Ilham Belajar Solat





Salam semua, jumpa gambar ini dalam laptop Puan Basyirah      ( Mrs. zulkbo)..yang di kanan sekali anak lelaki saya Zul'Khair Ilhami..belajar menunaikan perintah Allah di surau sekolahnya.Kebiasaannya saya ajar di rumah dan dia kurang menunjukkan minat.

Beginilah budak di usia 5 tahun, bila ayah atau Ummie ajar bukan dia nak ambil kesah sangat.Berlainan dengan belajar bersama rakan-rakan di sekolah, tumpuan tak sama..cepat je pandainya, alhamdulillah.

Selain seronok berkawan, rakan-rakan selalu menjadi contoh dan idola antara mereka. Jadi berlakulah perlumbaan sesama mereka, perkara yang baik sebegini memang  di galakkan. Semoga berkekalan berlumba dalam mengejar kebaikan..wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 27, 2010

29 Komen:

  1. Ilham...sedapnya nama....
    Moga jadi anak soleh yang membahagiakan ayah ibu di dunia dan akhirat. Amin!

    BalasPadam
  2. **Baru perasan...banyak widget dah tak ada kat rumah ni!

    BalasPadam
  3. @ckLah@xiiinam

    Insyaallah Cikgu..
    terima kasih..

    BalasPadam
  4. melentur buluh biarlah dari rebung...huhuhu moga ilham menjadi anak yg soleh...tu harta kita bila kita mati nanti...huhuhuhu

    BalasPadam
  5. bagus dari kecik2 dah belajar solat... kalau tak dah besar baru nak diajar.. liat jadinya...

    BalasPadam
  6. salam
    anak2 memang sangat percaya pada guru mereka
    anak saya sendiri juga begitu walau pun saya sendiri seorang guru

    BalasPadam
  7. salam
    hehe betul tu bro, nak kena berkawan jugak baru seronok..bab mengaji pun satu hal nak kena ngaji dgn orang lain baru nak hehe

    BalasPadam
  8. Salam Zulkbo..

    MasyaAllah.. comel sungguh anaknya cik Zul ni... Setuju dengan tehr... kak guru pencen.. sekarang latih cucu pula...

    BalasPadam
  9. @ckLah@xiiinam

    Dah hampir 50% widget
    blog ini saya buang Cikgu
    nak bagi loadingnya
    cepat sedikit...berat sangat

    BalasPadam
  10. @etomyam @ Tehr @ Zikr

    Setuju sangat-sangat
    dengan komen anda..

    BalasPadam
  11. salam akhi Zul...

    khusyuknya mereka belajar , bagi tumpuan sepenuhnya...

    mudah2an anak2 kita semua akan jadi anak soleh solehah yg menyejukkan hati mak dan ayah masing2...

    BalasPadam
  12. @Anak Ulu Cheka

    begitu la gayanya
    Mitos...anak lelaki
    sorang ni je..
    harapan biorlah
    jadi manusia berguna
    insyaallah...

    BalasPadam
  13. salam,

    melentur ketika masih rebung...perlukan lenturan berterusan kerana rebung yang masih lembut sentiasa menurut lenturan yang tidak dikawal..

    BalasPadam
  14. Salam Zul budak2 mmg sifatnya suka berlumpa-lumba drp barang mainan, makananan dan berlajar. kalau dia buat sorang2 mmg tak mau punya :)

    BalasPadam
  15. salam ziarah..biasa ler ngn kawan2..br best..

    BalasPadam
  16. salam,
    alhamdulillah.... mau jgk dia berlumba2 dgn kawan2..
    ensem anak zul.... mesti zul kecik2 macam tu rupanya.. hehe

    BalasPadam
  17. Salam...

    Tak sabar nak hantar anak pi tabika..
    InsyaAllah, tahun depan nk hantar jgk la walaupun baru nk masuk 4 thn (bln 9 thn depan)...seronok tgk

    BalasPadam
  18. hmm.. betul tu bro zul..
    kanak2 belajar dgn org asing lebih mudah berbanding ibubapa..
    lagi bersama rakan2, mesti lebih menyeronokkan untuk belajar..

    BalasPadam
  19. perangai bebudak memang gitulah, cepat belajar kalau dari rakan2nya... sebab tu kena pantau kawan2 anak2 kita kan zulkbo

    BalasPadam
  20. gitu le gayanya bebudok ni, cakap mak bapak memang tak brapa nak masuk bila dorang beso sikit, kawan tu la yang akan jadik panduannya sebab tu hadis nabi kabo kalu nak kenal seseorang lihat la sapa kawannya

    BalasPadam
  21. memang betul tu bro..budak2 memang nak berkawan baru jalan,yg penting kita ibu/bapa memberi galakan.

    BalasPadam
  22. solat tiang agama. moga ilham jadi anak yg soleh

    BalasPadam
  23. Semoga jadi anak soleh

    BalasPadam
  24. semuga Zul'Khair Ilhami menjadi anak soleh....

    BalasPadam
  25. comelnya ilham, bagus ajar budak-budak solat kecik-kecik nih. sebab bila dah besar nak ajar dah liat dah. Rotan pun belum tentu jalan.

    Latest Entri :
    Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari
    Jana Pendapatan Dengan Burung Walit

    BalasPadam
  26. salam abg zul..semoga anak abg zul terus menjadi anak yang soleh dan solehah

    BalasPadam
  27. Salam..
    comelnye budak2 berbaju seragam ungu.. nampak kemas...

    Bagusnya.. 5 tahun dah belajar solat.
    Insyallah.. ilham akan menjadi anak yang soleh & berjaya.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA