Arghhhh..Rasa Rindu Menyengat..

Salam aok me..?
Rasa rindu menyengat pada mak ayah koi di Jengka pagi ni..koi talipon mak koi tanya khabar..alhamdulillah sehat semua..biasalah orang tua..tak mau nyusah anak-anak dalam nadanya koi dengor.. idoklah sihat amat bunyinya..mak menanggung sakit "ghout"..susah nak bergerak..di paksanya juga bergerak takut nanti lutut tu jadi keras..ahhh..kesiannya koi dengor..

Ayah baru setahun "operate bypass" jantung..selalu" ngelat" makan ubat..biasalah orang dulu-dulu..benci benor makan ubat..darah jadi pekat rasa pening-pening..nasib baik adik koi ada sana tolong bawakan ke Hospital Jengka..kena masuk wad 2 malam..tapi itulah tak talipon bagitau anak-anak lain..takut anak susah hati katanya..ayah..bergenang air mata koi..



Begitulah pengorbanan mak ayah koi dalam membesarkan anak-anak seramai 8 orang..6 orang dah kahwin belaka dan menetap di serata negeri..dari Perlis hingga ke Johor..nasib baik seorang adik perempuan yang berkahwin tinggal sekitar Jengka..dialah yang banyak berkorban dalam mengurus mak ayah sakit pening ke Hospital Jengka..adik beradik lain yang tinggal di lain negeri agak susah nak kerap balik memandangkan faktor kerja masing-masing..2 beradik lagi masih bersekolah

Alhamdulillah masing-masing tetap menyumbang dari segi kewangan jika mak ayah memerlukan wang..koi sendiri tinggalkan sebuah kereta koi untuk kegunaan mak ayah koi jika terdesak..jika dulu kena tengah malam semput nafas ke apa..ayah koi selalu panggil ambulan Hospital Jengka..agak mahal selalu dikenakan bayaran RM 100 ..adik-adik koi pun semua koi suruh ambil lesen kereta..setakat ini semua ada memberi sumbangan masing-masing..tapi koi tahu semua itu tak mungkin dapat membalas jasa-jasa mereka dalam membesarkan kami semua..
Wassalam..

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 08, 2010

18 Komen:

  1. kesian kene sengat...

    hehe

    harap2 mak ayah uncle zul sihat2 selalu

    AMIN.

    BalasPadam
  2. salam,
    jasa ibu bapa memang tak boleh balas sampai bila2 pun...

    BalasPadam
  3. btol tue bang...jasa mak ayah xkan kita dpt balas smpai mati

    BalasPadam
  4. Salam Zul...
    Begitulah jasa dan pengorbanan mereka ttp tidak akan dibalas, sama2 kita memanjatkan doa semoga mereka didalam kebaikan dan lindungNYA jua serta di ampuni segala dosa-dosa mereka dan alfatihah buat yang telah tiada.

    BalasPadam
  5. slm zul.
    mana peginya komen koi tadi?

    insyaAllah keberkatan hidup, murah rezeki dan syurga untuk anak² yg tau mkenghargai ibu bapa...amin!

    tsentuh hati mmbaca cerita aok!

    BalasPadam
  6. =)....kita tolong mana mampu kan bang kan..jaSA mereka tidak ternilai...

    BalasPadam
  7. selalu baca doa tu dlm doa pas sembahyang.. tak terbalas jasa mereka.. semoag kita semua tergolong dlm anak2 yang berjasa kepada org tua

    BalasPadam
  8. Salam Zul.. moh balik kampung..kawan petang sabtu ni balik ..tiap tiap minggu balik.. sebab dekat saja ..25 minit sampai..

    BalasPadam
  9. smmangnya seorg ank xkn mmpu mmbalas jasa kedua ibubpanya... mga kte smue jdi ank yg soleh n solehah(",)v....

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama08 April, 2010

    salam zul..alhamdulillah semua adik beradik sepakat..tulah untungnya ada adik beradik ramai n sepakat..bertuah emak n ayah zul..

    BalasPadam
  11. salam EnZul.
    alhamdullilah mereka mepunyai anak2 yg tahu peranan sebagai seorang anak.bkn wang ringgit yg mereka dambakan,ttp cukup sekadar kita menghormati mereka sebagai ibubapa.moga keluarga EnZul dirahmati selalu

    BalasPadam
  12. sedih sy baca menyentuh hati.. ape2pun sy doakn ayah uncle zulkbo cepat sembuh! amin...

    BalasPadam
  13. salam...
    semoga mereka cepat sembuh...
    bertuah ade anak ramai nih yek...
    x terbalas dek kita jasa mak ayah nih..
    jagalah hati mereka..

    BalasPadam
  14. salam zul
    alhamdulilah aok masih lagi ada keduanya, jagalah mereka sebaik mungkin, berbaktilah kepada mereka, walau mereka tidaklah mengharap balasan apa2. koi dah tadak sape2 tp jasa mereka terlalu banyak...aok baca puisi koi"bonda" dlm blog koi te..

    BalasPadam
  15. beruntung kalau mana2 ibu mendapat anak yg solleh dan solehah..

    BalasPadam
  16. salam rodong,
    alhamdulillah...

    ini lah anak mak dan ayah




    ps:
    ingatkan rindu kat koi tadi
    ekekekek

    BalasPadam
  17. salam sejahtera...
    syukur.. sejuk hati mak dan ayah kerana mempunyai anak-anak yang prihatin dan baik-baik belaka :)

    BalasPadam
  18. jauh jugak kalau nak pulang ke kampung...
    kan bagus kalau ibubapa disana ada internet..
    boleh berwebcam bersama mereka selalu..
    kuranglah rindu untuk menatap wajah mereka..

    BalasPadam