Fakta Pilihan Raya PRU-13 Tanggal 5 Mei 2013

Sudah 3 hari berlangsungnya hari penamaan calon dan bermulanya fasa kempen pilihan raya besar-besaran di segenap pelusuk negara kita. Semua parti yang bertanding telah mula berperang psikologi dengan ceramah-ceramah setiap masa. Yang paling menarik semua tempat dihiasi dengan pelbagai bentuk poster dan binaan, seperti replika tertentu untuk menarik perhatian pengundi.

Dalam tempoh menantinya hari pengundian awal yang dijadualkan pada 30 April ini untuk pengundi tertentu seperti polis dan petugas pilihan raya, apa kata sesama kita meneliti sedikit tentang fakta tentang PRU-13 tahun 2013 kali ini. Di bawah di senaraikan serba sedikit fakta yang perlu kita tahu sebelum menunaikan tanggungjawab kepada negara.

 
SUMBER: The Star


Fakta Pilihan Raya Umum PRU-13 tahun 2013
  1. 222 Pusat Penamaan Calon seluruh negara
  2. 222 kerusi Parlimen dipertandingkan
  3. 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan
  4. 13,268,002 pengundi yang berdaftar dan layak mengundi
  5. 15 hari kempen selepas penamaan calon 20 April 2013
  6. RM 400 juta diperuntukan untuk PRU-13 kali ini
  7. 234,905 petugas pilihan raya digunakan untuk PRU-13



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 23, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan