

    Agama Islam itu agama sepanjang zaman. Tiada siapa yang boleh mengatakan ianya agama zaman dahulu. Islam itu flexible, mudah dan sesuai dengan kehidupan seharian.

    BalasPadam
  14. Islam adalah yang terbaik dan terindah jua.

    BalasPadam
  15. Islam cintakan kebersihan, :D

    BalasPadam
  16. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Selamat melangkah ke tahun baru 2011.. mudah2an kita kekal dalam hidayahNya...

    BalasPadam
  17. Salam Zul,

    Selamat Tahun Baru 2011

    Islam memberi banyak kemudahan kepada pengikutnya sekiranya memahami panduan yang telah diberikan dari sunnah dan Al-Quran.

    BalasPadam
  18. salam
    hanya manusia sahaja yang suka menyusahkan diri sediri

    BalasPadam
  19. indanya islam itu andai kita benar2 menghayatinya

    BalasPadam
  20. Islam itu memang mudah sebab itu kalau ada yang bukan islam berminat hendak tahu mengenai islam kita perlu permudahkan untuk mereka memahami ajaran islam

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA