Hujan Meteor 2013 Di Langit Malaysia Boleh Dilihat Mata Kasar

Fenomena pancuran Meteor Perseid daripada Buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara kita, Malaysia malam isnin sehingga subuh pada hari Selasa. Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin, 12 Ogos 2013.

 
Perseid Meteors yang dirakamkan di langit sekitar Nevada, USA pada 12 Ogos 2008-Getty Images/AFP

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mohd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer : Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 12, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog