Senarai Penuh Calon PAS Negeri Selangor Pada PRU-13 Tahun 2013

Berikut disenaraikan calon-calon dari parti PAS yang bakal berentap di  kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), negeri Selangor pada PRU-13 yang akan berlangsung 5 Mei 2013 nanti:

PARLIMEN

P.093 Sungai Besar : Hj Mohd Salleh bin Husin
P.095 Tanjong Karang : Drs Mohd Rashdi b Deraman
P.096 Kuala Selangor : Dr Zulkifli bin Ahmad
P.101 Hulu Langat : Dr Rosli Che Mat
P.108 Shah Alam : Khalid Abd Samad
P.111 Kota Raja : Dr Mariah bte Mahmud
P.113 Sepang : Mohd. Hanipa bin Maidin

DUN

N.001 Sg Air Tawar : Abdul Wahid bin Rais
N.002 Sabak : Ustaz Salehin Mukhyi
N.003 Sungai Panjang : Fadzlin bin Taslimin
N.005 Hulu Bernam : Muhammad bin Idris
N.008 Sungai Burong : Mohd Judi bin Sarjo
N.012 Jeram : Abdul Rashid bin Mohd Kassim
N.015 Tmn Templer : Zaidi bin Talib
N.017 Gombak Setia : Hasbullah bin
N.018 Hulu Kelang : Saari bin Sungib
N.020 Lembah Jaya : Khasim b Abdul Aziz
N.021 Chempaka : Iskandar bin Abdul Samad
N.023 Dusun Tua : Haji Ghazali blin Hasan
N.026 Bangi : Shafie bin Ngah
N.029 Seri Serdang : Norhanim bte Ismail
N.038 Paya Jaras : Khairuddin bin Othman
N.042 Meru : Dr Abdul Rani bin Osman
N.045 Selat Kelang : Dr Halimah bte Ali
N.051 Sijangkang : Dr Ahmad Yunus bin Khairi
N.053 Morib : Hasnol b Baharuddin
N.054 Tanjong Sepat : Ir Haslin bin Hasan




NOTA: 

Buat warga DUN Lembah Jaya Ampang tempat saya bermastautin selama 11 tahun, di atas adalah calon YB yang bakal diamanahkan untuk menjalankan tugas selama sepenggal selepas PRU-13 nanti. YB Khasim (KLIK) sebagai penyandang setakat ini, tiada masalah dengan penduduk setempat. YB yang kerap turun padang dan selalu mengeluarkan duit poket sendiri demi kebajikan penduduk setempat. Saya secara peribadi selaku AJK JMB, ingin mengucapkan terima kasih YB, kerana sumbangan RM1,000 untuk pembinaan tandas pondok pengawal keselamatan di apartment tempat saya tinggal.

Calon baru dari Barisan Nasional yang bakal berentap dengan YB Khasim kali ini, khabarnya anak tempatan yang lahir di Lembah Jaya, Sdr. Baderisham Hj. Jolly (KLIK). Seorang ahli perniagaan yang berjaya khabarnya, walau saya tak pernah bersua dengan beliau selama ini di DUN tersebut. Mungkin beliau sibuk dengan urusan perniagaan beliau sebelum ini. Khabarnya juga, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Bukit Bintang. Jadi pada anda semua, selamat memilih calon YB kawasan anda sempena PRU-13 nanti.


KLIK sini untuk senarai calon BN seluruh negara.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 19, 2013

1 Komen:

  1. buat la pilihan yang betul. jangan salah pilih sudah la kelak merana tak dapat support daripada yang sepatutnya.

    BalasPadam