Makanan Halal Hargailah Kucing Anda


Salam aok me?
Kesinambungan entry koi sebelum ini
mengenai perihal topik berikut:

"Nampak macam Halal rupanya Haram"

Sinopsis:Terdapat pelbagai makanan dan barang gunaan harian kita pada hari ini, pada asalnya mungkin halal atau hanya diketahui halal, sebaliknya jika diteliti dengan lebih lanjut, rupanya adalah tidak sesuai dan haram digunakan.. namun sikap sambil lewa pengguna kadang-kadang menyebabkan penggunaannya masih berleluasa...

Dalam memperkatakan soal makanan haiwan ternakan dan peliharaan juga perlu kita ambil kira soal halal haram kerana sudah banyak kita terbaca di dada akhbar tentang sikap penternak ikan patin beragama lain yang menjamu ikan-ikan di kolam mereka dengan sisa-sisa dari khinzir contohnya perut dan usus binatang tersebut.Heboh di perkatakan sebelum ini mengakibatkan koi sendiri naik mual dah nak makan ikan patin ternak kolam.

Yang terbaru di perkatakan makanan kucing yang di import.Ada setengahnya di proses bersama bahagian organ khinzir yang tidak diperlukan dan dijadikan makanan kucing.Ini terutamanya yang di import dari negara yang menjadikan khinzir sumber protein mereka , jadi lebihan dari khinzir yang tidak di makan manusia akan di proses dan dijadikan makanan haiwan peliharaan terutama anjing dan kucing. Bagi orang islam dah tentu tidak membela anjing di dalam rumah.Walaupun ada yang membela anjing sebagai pengawal rumah,tapi itu isu lain.Kita memperkatakan soal kucing yang di bela di dalam rumah.

Setahu koi ada satu jenama makanan kucing yang mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM iaitu jenama "Whiskers".Jadi berhati-hatilah kita dalam memilih makanan kucing.Kita tak mahulah kucing yang telah mendapat pengakuan Rasullullah SAW sebagai sebahagian dari kehidupan manusia dan haiwan kesayangan Baginda.. memakan makanan yang tidak halal bersumberkan najis berat khinzir.Kita takut sisa-sisa makanannya yang disepahkan kucing tadi akan menajiskan rumah kita di mana tempat kita tinggal dan beramal ibadat dengan najis berat(muqallazah).Wallahualam...
Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Jun 17, 2010

26 Komen:

  1. pasal ikan patin tu..pergh mmg goli..termasuk jgak ikan keli...tapi pasal kucing..nasib ejum xbela kucing :)

    BalasPadam
  2. Kesian kucing kesayangan kita.... tak pasal-pasal jadi mangsa kelalaian tuannya!

    Oleh itu berhati-hatilah tuan kucing bila memilih makanan untuk binatang perliharaan!

    BalasPadam
  3. koi beri makan ikan ngan nasik je ke kucing. hehee.

    BalasPadam
  4. tu lah bahaya gak, makanan kucing pun kena siasat ni. nanti terpegang dgn tgn ke masalah jugak

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, itulah, zaman semakin maju nih semakin susah kita sebab semakin banyak teknologi, yang asalnya untuk memudahkan kita, akhirnya menyusahkan kita, dan memudaratkan kita. Dulu kita beri makan kucing tulang dan lebihan nasi kita aja, dah 100% halal, sekarang ni kena berhati-hatilah kita..

    BalasPadam
  6. salam zul..bab makanan ni bukan ikan patin je..banyak sangat kalau nak sebut..kalau nak fikir semuanya skrg ni susah sgt nak pilih yang elok.. tu pasal skrg ni byk penyakit pelik2

    BalasPadam
  7. salam,
    senang cerita kasi makan lauk ikan goreng gaul dengan nasi... hehehe

    BalasPadam
  8. salam,
    bahaya betul zaman sekarang ni, semua benda nak di taruk dengan si khinzir tu... memang kena sentiasa berjaga-jaga

    BalasPadam
  9. selamat sy xbela kucing? klu x susah jgk nk cari makanan dia ni.. takut halal ke x?

    BalasPadam
  10. bukan kite jer nak halal..
    binatang peliharaan kite jugak kene halal yek...
    ohohohohoiiiiiii

    BalasPadam
  11. Nasib kawan x bela kuncing dan kurang minat ngan kucing kalau pun bela kawn gaul dengan pale ikan aje nok beli makan dia tak tahan juge hehehe...

    BalasPadam
  12. Salam.. Dah ada makanan kucing yang dikeluarkan oleh orang melayu atau di bawah projek IKS,

    BalasPadam
  13. k.salam..huh tak tahu pulak makanan kucing ada yang dibuat dari usus khinzir,saya memang tak bela kucing,kala kat kg mak yang bela,tapi diberi makan dari lebihan makanan tuan rumah.hmm mcm2 yer sekarang ni.

    BalasPadam
  14. sllunya family sy bli mknn kucing yg dijual dkt kedai2 india muslim..

    BalasPadam
  15. geramnya.... pengusaha kat luar sanun byk amik kesempatan :(

    BalasPadam
  16. slm bro
    wah kt bahagian catat ulasan pun de tulisan jawi seyh... lalala....

    nasib koi xda bela kucen,.... hamster ade la.... tu pun makan carrot... keh3

    BalasPadam
  17. salam zul..memang ikan2 yg diternak ni macam2 mereka beri makan..makcik mujurnya tak makan ikan patin n keli..
    mak cik dah lama rasa was2 tentang makanan kucing ni..mujurnya makcik tak pelihara kucing..yalah kita jamah makanan tu..hai apalah nak jadi dgn kita ya..
    ingatkan halal tapi rupanya haram..thanks zul berkongsi info

    BalasPadam
  18. salam Bro Zul
    kucing-kucing yang tidak bertuan di kawasan rumah kami ini selalunya kami beri ikan dengan nasi je.kucing mak pun macam tu.

    betapa banyak perlunya kita peka tentang halal haram sumber makanan kita dan kehidupan seharian kita,kan.

    BalasPadam
  19. salam..mmg byak la kemusykilan psal mkanan kcing neh...dlu pnh gk tmbul isu neh...skrg neh ssh sgt nk bezakan mane halal n xhalal sbb sume bnde da bcmpur...erm....

    BalasPadam
  20. salam..
    wah.. bahaya ni..
    nasib baik kucing saya makan nasi gan ikan sekarang ni

    BalasPadam
  21. betul je jenama "Whiskers"? x pnh dgr pn...ke ade slh ejaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whiskas la tuw gamoknyer..x kan Whiskers pulok..mane nye ade,weh..

      Padam
    2. Sudah pasti ianya bukan
      Whiskas,bukan tak biasa
      jenama seakan sama kan?

      Padam
  22. eh biar betul whiskas ada pengesahan halal daripada JAKIM? jangan main tembak je!

    BalasPadam
  23. cite2 brg halal, dia sndri tak da proof halal ke tak whiskers tu, tsk tsk, mana boleh main tlis je wahai admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri ni tahun berapa? 2010..
      Rasanya baru dapat je pengesahan halal dari
      Jakim kebelakangan ini..untuk mendapat pengesahan
      melalui SMS sila semak,
      HALAL-SEMAK-No Pendaftaran Syarikat(ROC)
      Contoh: HALAL SEMAK 1234x
      dan hantar ke 15888
      harap maklum..

      Padam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog