Trafik Dan Backlink Dari Laman Forum Selatan Online

Lama juga saya tak menyertai mana-mana laman forum di negara kita kerana faktor kekangan masa untuk ber-online. Jika dulu saya agak aktif dengan laman forum seperti, Pahang Comunity, Tranungkite, Syoknyer Blogging dan beberapa laman forum lain yang popular.

Bila berblogging sambil join laman forum anda bolehlah selitkan link entri blog anda untuk dikongsi sesama forumer lain dan bolehlah mendapat pandangan ramai orang. Memang agak 'extreme',  sebab kalau tak tahan dugaan dengan komen negatif, anda boleh jadi tension juga dibuatnya.

Melainkan laman forum yang ilmiah seperti forum Syoknyer Blogging yang penuh dengan ilmu tentang dunia blogging. Ada bermacam idea yang kita tak tahu sebelum ini ada di sana dan sedikit sebanyak menambah ilmu untuk anda menjadi lebih mantap dalam blogging.

Seperti selalu, faktor kekangan masa untuk ber-online di internet menjadikan saya terpaksa melupakan aktif berforum buat masa sekarang. Anda bayangkan, saya hendak kemaskini blog sendiri pun jarang-jarang sekali kebelakangan ini. Kalau ada masa pun selepas jam 12 tengah malam, itu pun kalau mata masih lagi tahan.




Mendapat trafik dari laman forum Selatan Online bila saya semak pemuka Blogger saya beberapa hari lepas. Terima kasih kepada saudara  ahmadi yang telah menulis tentang Semakan Pemilih PRU-13 dan memberikan backlink ke blog saya membuatkan saya tersenyum sendirian.

Agak banyak juga tempias trafik yang masuk, almaklum laman forum saya pasti trafik mereka tentu banyak dan selalu mendapat tempat di carian depan Google (SERP). Satu kelebihan pada sesebuah blog dari segi SEO apabila mendapat backlink berkualiti dari laman forum.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mei 01, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan