Aplikasi WhatsApp Menjadi Pilihan Berbanding Aplikasi Messenger Lain

Apakah jawapan anda jika ditanya, aplikasi messenger mana menjadi pilihan untuk telefon pintar anda? Terkini persaingan antara aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga telah melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android.



Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik ini telah dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS.

Kaji selidik ini tidak meliputi seluruh dunia tetapi telah dilakukan di beberapa kawasan, di antaranya adalah Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia. Bagi saya sendiri kini, penggunaan WhatApp antara yang menjadi pilihan utama berbanding WeChat atau Facebook Messenger.

Hasilnya menunjukkan bahawa populariti aplikasi WhatsApp kini lebih tinggi dibandingkan Facebook Messenger. Kaji selidik ini mendapati dalam seminggu pasti ada sebanyak 44 peratus pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding Facebook Messenger sebanyak 35 peratus.

Kaji selidik ini juga turut membuktikan sikap pengguna telefon pintar telah banyak berubah dari hanya menghantar sistem pesanan ringkas [SMS] cara tipikal kepada menghantar pesanan melalui aplikasi messenger termasuk WhatsApp.

Sumber


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 08, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan