Gambar Nikah Kahwin Ustaz Azhar Idrus Dengan Isteri Ketiga Diapit Isteri Pertama Dan Kedua

Pendakwah muda terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI pada hari Ahad telah selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga dengan seorang wanita dari Pagoh yang kini menetap di Keramat.

Ustaz Azhar Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu pada 1964, amat popular di  kalangan semua peringkat usia. Beliau juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik minat generasi muda mendengar ceramah beliau, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah beliau yang berdakwah secara santai yang sering beliau adakan di seluruh negara.




 
Gambar Nikah Kahwin Ustaz Azhar Idrus Dengan Isteri Ketiga Diapit Isteri Pertama Dan Kedua (FOTO: Facebook)

NOTA: Tahniah buat Ustaz Azhar, بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير  Allah Taala berfirman; Sekiranya kamu boleh berlaku adil, kamu boleh mengahwini wanita-wanita dua, tiga, atau empat. Sekiranya kamu takut tidak boleh berlaku adil, maka kahwini seorang sahaja. Wallahuaqlam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 27, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan