Template Edit Baru Dari Blogger Punya Pasal Saya Kena Tukar Header



Jika anda belum mengetahui tentang pihak Blogger telah membuat penambahbaikan pada pemuka Blogger Template, "Improvement Blogger Template HTML Editor", pasti anda akan mengalami masalah yang sama macam blog saya 2-3 hari ini, pengatas dan latar belakang blog hilang tiba-tiba.

Memandangkan blog saya menggunakan Blogspot sebagai tapak dan template blog saya hampir 60% adalah dari pengubahsuaian yang saya lakukan sendiri. Tetapi sekarang kalau nak ubahsuai HTML blog anda, terpaksalah menggunakan pemuka baru dari Blogger itu.

Saya sendiri belum lagi berpeluang 'explore' apa kebaikan pemuka baru itu, yang menyebabkan masalah 'header' dan 'backround' blog saya yang lama hilang tiba-tiba. Apa yang keluar adalah lambang 'no entry' yang agak menakutkan pembaca bila melihatnya (entah ada virus ke blog ini?). Pasti itu persoalan yang bermain di fikiran pembaca blog ini. 

Saya sekarang memang agak sukar hendak melayari internet di tempat kerja, berikutan peraturan baru syarikat menghadkannya. Jadi hanya mampu mengintai blog saya melalui Samsung Galaxy S3 Mini saya sahaja. Bila saya melihat masalah ini, cepat-cepat saya melakukan pengubahsuaian baru sebaik tiba di rumah.


Inilah hasil yang saya dapat dengan pengubahsuaian segera 'header' dan 'background' blog saya. 'Background' masih saya kekalkan dengan warna kelabu menggunakan latar 'snake skin' dan pengatas (header) tangkap muat ini sahaja buat masa sekarang.

Nampak ringkas dan saya suka juga jika di teruskan sebegitu. Terima kasih Bro Hairul Hafiz Karim, orang pertama yang menegur 'header' baru blog saya ini. Nak tahu juga pandangan mata yang lain, apa komen anda?


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 18, 2013

1 Komen:

  1. sama2 bro..tapi header nampak muda dan segar...biarkan je..

    BalasPadam