Gambar Dan Harga Perodua Baru Alza 2014

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) minggu lepas telah melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza terbaru yang telah dipertingkatkan dengan beberapa ciri-ciri baru terkini.

Turut menarik adalah harga terkini yang ditawarkan lebih murah berbanding model Alza sebelum ini, antara RM1,000 hingga RM5,500 membabitkan tiga varian iaitu standard, edisi khas (SE) dan varian advance.






Model baru itu didatangkan dalam empat warna menarik iaitu putih, hitam, perak, ungu dan warna baru iaitu merah bagi varian SE dan varian advance. Dapatkan info lebih lanjut berkenaan Perodua Alza Baru 2014 di sini (klik).

Harga anggaran OTR bagi varian standard bagi transmisi manual adalah RM52,400 manakala automatik (RM55,400) dan varian SE manual (RM56,400) serta SE automatik (RM59,400) dan varian advance (RM64,000).



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 17, 2014

1 Komen: