Jangan Ketuk Nanti Masuk Hospital



Salam semua.. Memandangkan minyak petrol baru sahaja naik harga semalam,maka ramailah yang mengeluh.Tak kurang juga yang menyumpah..he he..tak baik woo..life goes on..Di sini saya nak bagi sedikit 'tips'  buat sahabat semua..nampak remeh tapi berbaloi.


Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya.

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.Maklumlah minyak kan mahal sekarang..he he.


Tapi awas sahabat! Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat sebarang karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark'). Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi.

Dinasihatkan:

Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.


Beginilah bahananya jika terjadi letupan di stesen minyak..sekadar nasihat  dan renungan buat rakan sekalian..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 17, 2010

34 Komen:

  1. ooo...
    mcm tu ye...
    bahaya juga tp ramai yg xtau...

    trima kasih kerana share info ni.. ;)

    BalasPadam
  2. Salam zul moralnya biarlah rendam lelama sikit jangan main angguk2 tak pasal hehehe... Terima kasih info yang berguna juga nie.

    BalasPadam
  3. salam ziarah.

    oh baru tau ni.

    thanx 4 sharing! :)

    BalasPadam
  4. Salam..

    Moga sihat hendaknya..

    Terima kasih atas info ini..
    Kiranya takyah ketoklah nozzle tu erk..
    Static electricity pun boleh menyebabkan api..

    BalasPadam
  5. Selalu dipesan tapi ku tengok kat stesen minyak ramai gak yg mengetuk.. Even pakcik2 dan abang2 yg tukang tuangkan minyak kat stesen minyak. Huhu..

    BalasPadam
  6. Salam..

    kawan Ustaz Love dulu siap angkat hos getah minyak tu.. untuk mengeluarkan baki minyak dalam hos.. rugi rasanya.. hehe

    BalasPadam
  7. salam en. zul,
    luak ke setitik dua minyak tu?

    BalasPadam
  8. betul2 tu, nanti menjadi bahaya. harga minyak pon jangan la ketuk tinggi sgt, hahahha! :)

    BalasPadam
  9. waa..baru dpt tahu ni..nasib baik tak pernah buat mcm tu..tq info

    BalasPadam
  10. Salam sdr. zul,
    Terima kasih infonya.Have a great weekend.

    BalasPadam
  11. bgs info ni..mijie bru tau..bhya jgk 2..nmpk perkara biasa je..

    BalasPadam
  12. setuju2..koi dulu selalu buat cenggitu..huhu

    BalasPadam
  13. wuih bahaye betoi yek. baiklah pasni tak buat dah. hehee

    BalasPadam
  14. Salam
    ooo yeke...
    koi salu wat gitu..hehe...

    BalasPadam
  15. Salam....

    Ingatan yg cukup bermakna sbb aku pun selalu ketuk2 benda tu supaya titisan minyak terakhir cepat turun ke dlm tangki.

    Terima kasih atas ingatan itu. InsyaAllah, tidak akan ku amalkan lg ketuk2 tu...

    BalasPadam
  16. wah... tak perasan pula.. selalu main ketuk ketuk je.. bahaya..

    "info + Cinta + Rindu" = www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  17. Betul tu...

    Tak pernah terfikir pun...
    Na'uzubillah.

    BalasPadam
  18. salam
    sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
    sebab petrol setitik, rosak sebuah kereta

    BalasPadam
  19. Salam..
    owh..
    baru tahu laa..
    bahaya rupanya...

    BalasPadam
  20. betol gak bro koi..pttla bila sy tengok ada kereta terbakar..mujur tak meletup

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Mak Aii! Kerusi Tajam Yang Kedekut"

    BalasPadam
  21. betul tu saya setuju, jgn ketuk sebab flash point untuk petrol adalah rendah, terlupa pula berapa, jadi bila dah terdedah kepada suhu luar

    pastu bila ketuk kalau terjadi spark walau kecik boleh bahaya oo

    BalasPadam
  22. Aslmkm Zul.
    So far Kak G lihat tak ada pulak yg buat macam tu. Agaknya semua tak kisah.

    BalasPadam
  23. salam bro,
    dulu selalu jugak ketuk2 hose tu konon tak nak bazirkan minyak, lepas tu bila ada org bagitau baru tak berani ketuk2 sekarang ni hehehe

    BalasPadam
  24. saya walaupun dah niat tak nak ketuk-ketuk. tapi kadang-kadang terlalai jugak. biasanya sebab nak cepat. :D

    BalasPadam
  25. salam...
    isk.. kalau abg zul tak buat entry ni, saya tak tahu pun.. selalu kalau isi minyak saya mesti ketuk-ketuk sebab abang saya yang ajar wat camtu.. dia cakap rugi..
    nanti nak kena bagitaw abang saya gak ni.. bahaya..

    BalasPadam
  26. salam..
    bahaya kan, kalau fikir balik betul juga, bila bergesel berkemungkinan akan mengeluarkan api. thx for info ni yek..

    BalasPadam
  27. Terima kasih atas info yg bermakna. jujur, saya baru tahu ttg ni bla baca entry ni

    BalasPadam
  28. betol tuh. jgn picit2 gak trigger nozzle tuh. boleh ade spark gak kt situ.

    BalasPadam
  29. syukran atas nasihat itu... ^_^

    BalasPadam
  30. memang ramai yg suka ketuk nozel tu. rasanya pihak stesen minyak kena letak tanda amaran

    BalasPadam
  31. ooo ye ke abg zul angah tak tahu pun biasa angah kalau isi minyak.. kalau lambat angah mesti ketuk ooo thanks ye abg zul angah baru dapat info

    BalasPadam
  32. Selalu jga buat,lepas baca info ni tak buat lagi... kang x pasal-pasal rentung

    BalasPadam
  33. Terimah kasih, info yg baik punya..dtmpt sy setiap kali aku p isi minyak semua bt mcm tu... takut bila dah tau ni.....

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA


Carian Blog