Gambar Helikopter Tentera Udara PUTD Agusta A-109 LUH Terhempas Berhampiran Empangan Bekok


Helikopter Tentera Udara PUTD Agusta A-109 LUH Terhempas
Gambar Sumber MyKongsi.Com
Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat, Johor di antara jam 9 hingga 10 malam tadi, menurut sumber ketenteraan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan.


"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat," katanya.

Katanya, pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar semua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

Katanya, seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Lt Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan. Difahamkan pegawai tentera asing itu berasal dari Perancis, manakala tiga yang lain ialah pegawai berpangkat Mejar, Kapten dan Sarjan.
 
  Gambar Helikopter Agusta A-109 LUH Sumber AgustaWestland

Menurut sumber itu, impak daripada kemalangan itu menyebabkan ekor serta kipas helikopter itu putus dua serta tayarnya rosak teruk. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad ketika dihubungi telah mengesahkan menerima laporan daripada pihak tentera pada pagi ini mengenai kejadian itu.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 31, 2014

2 Komen:

  1. Teringin nak merasa naik helikopter

    BalasPadam
  2. Syukur tiada yang terlibat kehilangan nyawa.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA