Apalah Ada Pada Nombor..

Salam aok me..?Sibuk amat koi hari ni memandangkan musim cuti sekolah ni..ramai la pulok orang..(kerja koi nak tahu tanya Yassin)..dalam kesibukan tu koi jengok la jugak ke blog koi ni..sesambil balas ziarah mana yang sempat..maaf jika ada antara rodong dan sahabat yang koi tak sempat nak ziarah..

Lepas solat maghrib tadi koi buka blog koi terpandang yang angka kehadiran di blog koi semenjak 31-january-2010 ni dah mencecah angka 4444..terharu la jugak memandang koi ber BLOG ni pun baru lagi..terima kasih semua atas sokongan anda sekalian.."saya budak baru belajar"

Bercerita bab nombor 4 ni bagi kaum cina pantang amat..4 bemaksud "sei"..yakni "suwei" atau mati lah bagi dia orang..tapi koi selalu kabor balik ke cina kawan koi..melayu suka nombor 4..antara kebaikannya..

1.tulang ada empat kerat
2.nombor 4 kereta semua tak laku..jadi melayu boleh beli
3.dalam bahasa melayu "empat" dalam bahasa cina jadi "fatt"
(gong xi fatt coi=raya cina)
4.lelaki melayu memang suka nombor 4 sebab bermaksud 4 cawangan..he he

Jangan ada yang berasa hati atau tak senang hati pulak yek ..koi cuba nak menerangkan pada bangsa cina yang kadang-kala amat susah nak diterangkan..jadi sesamalah kita renungkan..
Wassalam..
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 15, 2010

30 Komen:

  1. empat!.........tahnioh wei.........hehehehehe

    BalasPadam
  2. cantik angka tu..
    walaupun bukan lelaki, saya suka nombor 4..

    BalasPadam
  3. salam zul
    kita dikelilingi nombor weh, angka dan huruf, segalanya bermakna dengan ertikata..

    BalasPadam
  4. Empat: Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

    ni dari blog kome
    http://ucmitosboy.blogspot.com/2010/01/rahsia-nombor-dan-kegunaannya.html

    BalasPadam
  5. Salam ziarah bang Zul.

    hehehe. Lelaki Melayu suka nombor empat. Tapi bagi wanita pula sensitif nombor dua tiga empat;-)

    BalasPadam
  6. MANKARAQ:he he..empat bawa berkat..ada orang tua kabor la..koi lupa tanya nape..?

    ANN:Suka nombor 4 rupanya..eloklah tu..kalu beli kereta esok ambik nombor 4..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama15 Mac, 2010

    salam zul hehehe point no.4 juga yg diingat.tak apa itu benar sebenar2nya,tapi dah setia pada yg satu alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. KOLOMPEN:ha ha..aok orang seni ada maksud yang tersirat..terima kasih..

    MITOS:Terima kasih rodong bagi link ke koi ..amat berguna..koi nak bawa ke forum Pahang Community..dengan izin..nak copy paste..TQ

    BalasPadam
  9. USTAZ: Sensitif pada perempuan..saya setuju..tapi kita ambil yang baik sahaja..yang buruk tolak tepi..

    MAK CIK YAM:terima kasih mak cik..tiada niat saya pun bab cawangan tu..sekadar berjenaka..salah silap harap di ampun..

    BalasPadam
  10. err 4 ek?
    rasanya satu je yg ada kaitan dgn CP iaitu anak no 4.. yg lain tu, x terpk lak

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Semuga terus aktif berbelog...

    BalasPadam
  13. koi bubuh la no bender pun pada kreter koi, koi xkisoh je...

    BalasPadam
  14. salam...
    4....hmmmmm
    mas ok jer no 4...
    tapi kalau lelaki nak berempat... jadi berusahalah empat kerat tulang supaya hidup semua orang aman....

    BalasPadam
  15. CHE PIT: No 4 aok yek? terima kasih berkongsi..peribadi tu..amat koi hargai

    MIECYBER:Terima kasih bro..koi akan cuba yang terdaya..insyaallah..

    BalasPadam
  16. PIEWAHID: Peduli apa nombor yek?janji gaji angka besar..he he(gurau jer...)

    MMASLINA:he he..bahaya tu..jangan mareee..rasanya tidak kut?

    BalasPadam
  17. Salam Zul, no.4, haha kate org dulu2 patpatnye sapa cepat dia punya. ada yg kate pulok kala dapat merana, tapi kwn pun bak kate piewahid tu bubuh no. berapa pun takde hal.

    BalasPadam
  18. 4444 tu kire suweyy yg amat pd kaum cine..pada koi lantok laahhhh...

    BalasPadam
  19. BANG AJI: ha ha..koi suka aok cakap gitu weh..lawok orang jantann..

    MAZRU: Cina..jangan cakap nombor warna hijau pun di kabornya suweii..mana boleh iku puok nie..he he

    BalasPadam
  20. salam orang encik zulkbo..rasanya no 4 ni memang orang bangsa cina dan india tidak suka..yang nyata ianya memberi keistimewaan buat bangsa melayu..beli rumah pun tak mau no-4 jadi harga murah sedikit..

    BalasPadam
  21. Salam. Semoga semakin bersemangat untuk terus berblog.

    BalasPadam
  22. salam rodong

    ada yg kata melayu suka no 4 sebab kaya kaya betul ke?

    ekekke

    saya suka no 7 la

    apa makna nya pulak?

    muahhahahah

    koi biru bukan merah
    heeeeeee

    BalasPadam
  23. err satu lagi JaLaQ CP start dgn no 4.. tapi lagi 3 belakang tu bukan 4 ler, ngeh ngeh ngeh..

    masih ingat masa sekolah menengah dulu, form 1, exam hujung tahun dapt no 4 dlm kelas, masa form 2, exam tgh tahun pun dpt no 4.. yg lelain tu usah ditanya, sbb tak baper nak elok ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  24. sy suka no.7 ;)

    ayah sy pon ckp,klu beli kete kat cina, dorang akn bg melayu plat no 4 sbb plat tu xlaku hehhehe

    BalasPadam
  25. 4 Cawangan..hehe! keistimewaan nombor 4 tu..

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama16 Mac, 2010

    cina tak nak no.4 ni, takde ong..

    BalasPadam
  27. PKR takut no 4 sebab 4 org ahli parlimannya telah melompat. btul tak. hahha9guarau jer ni jgn marah ye)

    BalasPadam
  28. ILHAMI:G.S.T kabornya akan dikenakan..kita tunggu..

    ABU MUAZ:Terima kasih saudara..insyaallah..

    BLUE:NO 7 pilihan hati..byk makna nie..he he

    BalasPadam
  29. RELEVAN:Lawak orang jantan tu..sensitif jer yang pompuan..he he(maaf adik kakak yang pompuan..)he he..

    INTAN:Cina memang tak suka no-4 mati jadi sudah tiada ong lah..he he

    SHAMELL:PKR ..nak buat goner..musim "lompat" he he..kita tunggu perkembangannya..

    BalasPadam
  30. CHE PIT: Banyak makna no-4 dalam hidup aok yek..he he..terima kasih berkongsi..

    BalasPadam