Terkini Buat Pelajar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Januari telah melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Ini adalah peluang baik untuk para pelajar yang menghadapi kemelut kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi tetapi kurang mampu. Dengan adanya skim ini, khabarnya bayaran semula pinjaman sehingga 20 tahun.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.
 
"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," PM Najib (Bernama)

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu. 

 
Maklumat lanjut layari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan pada bulan Jun 2013 untuk program berkembar dan program pelajar ke luar negara.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 07, 2013

8 Komen:

  1. satu tindakan yang bagus oleh perdana menteri kita. tapi ini untuk bumiputera je eh?

    BalasPadam
  2. hello bro..
    moga skim ini sedikit-sebanyak dapat membantu siswa-siswi untuk mencapai impian..

    BalasPadam
  3. ini baru betul ada skim bantuan, jgn cakap je nak bagi pendidikan free, tapi tak buat2 juga

    BalasPadam
  4. semoga membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  5. salam
    moga2 peluang pekerjaan juga dapat disediakan oleh kerajaan
    dengan hutang rm150k
    bagaimana nak bayar kalau tak dapat kerja bila habis belajar nanti

    BalasPadam
  6. beruntung pelajar2 skrg...

    BalasPadam
  7. best betul budak zaman ni. gua jeles tauu..

    BalasPadam
  8. Guna sebaik-baik bantuan yang diberikan. Beri tumpuan kepada pelajaran berbanding melibatkan aktiviti sampingan.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog