Followers VS Backlinks | Tip Blogging



Salam semua, pada seawal berblogging dahulu target utama adalah untuk menambah sebanyak mungkin followers di "followers widget" blog saya.Kecenderungan tersebut, menjadikan saya lebih menerjah kotak widget followers blog lain berbanding kotak komen blog tersebut.

Kesannya bolehlah di lihat seperti sekarang, followers di "followers widget" mencecah angka 680 orang. Ermm...bila di fikirkan, jika setiap kali kita posting entri terbaru dan setiap orang meninggalkan komen di blog saya, sudah berapa banyak komen yang saya dapat.

Dari jumlah 680 orang itu, sudah pasti selain tidak semua yang meninggalkan komen di blog saya, belum tentu mereka menyimpan URL blog ini untuk mereka kembali semula setiap kali blog saya  posting entri-entri terbaru.

Ini pesanan buat diri saya sendiri juga. Dari 680 orang follower saya,  rasanya dalam 400 sahaja yang mungkin saya sentiasa follow posting terbaru meraka. Itupun kadang-kala terlepas pandang juga, memandangkan kesibukan kerja untuk sentiasa online di hadapan komputer.

Di sini berbeza, lebih baik  kalau anda terjah kotak komen seseorang itu dari anda terjah kotak follower mereka. Kebaikannya, untuk masa hadapan blog anda juga.Kesannya, apabila anda kerap meninggalkan komen secara tak langsung ibarat anda menabur "benih blog" anda di situ(URL blog anda dalam kotak komen tersebut).

Bila menanam benih belum tentu menjadi kan? Ibarat tanaman juga..belum tentu tumbuh jika tanahnya tidak elok.Jadi jangan kecil hati, teruslah mengomen kerana pasti satu hari akan tumbuh juga tanaman hasil benih blog tersebut.Jadi apa kena mengena benih ini?

Benih inilah yang akan menjadi "backlinks" blog anda di masa hadapan.Yang akan menguatkan pokok (blog) anda. Dari sini blog anda akan menjadi "mesra"pada enjin carian.Secara tak langsung setiap entri yang anda lahirkan akan sentiasa di access di internet melalui carian enjin carian (Google,Yahoo,Bing), yang juga di kenali sebagai "organic traffic"

Jadi mulai hari ini, cadangan saya mulakan mengutamakan untuk komen di blog seseorang berbanding dari kita hanya menumpukan untuk mengumpul followers. Seandainya blog yang anda komen tersebut tidak membalas komen di blog anda, jangan lah pula berkecil hati.

Ada dua kebarangkalian mereka tidak komen di blog kita.PERTAMA; mungkin mereka sibuk, kerana blogger hebat tentu kerjanya juga hebat. KEDUA; blog yang mempunyai page rank tinggi (PR-4 ke atas), jika komen di blog page rank rendah akan mengakibatkan, berkemungkinan blog mereka  di penalti  oleh Google dan menjatuhkan page rank mereka.

Jangan pedulikan mereka, yang penting anda tinggalkan komen anda di blog mereka.Kerana di situ ada URL blog anda yang akan tumbuh berakar-umbi dan menjadi sumber kekuatan(backlinks) blog anda satu hari nanti.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 28, 2010

58 Komen:

  1. salam..oohh, macam tu ke? tima kasih bagi tips ya..

    BalasPadam
  2. Sebab tu zulkbo rajin meninggalkan komen yang walau beberapa patah perkataan he3.Saya pun pernah dengar camni dan rajin juga tinggalkan komen.Apapun.. thanks untuk info ni.

    BalasPadam
  3. @Jieda

    Tahu tak pe..?he he..
    berbanding kita hanya
    tinggal URL kita
    di shout box..URL
    itu akan hilang
    begitu sahaja..

    BalasPadam
  4. salam
    google boleh penalti pulak rupanya
    baru tau ni, bro
    thanks

    BalasPadam
  5. salam,
    tambah hebat tip zul sekarang ni..thank sentiasa berkongsi perkara-perkara hebat dan terbaik..

    BalasPadam
  6. yep..memang betul tu..tapi bab penalti tue memang x tahu jugak..hohoo

    BalasPadam
  7. @Azuan

    Bagi blogger pro yang menitik beratkan soal SEO, mereka memang
    berhati-hati hendak komen di sebarang blog..dari pengamatan mereka seandainya blog baru pasti mereka tak akan meninggalkan komen

    BalasPadam
  8. tul tu..aku tak kisah sangat bab follower tu walaupon teringin gak nak dapat ramai follower. tapi kaau sekadar kuantiti, tak membawa makna kaau diorang tak follow kita pon. aku kaau boleh maintain follow satu-satu blog tu, sampai aku jadi top comentator. kalau nama dah naik kat blog tu, insyaallah, akan ada pelawat dari blog yang kita jadi top commentator tu, lagi satu kalau nak bagi komen, jangan sekadar bagi komen "nice tips bro" tapi bagi pendapat juga untuk entry tu supaya pembaca lain tertarik utnuk melawat blog kita juga :)

    BalasPadam
  9. @amry

    Terima kasih komen anda,
    pada saya panjang @ pendek
    komen seseorang tetap saya
    hargai...

    BalasPadam
  10. owh..gitu rupanya.

    terima kasih BroZul.


    Selalunya saya singgah komen pada yg selalu komen di blog saya aje.. Dan jugak kawan2 baru.

    Motif utama nak cari kawan. itu aje. Rupanya Goggle perhati ..?

    BalasPadam
  11. @a.z.r.i.n.a.03.07

    Tidak semestinya..
    hanya yang ber page rank
    4-ke atas je..kalau
    di bawah 3 rasanya
    sama je penilaian
    google..

    BalasPadam
  12. Saya suka dengan penerangan secara layman begini, berbanding yang teknikal (yang belum tentu kita faham).

    BalasPadam
  13. Saya sedih bila saya tinggal komen mereka tidak reply.. Tapi saya tetap tinggalkan komen :)

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  14. terima kasih encik Zul..sy dh lama fkir yg follower bknlah yg terbaik utk meninggalkan backlink..bkn smua follower ikut blog kita walaupun mereka follow di google connect..blogwalking jugaklah yg tbaik..

    BalasPadam
  15. Kome setuju dengan tips aok ni Zul..sangat berkesan..bagi kawan folower tu hanya sekadar..hanya 50% je yang aktif dgn blog yang mereka follow..hehe!

    BalasPadam
  16. Salam Zul, saya setuju dengan pendapat anda itu.. apapun saya buat kedua-duanya sekali tapi lebih selesa meninggalkan komen dan url link sekali utk terus ke blog kita nanti. Moralnya meninggalkan komen mmg amat penting.

    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal maka tak cinta."

    BalasPadam
  17. SALAM,
    N3 YANG MEMBERIKAN INFORMASI YANG CUKUP BERGUNA. TERIMA KASIH

    BalasPadam
  18. nice info..tahniah abg zul...

    BalasPadam
  19. salam satu info menarik yg melalui masa dan pengalaman sendiri dan dikongsi tq tuan zul

    BalasPadam
  20. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Terima kasih untuk info ini.. bagaimanapun kak mungkin tak dapat nak ke banyak blog n tinggalkan komen..

    BalasPadam
  21. tq tips yang baik... kekadang sibuk tu yang takdan nak ngomel kat shoutbox tu

    BalasPadam
  22. dulu sy suke folow org..
    tp skrg sy suke tnggalkan komen..

    cara mnghargai tulisan blogger ^^,

    BalasPadam
  23. yess boss...
    akan ku ikuti tips mu itu.
    thanks!

    BalasPadam
  24. haaaa nilah yg saya tunggu dr ritu..tips seo..hehe, baru tau.. :) eh jap, saya termasuk tak dlm 400 blog tu?? hehe :P

    BalasPadam
  25. Salam sdra...

    Terima kasih atas info ini...

    BalasPadam
  26. Salam...

    Tips yg bagus. Dari dulu sampai skrg saya teramatlah malas nk follow blog org melainkan org tu follow dulu.
    Tp kalau bab komen, saya lebih tumpukan up date bloglist yg ada kat sidebar blog.
    Blog seterusnya akan saya kunjungi yg tinggalkan komen di n3 saya.
    Seterusnya kalau ada masa lapang, time blogwalking dan terjumpa n3 menarik baru saya tinggalkan komen.
    Niat di hati nk tinggalkan komen sebanyak mungkin tapi kekangan masa la...

    BalasPadam
  27. saya selalu pusing2 kt blog kawan2 lain...n betui juga kata zul, setiap benih yg ditanam belum tentu tumbuh. hasil kunjungan balas masih kurang memberangsangkan tp tak pe, pelan2 kasi baja sama itu pokok :)

    BalasPadam
  28. yer ker....
    gwa nak tengok..
    hang mai komen dak kat blog aku....

    heheheheheehe...

    BalasPadam
  29. salam..
    suka dgn pendapat sahabat tu..

    klu tuan blog tak jeguk blog kita kemungkinan tu adalah atra sbb dalam mereka ..kesibukan, pr dan lain2 lagu huu..

    BalasPadam
  30. thanks en.zul..
    tips yg sgt2 berguna... ;)

    BalasPadam
  31. anda dpat award sila ambik di http://nickirfan.blogspot.com/2010/12/aku-jutawan-award-thanzk-atikadya.html

    BalasPadam
  32. zulkbo: yg penting rajin kannnn....

    BalasPadam
  33. Tip yg baik untuk newbie cam aku..cuma aku bila komen yang agak kritis aku takut ada yang tak boleh terima.Nama pun komen..kalau ada kotak memuji lain lah..

    BalasPadam
  34. tips yg bagus ni abg zul, sy pon memang suka komen di entry...

    BalasPadam
  35. salam bro zul

    betul tue apa pun kita kena rajin bw gak kan??kan??

    thanks la tips tue ..

    p/s: tak sempat ngak kunjung sini atas sebab2 tertentu..

    BalasPadam
  36. sokong 100%..
    sharing is caringkan..

    BalasPadam
  37. Sedang menanam benih sekarang ni..insyallah akan membuahkan hasil kemudian hari.

    BalasPadam
  38. @mankuchai

    Nampak dah naik
    anak-anak taugeh
    tu Man..he he

    BalasPadam
  39. @abadi romeo

    Komen anda adalah tanggungjawab peribadi..sebaiknya berhati2 juga komen Romeo..kerajaan di bawah satu badan, dok pantau ler nih..

    BalasPadam
  40. @tokeh besar

    Saya cuba ke sana
    insyaallah..sibuk
    sket hari nih..

    BalasPadam
  41. @iza

    Anda lebih mengetahui Iza
    pun dah Page Rank 3 sekarang..
    hebat tuh..

    BalasPadam
  42. Yeah.. Memang Jai sokong sangat.. Kalau dekat shoutbox, backlink tu hanya limited. Kadang2 sampai terlepas pandang. klau tinggal jejak kat komen, url kita akan kekal sampai bila2 selagi tuan blog tak buang..he3

    p/s : http://www.decrewz.com/shoutbox-sudah-tidak-relevan-lagi/

    BalasPadam
  43. Salam..saya lbh hargai sahabat yang tinggalkan komen kerana mereka mmg membaca entri saya berbanding mereka yg cuma masuk dan sapa hai di shoutbox.

    BalasPadam
  44. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    ermmm..
    saya pun begitu juga..sedih,
    mungkin mereka datang sekadar
    trafik je..bukan nak baca tulisan
    kita..

    BalasPadam
  45. AKU TERJAH KOTAK KOMEN DAN SOTBOX. KALU BERMINAT BARU FOLLOW =)

    BalasPadam
  46. salam. nak tukar font title boleh tengok kat sini yea..tapi panjang sikit la. :)

    http://www.silampuneon.com/2010/12/tutorial-cara-tukar-font-title-blog.html

    BalasPadam
  47. salam
    komen bukan sahaja bantu promote malahan tambahkan ikatan persaudaraan :D

    BalasPadam
  48. salam..
    bgsla..tips yg bagus..semoga budaya membaca subur dikalanganblogger tempatan..insyaAllah..

    BalasPadam
  49. terima kasih info menarik ni, tapi kekadang tak sempat lalu nak tinggal komen, berblog pun masa terhad.TQ TQ

    BalasPadam
  50. Tips yang sangat baik dan di persembahkan dalam gaya bahasa yang mudah dan menarik.Thanks Zulkbo.


    Ada award untuk Zulkbo
    Award

    BalasPadam
  51. kadang2 masa pun terhad juga.. ikutkan nak jer balas semua ... tapi amik masa sikit2la..

    BalasPadam
  52. salam lewat pagi...:)

    cikmin antara yang paling lambat atau boleh jadi tak terbalas komen yang diterima..paling utama kekangan masa(tengok waktu kul berapa cikmin komen ni)..dan kadang2 komen yang pendik hanya 3-4 patah..tak tahu nak balas apa pulak.. :P

    tapi kalau blogger yang bijak menarik seo..dia tak kisah sangat kalau komennya tak dibalas..yang penting cuba tinggal komen yang berkualiti..

    Terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  53. Salam Zul,

    Informasi baik. Tapi kakak tak boleh nak ikut sepenuhnya. Masa menjadi punca segalanya...

    BalasPadam
  54. pandangan yang berguna.
    betul ke kalau PR tinggi, tinggalkan komen di blog PR rendah, blh kurangkan PR? pertama kali dengar

    BalasPadam
  55. betul, benda ni aku dah perasan lama dah, tu pasal aku juga lebih gemar meninggalkan komen.. tapi tulah, kadang2 bukan sepenuh masa kita untuk berblog, jadi jgn kecil hati kalau kita tak berkesempatan untuk jejak kembali, nice entry bro.. bermakna.

    BalasPadam
  56. oh gitu ya mas bro, mas baru

    BalasPadam