Gambar Nikah Kahwin Black Hanafiah Dan Naquia Yasirah

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Black Hanafiah akhirnya bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28, dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, pada hari Jumaat. Tahniah dari blog ini buat kedua pasangan, semoga dirahmati dan diberkati Allah pernikahan mereka.




Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan, 55, kira-kira pukul 12.06 tengah hari. Majlis tersebut turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara di sini iaitu Mohammad Syukri Yaacob.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM12,000. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di Dewan Komuniti Bangsar, Kuala Lumpur untuk keluarga perempuan manakala Sabtu (esok) di Zebra Square untuk keluarga lelaki dan rakan-rakan artis.

Sumber: mStar



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 13, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan