Senarai Harga Telefon Pintar Murah Dari Lenovo

Pengeluar barangan elektronik dari China, Lenovo kembali memperkenalkan produk telefon miliknya kepada pengguna. Kali ini, mereka memperkenalkan dua telefon pintar, Lenovo A706 dan Lenovo A390, mensasarkan untuk golongan menengah ke bawah.

Lenovo A706, telefon pintar murah yang menggunakan prosesor quad core Qualcomm MSM 8225Q dengan kelajuan 1.2GHz. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan RAM kapasiti 1GB dan memori dalaman sebesar 4GB.

Turut menggunakan skrin IPS berukuran 4.5 inci yang menawarkan resolusi 854 x 480 piksel dan mendukung 16 juta warna. Selanjutnya, gajet ini dilengkapi kamera 5MP di bahagian belakang dan manakala bahagian hadapan hanya 0.3MP.

Lenovo A706 ini hadir dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 dan menyokong dual SIM kad. Manakala bagi Lenovo A390 ditujukan untuk pasaran bawahan tapi masih dengan prosesor dual core. 




Prosesor yang digunakan adalah prosesor MTK6577 yang mempunyai kelajuan sehingga 1GHz. Tenaga prosesor ini akan disokong oleh RAM 512MB serta memori dalaman (built in) 4GB.

Untuk sistem operasi, Lenovo menyematkan OS Android Ice Cream Sandwich. Mempunyai skrin sentuh berukuran 4 inci yang mempunyai resolusi 480 x 800 piksel. Tidak lupa juga kedua model telefon pintar ini juga mendukung dua SIM kad sekali gus.

Berikut senarai harga model telefon pintar keluaran Lenovo di pasaran tempatan:
  • IdeaPhone K900: RM1699 from July 2013 in Steel Gray
  • IdeaPhone S920: RM1099 from June 2013 in Porcelain White & Blue
  • IdeaPhone S820: Pricing & availability TBA
  • IdeaPhone A706: RM699 in Black & White/Grey
  • IdeaPhone A390: RM399 in Black Slate & White

SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 10, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan