Terkini PRU-13 : Pilihanraya Pada Ahad 5 Mei 2013

Akhirnya teka-teki tentang tarikh berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Malaysia terlerai dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia berkenaan tarikh penamaan calon dan tarikh berlangsungnya hari pengundiaan sebentar tadi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei bersamaan hari Ahad, manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April ini, hari Sabtu. Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, hari Selasa.

Ianya telah diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini. Menurutnya lagi, seramai 13,268,002 pengundi berdaftar telah layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Tan Sri Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Sumber:mkini



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, April 10, 2013

13 Komen:

  1. Sudah diumumkan. Ada 15 hari selepas penamaan calon bagi parti yang bertanding untuk berkempen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkkk..rasa cam lambat ke kan..?
      tapi pejam celik dah sampai harinya :)

      Padam
  2. Akhirnya teka-teki telahpun terjawab. Selamat mengundi pada semua! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat juga untuk Bro..
      sesama kita tunaikan tanggungjawab
      warganegara :)

      Padam
  3. bahang semakin terasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bahanggg Bro..
      macam baru lepas pekena
      masak lomak cili api je :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Jom..jangan lupa
      pangkah mana yang
      terbaikkk...!!

      Padam
  5. mesti ramai tak sabar nak mengundi ni kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. yuppp..ramai dah tak sabar
      nape erkk? mungkin akan mengubah
      lanskap baru pentadbiran negara
      kut?

      Padam
  6. Mari mengundi. Harap harap semua pengundi rasional semasa memilih dan bukannya emosional. Kita hanya ade 7 tahun lagi nak mencapai wawasan 2020.

    BalasPadam
  7. tarikh yang dinanti-nanti

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog