JANGAN









Salam semua,


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 16, 2010

35 Komen:

  1. salam jumaat :) banyak fadilat bila solawat ari jumaat :)

    terima kasih berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  2. trime kasih atas peringatan ini..memang ia akan menimbulkan keinsafan

    BalasPadam
  3. Salam..

    hari jumaat hari yang sangat sibuk.. maka jangan la dilalaikan dgn kesibukan itu.. ;)

    BalasPadam
  4. salam akhi Zul...

    syukran jaziilan....

    JANGAN marah akak cedok info berguna ni ...

    BalasPadam
  5. Salam sdraku,

    Moga sihat hendaknya..

    Semuanya menuju kepada kebaikan dan semoga kebaikan yang kita lakukan mendatangkan keampunan dari Allah SWT dan kasihan belasNya

    BalasPadam
  6. Terima kasih zul suatu ingatan JANGAN yang amat bermanfaat utk kita bersama. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. tima kasih atas khutboh jumaat ni, tak dan kawan nok publish elok juga memanjangkan nasihat yang baik untuk pedoman kita sema

    BalasPadam
  8. Salam Jumaat,salam ziarah!

    Nasihat yang sangat berguna,tang mata liar tu,mmg dah sekali pandang dah,eh..eh mata ni nak pandang lagi..hmmm

    BalasPadam
  9. salam,

    JANGAN serik update blog dengan dengan posting menarik! Tahniah!!!

    BalasPadam
  10. bagus nasihat ni. jangan lupe kita hamba yang lemah.

    BalasPadam
  11. Salam En Zul,

    Teguran 'jangan' yang boleh menyelamatkan kita semua.

    BalasPadam
  12. salam jumaat...

    insyaallah...dan terima kasih atas nasihat2nya... ;)

    BalasPadam
  13. Salam pagi jumaat...

    Peringatan yang cukup bermakna dalam hidup kita.
    Thanks...

    BalasPadam
  14. abg zul ada 1 jer lagi yg abg zul tertinggal..
    Jangan kawen lebih dari 1 kerana kesian ngan wife kita dia tak sanggup bermadu.. hehehe gurau2 di hari jumaat ye abg zul...winkkkkk im happy

    BalasPadam
  15. salam jumaat, perkongsian yg amat berfaedah sekali..jangan tunggu lama-lama hehehe :D

    BalasPadam
  16. Peringatan JANGAN yang baik!
    :)
    TQ
    salam Jumaat. Salam hujung minggu!

    BalasPadam
  17. Salam Zul ,

    Moga sihat bersama keluarga ..

    Peringatan yang bagus.
    bagi saya yang selalu alpa .

    BalasPadam
  18. Salam...

    JANGAN benti bg tazkirah lg yek.. ;)

    BalasPadam
  19. bro,
    terima kasih atas ingatan
    i copy this and paste it in my fb

    BalasPadam
  20. slm
    tq mengingatkn hehe... kdg2 ade je yg koi terlanggar jgn tu... =)

    BalasPadam
  21. Semoga kita dirahmatiNYA

    BalasPadam
  22. JANGAN tak komen.. ;)

    BalasPadam
  23. salam zul,

    terima kasih kerana ingat mengingati sesama makhluk Allah.

    BalasPadam
  24. jangan, ... janganlah kau geram.

    BalasPadam
  25. salam Zul..terima kasih atas ingatan yang amat bermakna ini.

    BalasPadam
  26. salam zul..terima kasih berkongsi ilmu..semoga zul dan keluarga mendapat berkat dari Allah.

    BalasPadam
  27. JANGAN SEKALI-KALI MEMUTUSKAN TALI SILATULRAHIM. NANTI UMUR PENDEK.

    BalasPadam
  28. Tapi kenape ye selalu yang jangan ni laa orang suke nak buat kan.. Hmmmmm..

    BalasPadam
  29. salam en zul,
    jangan tak baca :)

    BalasPadam
  30. salam...
    bagus.. semua ni berguna untuk kita semua.. maklumlah kekadang saya pun lalai... makan pun terlupa baca bismillah.. bila dah geget makanan baru teringat.

    BalasPadam
  31. salam..

    thanks sharing :)

    BalasPadam
  32. salam
    jangan baca sahaja nasihat berguna ini, amalkan dalam kehidupan

    thanks - nasihat yang sangat berfaedah

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA