Teknik Mempertahankan Diri Dari Perogol Untuk Wanita

Teknik ini bolehlah diamalkan oleh para wanita di luar sana, berikutan terlalu banyak kejadian jenayah ragut dan rogol yang terjadi masakini. Kalau lelaki sekalipun yang nak mengamalkannya adalah digalakkan juga, manalah tahu akan ada yang tiba-tiba hendak menyerang anda berdasarkan faktor-faktor lain. Penjenayah selalunya melihat mangsa mereka adalah lemah dari mereka tetapi kali ini mereka pasti akan menerima kejutan dari anda.

 
Gambarajah teknik mempertahankan diri buat wanita

  1. Bersedia apabila penyerang secara tiba-tiba menghampiri anda dari depan.
  2. Tundukkan kepala anda apabila penyerang semakin menghampiri anda.
  3. Dan tonjol tepat ke arah dagu penyerang tersebut dengan menggunakan kepala anda dari bawah ke atas.
  4. Pegang siku beliau yang tengah terkejut itu dan hentak sekuat hati anggota sulit (bahagian ini kelemahan lelaki) penyerang itu.
  5. Apabila beliau mula tertunduk (senak la tu) dengan segera anda hentak belakang penyerang tadi dengan siku anda pula.
  6. Sekali lagi hentam dagu penyerang anda dengan lutut anda secara kuat.
  7. Bila beliau terjatuh, hentam berkali-kali bahagian perut atau dada penyerang tadi dengan kaki (kalau kasut tumit tinggi lagi bagus)
  8. Pasti pengsan dikerjakan anda penyerang ini, selepas itu anda bolehlah telefon polis.

NOTA: Penulis blog ini tidak bertanggungjawab seandainya berlaku kejadian tidak seperti yang dicadangkan oleh gambarajah di atas. Semuanya adalah sekadar panduan dan cadangan sahaja. Seandainya berlaku kematian di pihak penjenayah, itu adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima kasih.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 04, 2013

7 Komen:

  1. salam utk maklumat sy mesti tahu tak byk skit2 skrg org byk jaht2 kt luar tu huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_Salam..
      Molek sangat kalau dah tahu
      tu, mudah bila terjadi sebarang
      kemungkinan..apa pun moga di
      jauhkan

      Padam
  2. Sangat molek untuk dijadikan panduan mempertahankan diri.

    BalasPadam
  3. bagus ni, kaum perempuan kena belajar teknik ini

    BalasPadam
  4. salam
    harap2 la penjenayah tu tak mati
    susah pula nanti

    BalasPadam
  5. Boleh guna kunci kereta sebagai senjata.

    BalasPadam
  6. tengok gambar tu macam tak yakin ja diri boleh buat. sebab diri ni jenis gabra. harap dijauhkan diriku daripada kejadian macam ni +_+

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog