Terkenang Semasa Dulu Zaman Rambut Belah Tepi



Layan koleksi gambar lama sekitar tahun 1976 yang dimuat naik ke Facebook keluarga. Tersengih-sengih saya bila nampak gambar ni dan tak tahu bagaimana Pak Ngah saya dapat gambar ini? Beliau adalah orang yang bersungguh-sungguh menjayakan Facebook keluarga untuk mengumpul seramai mungkin saudara-mara di sana. Maka keluarlah pelbagai gambar-gambar lama yang ada di antaranya saya sendiri dah lupa  bila ianya diabadikan.

Dah macam jadi tradisi saya dan abang sulung apabila bergambar pada zaman tu, mesti Mak akan pakaikan kami baju sekolah, sebab hanya pakaian tu je yang cantik. Al-maklum zaman Felda buah sawit tak de harga, nak beli pakaian cantik memang tak berduit. Selalu yang baru dibeli benda yang dikira wajib sahaja, contoh seragam sekolah. Jadi bila sesi bergambar begini, pakaian sekolahlah yang akan saya pakai. Ada satu lagi gambar saya berpakaian sebegini (KLIK).

Dalam 7 orang generasi kedua Felda yang bergambar di atas, yang paling muda sekali ialah adik perempuan saya yang paling depan dengan rambut 'toncit'nya, yang kini telah berusia 4o tahun. Dah beranak 5 beliau, anda boleh mengikuti kisah hidup beliau yang pernah saya memorikan di blog ini (KLIK). Bergambar dari kiri adalah Abang Din, Anis (duduk), Atan Bulan (sebab dia bulat masa kecik-kecik), Kak Anja, Saya (berbaju sekolah) dan berdiri di belakang dan paling tinggi adalah Abang Tan@ Ustaz Janum.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 19, 2013

12 Komen:

  1. Pergh!!! Nostalgia betul ni! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira nostalgia betul ni..
      gambar pun dah ada warna
      cuma kelabu asap je main
      dengan filem murah gamaknya
      he he..

      Padam
  2. yang belah tengah ada?haha

    wah..bagus usaha Pak Ngah bro tu, menggunakan teknologi dalam mengeratkan silaturahim antara keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah cuba belah tengah..
      nampak macam hampeh je saya,
      sekarang tukar sebelah kiri
      dulu kanan..huhu

      Padam
  3. Salam,
    Suami saya fesyen senang..
    xyah belah tepi atau tengah bagai..
    xnak cuba?
    he3

    BalasPadam
  4. Fesyen sikat rambut belah tepi paling mudah dilakukan. Berkilat sahaja rambut pergi sekolah. :-)

    BalasPadam
  5. dulu rambut kita kan disikat oleh ibu, memang gitulah stailnya hihihi

    BalasPadam
  6. salam
    hehe zaman belah tepi ni sebelum zaman afro look ni
    hehe

    BalasPadam
  7. masa kecil dulu, memang belah tepi pun masa emak buat.

    BalasPadam
  8. Kalau rambut belah tepi tu memang femes time sekolah dulu dulu

    BalasPadam
  9. sekarang pun ada lgi belah tepi...skema habis. terbaiklah gambar penuh nostalgia ni.

    BalasPadam
  10. Rambut belah tepi menjadi pilihan ibu2 kita. Kenapa? Hahaha

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA