2 Juta Blogger Bebas Suarakan Hati Mereka






Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.

Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.

"Ini tidak termasuk IPTV (Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya. -- mkini


Realitinya kini betul ke bloggers di Malaysia bebas melahirkan pendapat atau pandangan mereka di blog masing-masing?Rasanya masih ada akta yang akan di gunakan jika kita masih leka dalam menulis terutamanya isu yang boleh mengakibatkan ketegangan antara kaum dan menimbulkan huru hara.Jadi berhati-hatilah bila menulis pesan saya buat anda semua.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Jun 17, 2010

22 Komen:

  1. banyak tu 2 juta blogger.. tapi berhati-hati lah semasa menulis, jangan sampai kena tangkap sudah..

    BalasPadam
  2. 2 juta
    kurang daro 10 %
    tak banyak sangat r

    BalasPadam
  3. bebas menulis, berhati - hati menyuarakanya..jaga2 ..ada mata2 yang memandang =)

    BalasPadam
  4. 2juta satu angka yg tinggi,berapa org yang benar-benar blogger sejati?yg mmg menulis untuk untuk menyuarakan pendapat dan menentang dasar-dasar tertentu.kita sebenarnya masih belum bebas menyuarakan pendapat,hanya bebas menulis, kita masih lagi dipantau oleh pihak-pihak tertentu.

    ~BEBAS DALAM KETAKUTAN~

    BalasPadam
  5. Saya sudah lama tidak membeli surat khabar arus perdana....

    BalasPadam
  6. Kebebasan yang di maksudkan bebas menulis tetapi tidak akan bebas jika anda didapati bersalah pun begitu waspadalah jika menulis sesuatu yang ada hubungkait dengan keselamatan negara serta isu-isu yg tidak sepatutnya kita suarakan.

    BalasPadam
  7. 2 juta dari 29 juta penduduk...perkataan bebas juga begitu subjektif dan ditafsirkan berbeza-beza ikut pengertian masing-masing hehehe

    BalasPadam
  8. betol tu bro koi..jgn ada unsur rasisme

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Anjing"

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama17 Jun, 2010

    tak sangka seramai itu blogger2 di malaysia..setuju..kalau ada isu perkauman yang ditimbulkan,patut wujud akta..tapi tak pe..harap kebebasan yang kita ada dapat dikawal oleh blogger2 itu sendiri

    BalasPadam
  10. yer berhati2 di dunia blogger !

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama18 Jun, 2010

    salam zul..betul makcik percaya yg kita tak sebebas spt yg dikatakn..sebab tu kita mesti berhati2 bila menulis...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama18 Jun, 2010

    Aslmkm Zul.
    Bunyinya sp byk, tp terlalu kecil %nya dr jumlah penduduk kan? Lg pula, apa yg dikatakan 'bebas' tu adalah di dlm ruang yg amat terhad kerana kaki tetap terantai dgn pelbagai ancaman akta perundangan!

    BalasPadam
  13. salam ziarah & ukhwah zul,
    singgoh mmbaca n3 aok.

    mf lama xberkesempatan ziarah blogger handalan mcm aok. moga ceria & bahagia selalu...

    BalasPadam
  14. slm aok
    oh ramai sungguh blogger kat malaysia....
    semakin hari semakin bertambah bilangan blogger.... hebat2 =)

    BalasPadam
  15. thanks to Pak Lah for making this happened. klo x sampai bila2 kita xboleh kondemn government :P

    BalasPadam
  16. salam

    kita bebas berpusing dalam pagar
    AWAS - kamu jangan sentuh dinding atau pecahkan pintu pagar

    ...awas juga dengan peraturanNya

    BalasPadam
  17. salam ziarah..
    agreed with u..
    tak salah wujudkan akta, buat pantauan & keamanan..yG salah adalah salahguna akta, buat kepentingan & kezaliman

    BalasPadam
  18. sblm menulis tu kena la berfikir dulu sblm mencetuskan ape2 hal yg menyentuh sensitiviti sesetengah pihak...

    BalasPadam
  19. salam,
    kalau mas, mesti ada juga sekatan atau akta yang perlu diwujudkan.

    Sebabnya, akan mengaibkan mana2 individu jikalau cerita yang ditulis didapati tidak benar...

    BalasPadam
  20. akta kebebasan bersuara msih perlu..
    kita x boleh nak ambik 100% demokrasi ala barat..
    perlu elak dr berlakunya ketegangan agama n kaum..

    BalasPadam
  21. Kita bebas menulis tentang apa saja..we can write about the new cat in the block..we can write about which celebrities are hawt at the moment..whatever..BUT we can't write about dissenting political views..reason..security.Take it or leave it.Happy blogging folks :)

    BalasPadam
  22. salam..
    pada pendapat saya pulak..
    kalau nak kritik apa2..
    kita cuba letakkan diri kita di tempat orang yang kita nak kritik tu...
    Jangan sesuka hati nak hentam orang lain kalau diri sendiri tak perfect...
    berhati-hati bila menulis dan bercakap.

    BalasPadam