Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pasti ada di kalangan adik-adik yang yang akan memulakan sesi persekolahan yang baru esok. Hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang, kadang kala membuat adik-adik gugup
dalam menghadapi suasana baru.
Untuk mengatasi masalah ini saya akan memberikan beberapa panduan dan tip berguna untuk adik-adik semua. Tip ini bukan hanya untuk yang akan memasuki sesi persekolahan setelah bercuti panjang, malah boleh juga untuk adik-adik yang akan memasuki kolej mahupun universiti.
Untuk mengatasi masalah ini saya akan memberikan beberapa panduan dan tip berguna untuk adik-adik semua. Tip ini bukan hanya untuk yang akan memasuki sesi persekolahan setelah bercuti panjang, malah boleh juga untuk adik-adik yang akan memasuki kolej mahupun universiti.
- Siapkan pakaian seragam baru (atau pakaian untuk yang memasuki kuliah kolej dan universiti) yang akan dipakai esok pagi.
- Siapkan paling tidak sebuah buku tulis dan alat tulis seperti pen maupun pensil.
- Berdoa sebelum tidur supaya esok boleh bangun dengan segar dan tidak terlambat, juga jangan lupa kuncikan jam penggera.
- Jangan tidur terlalu lewat malam agar mendapat tidur yang cukup dan esok tidak mengantuk di sekolah atau kampus.
Persiapan hari pertama masuk sekolah/kampus
- Bangun tidur awal pagi, mandi dan solat dahulu.
- Pergunakan pakaian seragam baru selengkapnya atau pakaian yang sesuai dengan peraturan kampus adik-adik kerana setiap kampus mungkin memiliki aturan yang berbeza mengenai pakaian yang boleh dipakai ke kampus.
- Periksa kembali alat tulis yang akan dibawa. Untuk adik-adik yang akan menghadiri kuliah, usahakan untuk mencari terlebih dahulu subjek mata pelajaran kuliah hari tersebut. Kerana beberapa mata pelajaran kuliah tentu memerlukan peralatan yang berbeza.
- Sarapan dulu sebelum pergi ke sekolah atau kampus kerana sarapan mampu membuatkan adik-adik lebih bertenaga dan bersemangat seharian.
- Dapatkan restu kepada kedua orang tua pada saat adik-adik akan berangkat ke sekolah atau kampus.
- Apabila lokasi kelas sudah diperolehi setelah tiba di sekolah atau kampus dan bersegeralah masuk ke kelas adik-adik apabila ada pengumuman agar seluruh pelajar masuk ke kelas masing-masing.
- Berkenalanlah dengan rakan-rakan yang akan menjadi temanmu selama bersekolah di sekolah atau kampus. Usahakan untuk mengenali rakan sekelas adik-adik dahulu, kemudian dengan rakan-rakan kelas yang lain.
- Ikuti petunjuk atau panduan yang akan diberikan oleh pihak sekolah atau kampus, baik perintah untuk berkumpul di dewan atau masuk ke kelas masing-masing.
- Nikmati hari pertama di sekolah atau kampus dengan riang gembira dan penuh keyakinan diri. Ingatlah bahawa di sekolah atau kampus itu tempat adik-adik akan menuntut ilmu sebagai bekalan masa depanmu. Selamat mencuba.
