Akhirnya Aku Tewas



Salam semua..Setiap tahun bila tiba bulan ramadhan saya akan cuba menghindari minum minuman berais .Rasanya pasti ramai yang tahu kesan kita kerap minum minuman berais terutama di bulan puasa?Apatah lagi di saat badan memerlukan air dalam badan setelah seharian kekurangan air dalam badan ,kita akan mudah jatuh sakit dengan masuknya air sejuk dalam badan kita.Alhamdulillah..setiap kali ramadhan saya pasti terhindar dari penyakit terutama demam ,selesema,batuk-batuk mahupun sakit kepala dengan cara menghindari minum minuman berais.


Kelmarin  hari selasa,berbuka puasa dengan seorang rakan di restoran yang agak mewah di KLCC..khabarnya hidangan kari kambingnya antara yang terbaik di Kuala Lumpur,jadi saya cubalah..ha ha,memang sedap..tak hengat!! kata orang..Kebiasaannya saya akan berbuka dengan buah kurma dan teh'o' suam sahaja dahulu..jauh sekali dari minum minuman berais.

Keesokannya kesan kari kambing mula terasa.suhu badan menjadi panas tahap demam panas.Penyelesaian awal saya makan panadol sahaja masa bersahur semalam,jadi suhunya menurun kembali.Saya teruskan berpuasa juga semalam sehingga waktu berbuka badan rasa lemah sahaja.Blog tolak tepi dulu,pasti ramai yang perasan saya tak singgah mana-mana blog rakan pun.


Ke klinik pagi ini periksa mana la tahu kalau ada penyakit darah tinggi,doktor kata okey saja.Mungkin kesan rempah dari kari kambing tu yang agak panas selain badan kurang minum air di bulan puasa menyebabkan demam.Tak sangka juga penangan kari kambing ini pada saya di bulan puasa tahun ini.Akhirnya saya tewas..saya demam juga.

Kebiasaanya bila kebah dari demam akan di ikuti dengan batuk-batuk dan hidung berair..Arghhhh!! sesuatu yang paling saya takuti di bulan puasa ini,tapi apakan daya..semua dugaan untuk saya jua dari-Nya.Tidak lah sehebat dugaan saudara kita yang berpuasa di Pakistan dalam keadaan banjir dan Palestin yang kalian sedia maklum.

Buat pengajaran pada saya tahun ini ,berhati-hati dengan pemakanan memandangkan badan pun dah berusia.Jika dulu makan lah apapun boleh dan nampaknya sudah tak sama sekarang, saya tewas juga kali ini..Insyaallah puasa dan amalan malam harinya tetap di teruskan jua walau dalam keadaan serba tak selesa.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 02, 2010

60 Komen:

  1. salam,

    Owh sian nyer...powerr betul kari tu yer..apa-apa pun semoga cepat sembuh,tapi tang idung berair tu yang leceh...kang ditarik hingus kedalam,batal lak puasa...lepas berbuka cuba cari fresh orange tanpa ais..insyallah boleh baik dengan izin Nya.

    BalasPadam
  2. @Mankuchai

    terima kasih man..
    saya cuba lah nanti..

    BalasPadam
  3. salam
    patut lama tak berjalan2
    memang badan tak leh terima la tu
    pepun moga cepat sembuh ok =)

    BalasPadam
  4. Salam tuan, semoga tuan cepat sembuh...

    KLCC belah mana tu, tuan...? sesekali boleh la bawak family pekena kari kambing...

    pernah sekali dulu hidung tak berhenti berair, nak solat ana sumbat sikit dgn tisu...masa beri salam anak-anak tergelak tengok hidung abah dia ada tisu...hihii

    BalasPadam
  5. la..ksiannyer..
    mkn ubat k...semoga cpt sembuh.. ;)

    BalasPadam
  6. salam Zul..
    Koi smlm pun pekena nasi kandar kambing..sekali-sekala ok la nak merasa.
    Aok kalau sampai demam jgn diamal zul..rebah nanti...apapun slmt berpuasa...dugaan kot tu.

    BalasPadam
  7. salam en. zul,
    semoga cepat sembuh...
    dunia sekarang..
    pantang silap sikit.. penyakit mula menyerang...

    BalasPadam
  8. Salam...

    Moga en. Zul cepat sembuh.

    BalasPadam
  9. kesihannye...tak sihat rupenye...semoga en.zul cepat2 sembuh ye..dan selamat berpuasa..

    BalasPadam
  10. Salam Zul,
    Dugaan fasa ketiga, akhir Ramadhan. Semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  11. amboiii.. mavelesnya menu berbuka puasa encik zulkbo.. hehe.. minum byk air ye..

    BalasPadam
  12. @ainnoraini|IZA |ZELLA

    Ermm..begitulah gayanya
    bukan boleh main makan
    je sekarang..khabarnya
    makan juadah yang di beli
    di bazar ramadhan pun ramai
    yang jatuh sakit akibat
    tidak bersih..

    BalasPadam
  13. @ozzy

    Gini lah gayanya bang..
    ingat darah tinggi ke apa
    doktor kata bukan..mungkin
    panas rempah karinya tu

    BalasPadam
  14. @Abi Al-Baihaqi (RKA)

    Chakri Palace Restaurant di tkt-4
    Suria KLCC saudara..orang belanja bolehlah sesekali,selalu tidaklah..

    BalasPadam
  15. @cheqna

    Terima kasih..
    nanti saya singgah
    blog Cheqna erk?
    Rindu gak nak kesana
    ha ha..

    BalasPadam
  16. salam en zul...nadia doakan semoga cepat sembuh.. :D

    BalasPadam
  17. @Nadia Abdullah
    Terima kasih Nadia
    atas doamu..amin

    BalasPadam
  18. salam akhi Zul...

    ummi doakan semoga demamnya cepat kebah ...

    raya ni balik AS tak , kalu balik beraya ler ke Kuala Sala ...
    kampong Megat Dewa tu ada sedara ummi ,tp tak tahu plak pida berapa...

    selamat beribadah dipenghujung Ramadhan dan selamat berhari raya..maaf zahir batin dipinta...

    BalasPadam
  19. salam..semoga abg cepat sembuh ya

    BalasPadam
  20. @Ummi Humaira

    Terima kasih Ukhti Umi Humaira atas doanya itu..raya ni balik jengka sahaja rasanya..memandangkan cuti pun dah tak banyak..raya korban nanti baru balik Alor Setaq..

    BalasPadam
  21. @sahromnasrudin

    Terima kasih Shaharom..
    sihat dah ni rasanya..
    cuma berselesema sahaja..

    BalasPadam
  22. Jangan pantang makan ..kecuali wanita dalam hari sahaja..

    BalasPadam
  23. Salam zul..kawan mmg pantang besar makan daging kambing. Setakat nak berasa secubit dua tu ok... nak lebih2 x boleh le..sebab kawan mengidap sakit migrin :( satu lagi kalau kawan sakit kepala panadol x jalan dah :( kurang postan.. semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  24. Asslamualaikum...
    ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

    Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


    Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

    InsyaAllah.

    BalasPadam
  25. @ckLah@xiiinam

    Terima kasih atas kiriman kat mayanya tu Cikgu..nanti saya ambik..he he

    BalasPadam
  26. @relevan

    Lain macam je ni..ha ha
    aok sema pun sapu je wehh??

    BalasPadam
  27. @akuanakpahang

    Betul tu Yassin,kalau kita dah tahu kita tak boleh jadi jauhkan saja lah..

    BalasPadam
  28. Salam..

    Semoga bro zul cepat sembuh..

    Petua org tua2 kata, kalau nak makan kambing, kena minum air panas.. jgn minum ais.. nnt lemak jadi tepu dlm perut dan susah nak hadam..

    BalasPadam
  29. hurm.. kambing tu panas bro zul.. kalo raihan mkn time tak puasa, lepas mkn skjap tu mmg trus pening..

    tp kalau ikut petua abah raihan, lpas mkn kambing tu, minum air limau... insyaallah tak da kesan apa2...

    BalasPadam
  30. betul la ek, usia pun penyumbang kpd apa yg kita makan. kalo dulu boleh belasah apa je, skrg ni mkn sikit pun boleh jadi mcm2 hehehe.. (peringatan utk diri ni gak..)

    BalasPadam
  31. beh sesekali kena kambing ni..mujur aok xde nginap darah tinggi yak..muda lagi tak kisah sgt ....

    BalasPadam
  32. Salam...

    Moga sdra kembali sihat seperti sedia kala...

    BalasPadam
  33. @Ustaz Love | Abdul Razak

    terima kasih ustaz..
    petua yang berguna ni
    insyaallah nanti saya
    cuba di lain kali

    BalasPadam
  34. @cahayachenta

    Satu lagi petua..
    banyak la dapat petua
    hari ni,bestnya..
    TQ

    BalasPadam
  35. @CekWa
    Alhamdulillah..belum ada
    lagi mintak tak de la nanti
    pun ..he he

    BalasPadam
  36. @adlin linda

    Sesamalah kita mengingati..
    terima kasih singgah sini
    saudara..

    BalasPadam
  37. Salam Ziarah,

    Musafir Home@Town Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

    BalasPadam
  38. salam... ala kesian nya...
    Kuat juga yer penangan kari kambing tue

    BalasPadam
  39. aok makan banyak sangat dak?..tu yg overdosnyer...

    BalasPadam
  40. koi blasah juga ais, ketnya makan sikit je, kekadang sehari skali je makan nasik

    BalasPadam
  41. sy x mkn kambing.. bila mkn nnti mata terkenyit-kenyit hehe..

    BalasPadam
  42. @Cikgu Jang ..

    Gamoknya la cikgu..
    ha ha..dah okey sket hari ni
    la la la..

    BalasPadam
  43. @maiyah | MASLINA

    Kuat penangan kari kambing ni bagi
    yang tak biasa makannya..saya pulak dah lama tak makan,sekali makan terbanyak pulak..

    BalasPadam
  44. @cemomoi

    Sama la ngan koi
    bulan pose ni je..
    sehari sekali makan
    nasik..lepas tu
    belasah sehari
    3 kali..ha ha

    BalasPadam
  45. bulan puasa kuat sket makan tambah2 waktu malam asyik nak kedapur sahaja

    BalasPadam
  46. alamak! baru je makan nasi beriani daging kambing..camne ni???? perlukah saya muntahkan blik???mwahahha..

    semoga cepat sembuh bro :)

    BalasPadam
  47. @sunglasses

    Ha ha salah satu dugaan
    Ramadahan tu..ada hikmah
    di sebaliknya..

    BalasPadam
  48. @makdara TERDIVA

    Salat kita la tu..
    ha ha..aak muda belia
    je..makan la..moga sihat
    dan ceria selalu..

    BalasPadam
  49. salam..
    wah.. efek kari kambing boleh tahan ye..
    dah tahu kena berjaga2 la lepas ni..hehe

    BalasPadam
  50. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    BalasPadam
  51. @Mr.Z

    Begitulah kira-kiranya Z..
    moga mendapat menafaat
    buat semua yang tak biasa
    makan daging kambing..he he

    BalasPadam
  52. @Fakeh

    Nanti saya ke sana saudara
    terima kasih singgah dan
    meninggalkan jejak anda..

    BalasPadam
  53. takpelah bro koi..sakit kita bukan kita mintak..lepas ni bro koi kenelah mencegah dari mengubati..mel doakan bro koi sihat2..amin..

    New Entry "Saya Bodoh Kerana....? "

    BalasPadam
  54. salam abg zul makan ubat ye supaya cepat sembuh nanti bole kunjung ke rumah angah komen2

    BalasPadam
  55. salam
    begitu le hidup
    kadang sihat, kadang sakit
    jangan lupa makan ubat

    [demam dan selesema saya sudah semakin baik - alhamdulillah]

    BalasPadam
  56. salam...
    moga abang zul sihat sentiasa hendaknya..
    sekarang musim panas.. senang kena penyakit..

    akak saya suka kambing kalau dia baca ni mesti dia pun nak gi makan kat KLCC

    BalasPadam
  57. kene kurangkan minum ais nie..hehe..
    dh slalu sgt minum nnie..

    BalasPadam
  58. Tu la pasal..aku ingat lagi minggu nie..hari rabu lepas...masa bawa keta kat subang tiba2 aku sesak nafas teruk dan tak boleh breathing..jem plak tu..so aku cuba tak panic dan bawa keta 1 km lagi kat depan..(ada plaza tol)so aku parking kat tepi dan berdiri,baruler lega ckit..aku berdoa,,Ya ALLLAH berilah aku peluang ke 2..2 jam aku rehat sambl berdiri ..dan aku sampai ketempat kerja 9.30 pagi..yang aku tahu aku ada ambil minuman sejuk buah-buahan dan makan kambing 3 hari berturut2..serik aku..puasa aku kantoi 3 hari...aku mc 3 hari..lepas raya jumpa pakar jantung..itulah ceritanya....(senyum)

    BalasPadam
  59. Owh! moga2 bro sehat2 selalu k.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA