Akal Manusia | Renungan Hadis





 
 
Dari Aisyah r.a katanya:"Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:"Pemandangan tidak sampai kepada-Nya". Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:"Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah."(Muslim)


Huraian Dan Pengajaran:
  • Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia.
  • Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.
  • Tenaga akal yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.


  • Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 19, 2010

    12 Komen:

    1. Salam hari jumaat yang mulia terima kasih berkongsi info yang menarik ini.

      BalasPadam
    2. salam
      alhamdulillah... terima kasih atas takkirah utk hari ini...semoga bermanafaat.

      BalasPadam
    3. Salam...

      Singgah bc tazkirah jap...

      BalasPadam
    4. assalamualaikum sdra...

      Moga sdra sihat hendaknya...

      Terima kasih atas nasihat ini..

      BalasPadam
    5. Apakhabar tuan, semoga apa yang di sampaikan dapat di jadikan panduan.

      BalasPadam
    6. tazkirah yang bagus...thanks zulkbo...

      BalasPadam
    7. tazkirah di hari jumaat... syukran2 bro zul... moga sihat selalu hendaknya...

      BalasPadam
    8. bertuhankan akal semata-mata nanti jadi sesat

      BalasPadam
    9. salam....akal yg bijaksana menghampiri kejayaan..

      BalasPadam
    10. salam en zul,
      semoga hidup kita sentiasa dipenuhi keberkatan..
      dan semoga akal bertindak mengatasi nafsu..

      BalasPadam
    11. salam hari jumaat bro..

      BalasPadam

    PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA