Kini Kaum Wanita Dikitiraf Hakim Syarie





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan buat julung kalinya pelantikan dua orang wanita sebagai Hakim Syarie.Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"(Pelantikan ini) bagi mempertingkatkan keadilan dalam sesuatu kes berkaitan kekeluargaan dan hak-hak wanita dan keperluan semasa," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-12 di sini, hari ini.Teks ucapannya dibaca Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Najib berkata keputusan luar jangka itu merupakan sebahagian komitmen kerajaan bagi menggalakkan transformasi dalam JKSM."Sebagai contoh, bagi mentranformasikan institusi perundangan syariah, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan kewangan sebanyak RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi membantu pihak-pihak yang teraniaya akibat daripada kegagalan pihak suami dalam melaksanakan perintah nafkah di Mahkamah Syariah...ini adalah satu komitmen kerajaan yang tidak pernah digambarkan sebelum ini," katanya.

Isu semasa dan global seperti perebutan hadhanah (hak jagaan anak) bagi pihak berlainan agama, perebutan mayat, pengesahan status agama, pertikaian harta pusaka di kalangan orang Islam dan bukan Islam, kehadiran peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah serta kes tuntutan yang mencapai nilai berbilion ringgit menuntut kepakaran dan kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelesaikan pertelingkahan tersebut, katanya.
Baca Seterusnya - BERNAMA


Setakat ini tiada nas yang qat’ie melarang pelantikan hakim wanita. Hatta al-Nawawi, Ibnu Abdul Salam dan al-Sharbini dari kalangan al-Shafi’eyah menyatakan bahawa sekiranya pemerintah yang mempunyai kuasa telah melantik wanita sebagai hakim maka hukuman dia boleh dijalankan.
Ini membuktikan tiada nas sareh yang melarang. Nas syarak juga menunjukkan bahawa tiada suatu bentuk khusus bagi mengendalikan mahkamah ditetapkan, yang ada hanyalah arahan umum untuk berlaku adil dalam hukuman.

Ia diserahkan kepada para mujtahid pada zamannya. Apa yang lebih jelas, jawatan hakim bukanlah lebih penting daripada jawatan fatwa dalam agama yang memerlukan proses berijtihad hukum, menaqalkan nas dan meriwayatkannya kepada manusia. Sedangkan semua ini telah dilakukan oleh wanita sejak zaman sahabat tanpa dinafikan. Bahkan sebahagiannya dilakukan dengan perintah Nabi s.a.w kepada sebahagian sahabatnya, sebagaimana dinukilkan oleh al-Syafie dalam al-Risalah: Klik Sumber




Tahniah buat semua kaum wanita di Malaysia .Selepas ini di harap banyak kes-kes tertungak berkenaan hak penjagaan anak (hadnanah),'di gantung tak bertali' dapat di putuskan dan diselesaikan secepat mungkin.Hak kaum wanita di Malaysia semakin terbela.Walaupun agak muda kedua hakim yang di lantik.Tapi faktor usia bukan penentu segala,yang penting kebijaksaaan hakim tersebut terutama dalam kes yang membabitkan kepentingan wanita..Wallahulam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 04, 2010

26 Komen:

  1. 23 tahun lalu saya sanggup turun naik tangga pejabat dekan dan pentadbiran UM,semata2 mahu menukar kursus yang ditawarkan (Undang-undang Syariah) ke Fakulti Sast & Sains Sosial. Kena marah ustaz2 yg ajar masa form six.....sebab saya dh nampak susahnya enjadi wanita dlm bidang itu...

    ...maka, jdlah cikgu BM/Sej sampai sekarang.

    BalasPadam
  2. abes laa dunia nak kiamat
    pompuan jadik ketua huhu

    BalasPadam
  3. ini satu berita yang bagus

    BalasPadam
  4. Perkembangan yang positif . Terutama dalam bidang ini .. Tahniah !

    BalasPadam
  5. salam
    sebagai wanita..cheqna turut bangga =)

    BalasPadam
  6. hakim sebelah kaki dah kat neraka, jadilah hakim yang berhukum dengan iman dan taqwa bukan dengan emosi

    BalasPadam
  7. Ttp ada pro dan kontra bila org pompuan menjadi ketua susah nak cakap huhuhu... org tua2 cakap jangan jadi KADI dan lawyer silap hanyut sama.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama04 Julai, 2010

    Alhamdulliah..ini membuka peluang utk wanita, yang penting hak2 wanita kini di ambil berat...satu perubahan yang baik

    BalasPadam
  9. hmmm ....nanti cm balik dulu..fikir...baru dapat bg komen ni:)

    BalasPadam
  10. khilaf antara ulama tentang isu ini. tapi ada dalil mmebenarkan.
    Sy tertarik dgn pandangan Ibn Jarir al-Tabari " apabila wanita diharuksan mnjadi mufti ,maka menjadi hakim lebih layak lagi. ini kerana martabat hakim lebih rendah daripada mufti."

    BalasPadam
  11. sebagai wanita amy bangga jadi kaum hawa heheheheeh...

    BalasPadam
  12. harap wanita yg akan beergelar hakim syarie akan berlaku adil dan saksama,tidak mengikiut perasaan ..dan mengikut undang2.

    sememangnya wanita boleh menjadi hakim..sbb wanita byak yg boleh buat kerja lelaki zaman sekarang ni

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Sanggup Berkampung Demi Selebriti Twilight Saga Eclipse"

    BalasPadam
  13. Salam...

    Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita." (HR Bukhori).

    BalasPadam
  14. @shameel Iskandar

    saya setuju dengan saudara..
    terima kasih memberi pandangan
    amat di hargai...

    BalasPadam
  15. @Abd Razak

    dalam konteks ini hakim bukanlah ketua negara atau ketua hakim..
    Allah tidak bias dalam hukum menegakkan kebenaran biarpun lelaki mahupun perempuan..wallahualam

    BalasPadam
  16. salam
    saya hanya percaya 'tidak semua kerja lelaki dapat dilakukan oleh wanita dan tidak juga semua tugas wanita dapat dilakukan oleh kaum lelaki'

    BalasPadam
  17. salam en zul.
    sy setuju,tetapi dengan ruang lingkup tugas tertentu.bukan semua benda boleh disamaratakan.penciptaan lelaki dan wanita pun sudah berbeza,jadi beban tugas turut berbeza.

    -utamakan yg utama, kerana yg utama itu lebih utama dari yg utama

    -semua ini bkn utk merendahkan martabat wanita,walhal Islam meletakkannya pd kadar yg sesuai dgn fitrah kejadian

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama04 Julai, 2010

    semoga kaum wanita teranaya dapat pembelaan,congrats!

    BalasPadam
  19. mengalas tanggungjawab membela yg teraniaya.. moga mrk akan lebih serius memikulnya.. aduss!! beratnya

    BalasPadam
  20. Bangga jgk. Harap2 hakim wanita dapat jlnkan tanggungjawab yg diamanahkan tanpa emosi...

    BalasPadam
  21. wah! sblm ni rasanya xde lagi kan? baru pertama kali

    BalasPadam
  22. satu berita yang baik dan semoga menjadi pemangkin untuk terus berkembang

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama05 Julai, 2010

    Aslmkm Zul.
    Hmmm ... Kak G reserve comments la! :)

    BalasPadam
  24. semoga ada perubahan dalam pengendalian kes2 syariah kat negara kita ni..

    BalasPadam
  25. bangga2...hakim wanita mungkin lebih memahami perasaan wanita yg teraniaya..tp apa2 hal pun,kptsn akan di buat melalui fakta yg ada... ;)

    BalasPadam
  26. abg zul kalau macam tue tak bole la kaum lelaki membuli2 & memperkotakatik kan kaum wanita kan??? hehehhe

    BalasPadam