Syurga Di Malaysia



Salam semua..dalam perjalanan pulang dari makan di Wisma Central tengahari tadi,saya di sapa oleh seorang lelaki warga indonesia.."Encik mahu beli Rolex".Dah biasa dengan situasi ini di sekitar KLCC.Ramai orang..ramai ragam dan pelbagai cara mencari nafkah.

"Ada jam lain tak?"Tanya saya menduga.."ada bang..abang mahu jenama apa?..kalau tiada sekarang nanti saya talipon kawan.."katanya. Benar-benar bersungguh dia nak menjual barangannya pada saya. Bila di tanya harga, bukan lah murah seperti yang di sangka..RM350 untuk satu jam tiruan buatan China yang anda juga boleh dapatkan lebih murah di Petaling Street.

Panerai Luminor Marina ( sumber Google )

Saya pernah memiliki seutas jam tangan tiruan jenama Panerai yang memang saya idamkan dari dulu. Tapi yang originalnya tidak mampulah..memandangkan yang paling murah pun berharga sebiji kereta Kancil dalam RM 22,000. Jika dahulu saya dapatkan yang berkualiti baik "Grad A" (menurut rakan saya yang pernah menjualnya di Petaling Street) 5 tahun dahulu di jual dalam harga RM150 sahaja.

 Mungkin pada perkiraan saya , produk tiruan ini semakin mendapat permintaan dari warga asing. Mereka seperti tidak percaya yang di Malaysia ini terlalu banyak barang tiruan yang berkualiti baik sampai sanggup membayar dengan harga tinggi menjadikan para peniaga jalanan ini meletakkan harga sesuka hati mereka.

Berdasarkan pengalaman saya apabila saya memakai jam Panerai tiruan. Saya pernah di tegur oleh seorang client warga Britain yang begitu memuji jam tangan saya itu.Bila saya katakan yang saya cuma membayar RM150 untuk jam tangan tersebut . Beliau akhirnya meminta saya membelikannya sebanyak 10 biji untuk di bawa pulang sebagai hadiah buat rakan-rakan beliau di Britain.

Kadang-kala agak memalukan juga bila ada client saya warga barat lain yang memandang sinis dengan budaya negara kita yang seperti syurga "pirate product". Dari beg tangan sehingga ke peralatan elektrik malah softwares komputer.Tapi pada saya tak salah menggunakan asalkan kita merasakan berbaloi dengan wang yang kita keluarkan.Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 06, 2010

23 Komen:

  1. salam..sy suka pi butik swatch kat KLCC tue dgn harapan dpt ketemu dgn bro zul..tapi tak dpt jugak :-( huhuhuhu

    BalasPadam
  2. saya sokong.... sebab I juga sometimes guna hat pirate

    BalasPadam
  3. Salam zul kadang kawan layan juga barang tiruan nei sebab itu aje yang kita mampu :)

    BalasPadam
  4. Koi lama tak pakai jam..tali tak ada saiz..wakaka!

    Beli jam tiruan tahan 3 bulan pun dah kira ok..

    BalasPadam
  5. pengalaman sy ada beli jenama breitling tiruan , gred A katanya dalam rege 150, sekali nampak mmg lawa..tapi pakai sekejap tertanggal button.. pastu mati plak.. jadi skrg sy lebih bpuas hati pakai jenama murah tp terbukti kualiti macam Casio... casio sy pernah pakai dr zaman U hingga keje hampir 10 tahun baru rosak

    BalasPadam
  6. Salam,
    mas selalu beli cd pirate... omputih punya filem jer... hehehe

    BalasPadam
  7. Lame dah koi tak makei jam ni.Gone ke weh.Nok nanggei sokmo.

    BalasPadam
  8. Salam...

    mat indon biz kencang kat sini yek..
    syurga brg pirate katakan..

    BalasPadam
  9. brg pirate nie susah nak dihapuskan. selagi ada pembeli, selagi tu industri pirate ini akan berkembang..

    BalasPadam
  10. hahaha, siap pesan 10 trus mat saleh tu. lawak btul.

    BalasPadam
  11. Salam sdra...

    Bagi saya pakai yang mahal atau murah asalkan ianya menunjukkan waktu yang betul...

    BalasPadam
  12. dah lama x pakai jam
    last tahun 2006

    BalasPadam
  13. salam
    memang diakui kita ni dah dicop sebagai heaven untuk imitation product...kekadang kita pakai jersi original pun member2 kata kita beli yg siam punya, lebih2 lagi kalau tahu kita org kelantan huhuhu

    BalasPadam
  14. pro & kontra guna barang tiruan..erm..pd saya..ikut kemampuan..& keselesaan. kalau tk mendatangkan mudarat, why not..kalau mampu, beli saja yg ori...mudah kan..:)

    BalasPadam
  15. @sahromnasrudin

    Ada rezeki berjumpa la kita
    satu hari nanti Shah..he he

    BalasPadam
  16. @etomyam

    Kesian rodong Kelantan kita ni..
    selalu di salah tafsirkan..hu hu

    BalasPadam
  17. Aslmkm Zul.
    :) Bukan di Malaysia saja Zul.
    Thailand & Indon pun sama. Kata kawan di Filipina pun ada, tapi Kak G belum pernah ke sana.
    Rasanya di rantau sini, mostly gitu la.
    Malah masa di Beijing dulu Kak G lihat kat kedai di shopping complex yg besar tu memang berjualan barang tiruan jenama tersohor! Kat jalan2 pun memang ada peddlers juga ... lagi best - jauh lebih murah harganya dari Malaysia kita.
    Budaya Asia agaknya! Kan dunia sebelah sini banyak yg suka/mudah niru! :)

    BalasPadam
  18. salam
    org2 biasa mcm kita ni kalau pakai yg ori pun org kata beli pasar malam,petaling street (maksudnya pirate) tp kalau org2 kaya,ternama...beli yg pirate pun org anggap yg ori..

    BalasPadam
  19. salam bang,
    Jam sampai 22k? waduh baik ku beli emas..hihihi..Nama jam Panerai pon x penah dgr bang..jakun tul Lissa ni kan...hahaha

    BalasPadam
  20. kekadang tak salahkan beli barang tiruan kalau tak mampu yang asli,
    janji kualiti bagus

    BalasPadam
  21. salam zulk..inilah akan jadi kalau kita bangga menggunakan barang2 berjenama..nak ikut trend katakan..apapun kalau tak membebankan ..ikut je lah..

    BalasPadam
  22. salam
    logo HALAL yang tidak asli pun ada di malaysia

    BalasPadam
  23. salam..
    kat malaysia ni laris betul barang tiruan.. tapi tak kisahlah.. asalkan berbaloi dengan duit yang dikeluarkan :D janji puas hati..hehehe

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA