Akibat Berang Tak Tentu Pasal

Salam aok me..? Sekadar renungan sempena malam jumaat yang hening ini..


Gambar Hiasan Ehsan GOOGLE

KUANTAN: Seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak melakukan hubungan kelamin, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu. Dalam kejadian 2 pagi semalam, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha, berkata suspek masuk ke bilik tidur dan mengejut isterinya yang sedang tidur untuk mengadakan hubungan kelamin.

"Wanita berusia 30-an itu bagaimanapun menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, suspek tiba-tiba tiba-tiba naik angin lalu terus mengambil cuka getah yang berada dalam baldi di luar rumah dan menyimbah ke arah badan serta muka isterinya itu.

Zulkifli berkata, dua anak mangsa berusia belasan tahun yang turut berada di rumah, segera bergegas mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan selepas terdengar perkelahian itu. "Mereka telah memanggil ibu saudara yang juga jiran sebelah rumah untuk membawa mangsa ke klinik kesihatan Bukit Goh sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya. Berikutan kejadian itu, kakak ipar mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Panching kira-kira 4 pagi semalam.

Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. "Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan tubuh bagaimanapun dilaporkan stabil," katanya. Difahamkan, suspek telah berkahwin dengan mangsa sejak 15 tahun lalu. - Bernama


***Moralnya kisah ini.

1.Jangan main judi..

2.Isteri bukan tempat memuas nafsu jer..

3.Kesian lah kat anak-anak..

4.Mesti menyesal punyalah lepas tu (sebab dia serah diri ke polis)..

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 08, 2010

17 Komen:

  1. bahaye jenis org gitu.....dia ingat asid tu macam cuka makan kot...

    BalasPadam
  2. Cikgu Jang>>>jenis bukan orang dah tu..main nak sedap jer..koi ingat bengang kalah judi la tu..

    BalasPadam
  3. ish3...bhye tul...xeolok bejudi, bile kalah mule nak marah..bile hamuk sian anak bini

    BalasPadam
  4. ish umur je tinggi, otak buh kat lutut ke apa

    BalasPadam
  5. salam zul
    nilah yg kena kawal..nafsu
    bila dah marah semuanya jadi payah..

    BalasPadam
  6. masyaAllah...!
    xreti nk komen zul. sedih! :(

    BalasPadam
  7. tu lah lelaki sebagai ketua keluarga, agama tidak diutamakan.macam ni jadi nya ;(

    BalasPadam
  8. salam sejahtera..
    masyaallah..
    sampai macam tu sekali..
    sangat menakutkan..
    simpati dengan isterinya..
    minta dijauhkan bertemu jodoh dengan orang yang sebegini..

    BalasPadam
  9. salam..

    baler..kalo ye pun xyah la semboh dgn cuka

    BalasPadam
  10. salam zul - rasa kawan ada sebab mensebah tambahan yang lain ngape isterinya itu tidak mahu 'bersama' mungkin perangai macam setan gamok kawan.

    apa pun kawan ttp menyalahi silaki pandir itu.

    BalasPadam
  11. salam rodong,

    moral of the story:

    menyesal kemudian tak berguna

    kalau sudah gila judi...

    ingat bini utk tempat lepas geram ke?

    ini lah hakikat lelaki dot dot dot

    lalala

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama09 April, 2010

    lagi satu kes terjadi di Pahang. kalau x salah last year, kejadian pertama menggegarkan Malaysia juga di Pahang - somewhere around April 2009. kena buat coverage utk mangsa2 ni. apa nak jadi dgn org Pahang?

    BalasPadam
  13. btol tue jgn berjudi...main tikam je

    BalasPadam
  14. salam...
    Sedihnya baca,kesian sgguh wife dia..
    bahaya gek kala kuat berjudi ni yek...
    akal jd x waras...
    bab judi ni,sumer negeri x terkecuali..
    even negeri serambi mekah pun ade kes ni...
    tp kita lbh lg la sbb ade big...big...kasino...
    HAPUSKAN JUDI & ARAK!!!

    BalasPadam
  15. salam,
    aduh...org koantan pulak tu.mencemarkan nama koantan je.he he he..mende gini tak kire tmpat.
    pepun beliau(suami) kena la berani tanggung kerana beliau berani buat.simpati pad isterinya.moga beliau banyk bersabar.cukup sifat..arak ibu segala kejahatan..tidak cukup hukuman meminum arak hanya menjalankan khidmat masyarakat@denda.

    BalasPadam
  16. Salam Zul..ini kes parah ni..

    BalasPadam
  17. kesian kat si isteri tue.. tak pasal2 menjadi tempat melepaskan segala nafsu serakah si suami tu.hmm..mcm jadi kat mesia neh

    BalasPadam