I'm Malaysian | Proud To Be..




MACHA!!..di mana-mana kita pergi bertemu kawan melayu mahupun india atau cina acapkali juga perkataan ini mesra di panggil sesama kita..kalau ikutkan maksud MACHA ini dalam tamil maksudnya "abang ipar"..he he


Orang Malaysia paling suka makan buffet kerana mereka berpendapat makan buffet ini menjimatkan dan boleh makan banyak-banyak..mereka akan penuhkan pinggan sampai nak terkeluar makanan tu..padahal makan tak habis pun..


Bila jalan jem sahaja cuba perhatikan dengan tetiba ada ambulan nak lalu untuk sesuatu kecemasan..berpuluh lah kereta yang escot dari belakang ikut ambulan tu.. memang peka pemandu di Malaysia ini..


Beli suratkhabar mesti nak ambik bahagian tengah kononnya bahagian atas orang dah baca..jadi dah ronyok,tak mboh la ambik..nak yang baru je..







**Semua lukisan karikator adalah karya
 Reggie Lee yang saya copy dari Star 31/08/10




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...