Kereta Dalam Gaung Genting Sempah | Persoalan??



Salam semua..saya dan anda pasti tertanya-tanya berkenaan misteri kereta Kia dalam gaung yang di temui seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di situ.Kemalangan seandainya berlaku terdapat kesan-kesannya, tetapi ini tidak? Ermmm..memang kita semua di selubungi misteri...



KUALA LUMPUR: Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu. "Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan."Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.

Kereta itu ditemui pada 3 petang semalam oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu. - BERNAMA


Lagi berita bergambar anda boleh dapatkan di laman blog ini:
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 19, 2010

22 Komen:

  1. Salam zul mmg pelik juga bender ini, apapun kita kena tunggu hasil siasatan pihak Polis nanti.

    BalasPadam
  2. macam2 terjadi..tunggu dan lihat saja

    BalasPadam
  3. Salam BroZul,


    Ada yg nak claim keta hilang kottt..

    Tapi apa-apa pun kena tunggu siasatan polis.

    BalasPadam
  4. ade nengok kat tv td..
    mcm pelik jer...tibe ade kat dlm gaung tu...

    BalasPadam
  5. baca juga berita tadi..
    kete jer ada..
    pas tu tiada kesan terbabas plak..
    kes buang kereta nih... huhuhuh

    BalasPadam
  6. pelik betul.

    harap2 jumpa la pemilik kreta tu

    BalasPadam
  7. Salam zul,
    Macam2 kisah manusia sekarang, mungkin ada mulihat tertentu.. yang diluar pengetahuan kita..

    BalasPadam
  8. salam,
    tak dak mayat lak dlam keta tue...?

    BalasPadam
  9. Kot dia banyak sangat kereta dak..buang sebijik dalam gaung..

    BalasPadam
  10. @relevan

    Rasanya jemu dah buang
    je la..ha ha

    BalasPadam
  11. Keta Kia x laku jual balik..
    campok dlm gaung jelah gamoknye..huhuh :p

    BalasPadam
  12. CSI yg menarik ni...misteri sbb tiada sbrng tanda kete tu melanggar penghadang jln...@ dicicirkan ke bawah ole trak tunda lain...???mgkn jenayah terancang...claim insurans,cubaan menghapuskan bahan bukti..tunggu hasil laporan selanjutnya...

    BalasPadam
  13. Jenuh meneka dalam kesamaran tapi masih tidak mampu merungkaikan dengan logik akal....

    BalasPadam
  14. harap2nya bukan sebarang jenayah pun.. banyak sangat jenyah sekarang ni..

    BalasPadam
  15. Salam sdra...

    Insya Allah lepas ni boleh kesan si pemilik kereta tu kalau dpt nombor chasisnya...

    BalasPadam
  16. salam Bro
    ngerinya cam ni
    suspend lah
    harap2 everything ok
    maaf lamabta membalas kunjungan saudara
    sibuk raya,:)maklumlah kat Pahang raya aidil adha kan meriah sangat bagi saya

    BalasPadam
  17. bz sgt sampai tk sempat baca paper..daripada dibuang kan ke bagus bg kat sy yg takde kereta ni kan...

    BalasPadam
  18. misteri betul.... curam pulak tuh...

    BalasPadam
  19. salam, zul
    kalau tiada kemalangan, mesti ada yang buat hal
    takkan jatuh dari langit begitu je
    rasa2nya makhluk asing tak guna kereta

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA