Hidup Tak Selalunya Indah | HIDUP SEORANG BLOGGER



Salam semua..begitulah perumpamaannya diri saya hari ini, jika kita dalam perancangan sesuatu belum tentu kita akan dapat seperti yang di rancang.Gembira lawannya sedih,senang lawannya susah,begitu juga masa lapang di ganti masa sibuk.

Hari ini niat di hati hendak menziarahi blog rakan blogger yang sudi menyingah ke blog saya serta meninggalkan komen kalian,terima kasih daun keladi kata orang,jangan serik datang lagi..he he.Jika berkelapangan malam ini akan saya cuba balas kunjungan anda,jika tidak maafkan lah saya. 

Hendak di jadikan nasib malang,hari ini komputer riba saya mengalami kerosakan akibat tersalah menggunakan charger yang bukan sepatutnya.Bermula dari pagi tadi saya terlupa membawa charger lappy dari rumah jadi alternatif,saya menggunakan charger kawan.

Penggunaan charger yang tidak sama kemasukan voltannya menyebabkan lappy saya terbakar..ermmmp,hantar servis..katanya sampai seminggu.Patah tangan la jawabnya nak updated blog minggu ni..he he..Inipun saya gunakan komputer di cyber cafe,tak  boleh lama sebab gunakan masa makan tengahari sahaja.

Malam ni harap bolehlah pinjam sekejap lappy Mrs.Zulkbo,itupun kalau beliau tidak sibuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan program master beliau.Kalau tidak,nampak gayanya tak dapat lah lagi  bertandang ke blog rakan.Jadi buat rakan pembaca sekalian,zulkbo mengundur diri sementara,ada rezeki kita jumpa lagi..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 13, 2010

12 Komen:

  1. Salam zul .. adus macam mana boleh jadi gitu? betullah gamoknya hari-hari kita tak selalu indah tentu ada suka dan dukanya .

    ** Blog kawan pulak macam ada pendatang haram pulak dah haru mikirkan.

    BalasPadam
  2. Salam...

    Koi mmg hati2 ngn charger nih...
    kalau x sama voltan mmg x guna...
    Klu batt dah full pun kena kuarkan...
    Supaya batt x cpt rosak..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, en Zul,

    Apa kahabar? semuga ceria selalu, jangan putus asa, cc ada, kalau rasa nak online belari kesana kejap...

    BalasPadam
  4. patut lama tak nmpak singgah umah..ehehe

    xpe, kumpul banyak2 entri yg nak dikongsi, nnti update banyak2 ye..hehhe

    BalasPadam
  5. nasib kurang baik yer bro..
    mmg blogger tak boleh pisahkan dgn update blog dan BW..
    moga laptop bro cepat sembuh... huhuhu

    nota kaki: tahniah atas penukaran domain.. baru perasan :)

    BalasPadam
  6. Aslmkm Zul.
    Namanya pun kehidupan!
    Memang hidup kita penuh dengan pelbagai liku & ranjau, onak & duri.
    Sesekali mesti juga terkena. Tapi pasti tak mematikan semangat selagi kita bernyawa. Ya kan?
    Sabar saja Zul. Mungkin Zul boleh menyenangkan diri & memenuhi masa lapang dengan cara lain pula.

    BalasPadam
  7. bersimpati ngan bro koi..dulu saya pernah cuba charger compact dengan lappy acer saya..mujur takde ape..kalau da jadi macam bro koi ni..mybe tukar power supply lappy tu..

    New Entry "Rumahku dimasuki biawak dan nama pelik resort"

    BalasPadam
  8. saya jugak tumpang simpati dgn apa yg berlaku... betul lah tu hidup tak selalunya indah, tp yg indah tetap jdk kenangan... hehe, eh! silap.. maksud saya yg kurang indah tu lah dijdk kan panduan hidup.. *malang xberbau*kentut kadang2 berbau* merapu pulak.. apa2pun semoga tabah

    BalasPadam
  9. owh...adoi parah tu bro,mmm takper...sempena domain baru ni,bagi blog rehat jap he3..

    BalasPadam
  10. owh patutla... takpe2.. kitaorang datang jugak ke teratak bro...heee

    BalasPadam
  11. salam
    domain baru ni
    hehehe - tak perasan pulak, nampak sama je

    BalasPadam
  12. salam...
    kesiannya..
    lappy abg zul dah ok tak?
    payahlah kalau nak share.. macam mana nak update selalu..

    BalasPadam