Unik Bila Cas Bateri Telefon Bimbit Guna Air Dan Api Sahaja (Gambar)

Sesuatu yang agak membebankan bila kita berada di luar kawasan yang tiada membekalkan bekalan elektrik dan kita membawa bersama telefon bimbit  sebagai alat penghubung penting.  Sudah tentu bekalan bateri yang tersedia dalam telefon bimbit anda hanya boleh kekal selama beberapa jam sahaja.

Bagaimana jika kita memerlukan penunjuk arah dari sistem GPS yang ada dalam telefon bimbit kita? Kebanyakan telefon pintar kini menyediakan sistem sebegitu dalam telefon pintar anda dan ianya sudah tentu penting sebagai penunjuk arah bila anda berada di dalam hutan contohnya. Anda juga boleh mengakses peta melalui telefon pintar anda kini.


 
Biolite Stove

Ini penyelesaian pertama yang kita boleh dapat sekiranya kita sedang berada di dalam hutan atau melakukan aktiviti 'out door'. Alat ini dikenali sebagai Biolite Stove dan amat berguna buat mereka yang suka berkhemah di luar kerana ianya adalah 2 dalam satu, sambil anda menggunakan dapur dengan memasak air contohnya, anda boleh mengecas bateri telefon bimbit anda.

Agak 'cool' kan? Sistem yang digunakan dalam dapur ini adalah kepanasan yang dihasilkan oleh dapur tersebut akan menjana elektrik kecil yang cukup untuk anda mengecas telefon bimbit anda dan ianya bukan satu pembaziran masa. Sambil anda menanti masakan anda tersedia, telefon bimbit anda juga telah di cas dan sedia digunakan.


 
Powertrekk

Alat pengecas telefon bimbit seterusnya ini pula hanya menggunakan air sebagai bahan perantara. Dikenali sebagai Powertrekk dan alat pengecas ini menggunakan sejenis bateri unik yang terdapat di dalamnya dan anda hanya perlu memasukkan air.  Tidak kira air tawar atau air laut sebagai perantara yang akan menjana sistem pengecas yang ada di dalamnya.

Selain dari telefon bimbit, ada juga alatan elektrik lain yang boleh dicas menggunakan kedua alatan di atas. Dua alatan di atas perlu di bawa oleh anda sekiranya anda merancang untuk berkhemah di hutan atau melakukan aktiviti lasak lain yang jauh dari kesibukan kota tanpa bekalan elektrik. Kini anda tiada masalah lagi sekiranya berada di luar kawasan tanpa bekalan elektrik.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 18, 2013

17 Komen:

  1. wow..memang canggih dan berguna bagi orang yang minat aktiviti outdoor

    BalasPadam
  2. lebih mudah dan menyeronokkan masa nak berkemah nnti

    BalasPadam
  3. bagus ni dah ada dalam pasaran ke...

    BalasPadam
  4. Sekali baca memang terus terpikat dengan teknologi baru ni. Memang sangat2 memerlukan..

    BalasPadam
  5. Ini mmg sangat2 perlu bila buat aktiviti luar pintu (outdoor) hehe

    Ada kat pasaran kita tak bang zulkbo?

    BalasPadam
  6. memang unik tu, masak air pun boleh cas bateri :)

    BalasPadam
  7. salam
    memang unik
    dah ada dalam pasaran ke ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      pasaran dalam negara belum lagi rasanya
      boleh cari di e-bay kalau mahu Bro :)

      Padam
  8. menarik alat ni, boleh kata free energy, atau tak bazirkan tenaga masa masak.

    BalasPadam
  9. fuh menariklah benda tuh...kreatif sungguh penciptanya...

    BalasPadam
  10. salah satu cara jaga alam sekitar....

    BalasPadam
  11. malaysia ada jual tak?

    BalasPadam
  12. Idea ni memang menarik,kalau masuk hutan tak ke naya kalau bateri takde..tapi nape kat malaysia ni aku tak pernah dengar pun pasal benda ni.

    BalasPadam
  13. bangganya hidup di zaman sekarang, begitu banyak kecanggihan teknologi yang bisa kita nikmati sekarang...

    BalasPadam
  14. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog